Wednesday, August 27, 2008

Jihad Ekonomi Masa Kini

Di pasca modenisme ini, umat Islam masih lagi ketinggalan dalam bidang ekonomi. Penindasan ke atas umat Islam juga begitu menjadi-jadi sehinggakan kita pada hari ini umat Rasulullah tidak lagi di geruni oleh blok bukan Islam dan barat. Isu ini amatlah mendukacitakan kerana terdapat sebahagian umat Islam yang masih tidak sedar akan kepentingan memelihara ukhuwwah islamiyyah. Hatta, umat Islam tidak lagi di hormati oleh masyarakat bukan Islam, berikutan penguasaannya yang miniroti dalam bidang ekonomi.


Umum tahu, umat Islam di Malaysia adalah majoriti dari segi penduduknya, akan tetapi kita adalah umat yang minoriti dari segi ekonominya. Ini dapat di lihat hasil kajian yang di buat oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) peratus umat Islam di Malaysia adalah sebanyak 60% manakala penguasaannya dalam bidang ekonomi sebanyak 20%. Kesimpulan hasil kajian ini adalah amat menyedihkan sedang penduduk masyarakat bukan Islam adalah sebanyak 40%, namun begitu, mereka telah menguasai bidang ekonomi sebanyak 80%.


Kita telah ketinggalan begitu jauh dalam bidang ekonomi, meskipun langkah-langkah untuk memperkasakan ekonomi umat Islam telah di ambil, tetapi kita hanyalah mengorak satu langkah sahaja sementara ekonomi masyarakat bukan Islam telah maju ke hadapan sebanyak 10 langkah. Fenomena ini berlaku disebabkan kelemahan muslimin dari segi akidahnya. Kata Muhammad Qutb r.h :” Berpunca daripada kemunduran akidah, timbul segala kemunduran lain yang menimpa dunia Islam. Kemunduran ilmu, ketamadunan, ekonomi, peperangan, pemikiran dan kebudayaan.” ( Muhammad Qutb, Waqi` una al-Mu`asir, m/s : 172)

Akidah yang tulen dapat mewujudkan perasaan ukhwah sesama muslim dalam memperkasakan ekonomi dan kekuatan umat. Disamping itu, akidah yang teguh dan kukuh dapat merencanakan satu agenda ekonomi yang jelas hala tujunya mahupun jalannya dalam memastikan kekuatan umat kembali `muda`. Tanpa akidah, maka hilanglah ikatan ukhuwwah Islamiyyah yang menjadi penggerak ekonomi ummah. Kelemahan umat Islam hari ini adalah berpunca daripada ikatan persaudaraan yang tidak utuh dan kukuh sekaligus menghalang daripada melakukan amal seperti saling membantu antara satu sama lain. Sedangkan ini adalah sesuatu yang dituntut : “Menurut Abi Burdah, Abi Musa r.h berkata : Sabda Nabi s.a.w : Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan sama rata dalam satu bekas. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka.” (Riwayat al- Bukhari, jil: 2,no. 880 dan Muslim,jil: 4, no. 944)

Dalam hadith di atas, Nabi s.a.w memuji sikap tolong-menolong, bantu-membantu dan mengambil berat antara satu sama lain. Baginda memuji sikap yang ditunjukkan oleh kaum al-Asy`ariyyin yang saling menjamin kebajikan sesama mereka dan Baginda redha dengan tindakan mereka yang menepati kehendak Allah s.w.t. Tolong menolong sesama puak, bangsa atau kumpulan termasuk amalan kebajikan dan takwa. Ia bukan sikap perkauman yang sempit. Ketika menghuraikan hadith di atas, al-Syeikh Muhammad al-Mubarak berkata :

“Sesungguhnya Nabi s.a.w memerangi `asabiyyah`(perkauman) yang disebabkan keturunan semata-mata, lalu menggantikannya dengan ikatan akidah dan prinsip. Namun, Baginda menganggap kaum al-Asy`ariyyin sebahagian daripada Baginda. Ini disebabkan prinsip yang sama, iaitu saling menjamin dan bantu-membantu dalam harta. Juga membahagikan harta sesama sendiri dalam hal darurat dan keperluan.” ( Muhammad al-Mubarak, Nizam al-Islam, Mabadi` wa Qawa`id’ Ammat, ms : 134)

Dengan kata lain, tolong-menolong sesama puak yang susah atau terdesak diizinkan dan dipuji oleh Rasulullah s.a.w. Apatah lagi menolong sesama muslim dalam keadaan Islam dimusuhi dan ditindas. Perbuatan dan kebajikan seperti itu lebih dituntut pada zaman ini. Bahkan tolong-menolong, bantu-membantu dan saling menjamin sesama muslim di dalam perkara makruf adalah tuntutan al-Ukhuwwah al-Islamiyyah ( Persaudaraan Islam). Seorang muslim itu mestilah sentiasa berusaha membantu saudaranya yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w : ‘’ Bandingan seorang mukmin dengan mukmin yang lain bagaikan satu bangunan. Saling kuat-menguatkan antara satu sama lain.’’ ( Riwayat al-Bukhari, jil : 1, no. 182 dan Muslim : 4, no. 1999)

Oleh yang demikian, keadaan ekonomi kita pada hari ini begitu terdesak. Bahkan kritikal dan menuntut agar setiap umat berdikari mengenai bagaimana kaedah yang terbaik dalam memperkasakan kekuatan ekonomi umat Islam. Dunia hari ini kian berubah, bukan hanya kekuatan senjata sahaja yang perlu dititikberatkan bagi menentukan kekuasaan suatu bangsa, bahkan ekonomi juga memainkan peranan yang penting dalam menguasai pasaran global.

Firman Allah s.w.t :” Persiapkanlah dirimu untuk menentang mereka (musuh-musuh Islam) dengan apa jua yang kamu mampu dari segi segala jenis kekuatan dan pasukan-pasukan berkuda yang disiapkan untuk menggerunkan musuh ALLAH dan musuh kamu serta musuh-musuh selain mereka yang tidak kamu ketahui. Sedangkan ALLAH mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan ALLAH akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dizalimi.” Surah al-Anfal : 60

Dalam ayat ini, ALLAH memerintahkan kaum muslimin agar menyediakan kekuatan untuk menghadapi musuh. Ia mestilah terdiri daripada apa sahaja yang boleh menggerunkan musuh.

Antaranya, kuda yang merupakan perkara terpenting bagi melambangkan kekuatan umat pada zaman Rasulullah s.a.w dan beberapa kurun selepas itu. Sebaliknya, pada zaman ini terdapat pelbagai jenis senjata canggih yang boleh menggerunkan musuh. Maka, umat Islam perlu berusaha untuk memilikinya.

Di samping itu, kekuatan ekonomi juga merupakan senjata baru dalam membina kekuasaan di era moden. Bahkan sekali gus ia mampu menggerunkan musuh. Oleh itu, membina kekuatan dari segi ekonomi pada zaman ini adalah menjadi tuntutan agama. Malangnya umat Islam cuai dan tidak prihatin mengenai isu ini. Kita ketinggalan dan dihina. Dr Yusuf al-Qaradawi berkata : ‘’ Kekuatan ekonomi kita terbengkalai. Kita hidup di bumi ALLAH yang paling strategik, paling baik dan subur. Bumi kita yang paling banyak menyimpan galian dalam perut dan kekayaan bertebaran di atasnya.

Malangnya kita tidak menggerakkan kekayaan kita, tidak bercucuk tanam di bumi kita, tidak menghasilkan keluaran dari galian, sedangkan bahan mentahnya di keluarkan dari bumi kita..

Maka, jadilah kita sebagai pengguna dalam banyak keadaan. Bukan pengeluar, pengimport atau pengilang. Kadangkala kita menghasilkan produk yang tidak diperlukan dan kita abaikan barangan yang sangat diperlukan.

Kita berbangga memiliki kereta-kereta mewah antarabangsa, sedangkan kita langsung tidak tahu walaupun untuk membuat basikal.” ( Dr Yusuf al-Qaradawi, Aina al-Khalal, ms : 12-13)

Membeli produk buatan muslim adalah satu kewajipan. Umat Islam juga perlu memiliki kedai dan pasaraya sendiri untuk menyempurnakan tuntutan agama. Begitu juga di peringkat antarabangsa, mereka wajib berdagang dengan Negara Islam lain dan menolak perdagangan Barat serta sekutunya.

Oleh yang demikian, sama-samalah kita memperkasakan ekonomi ummah kita dengan membantu HPA dalam mencapai objektifnya dalam menguasai pasaran global. Insya Allah, Tanpa bantuan kita, HPA tidak dapat merealisasikan tuntutan agama dalam menyampaikan produk-produk yang halal ke pangkuan umat Islam di Malaysia seterusnya di seluruh dunia. Insya Allah. Ini adalah kerana peluang untuk kita menjayakan ekonomi ummah begitu luas pembentangannya. Di antaranya:


1. Kuasa membeli umat Islam hari ini begitu tinggi.

2. Sentimen agama ekoran produk haram pada hari ini yang begitu berleluasa di pasaran sehingga membimbangkan para pembeli.

3. Ketegangan yang wujud di antara blok barat dan Umat Islam hari ini, perlu di ingat bahawa kuasa membeli yang tertinggi di dunia hari ini adalah umat islam. Oleh itu, jika kita mengalirkan pembelian kita kepada HPA yang semestinya halal lagi suci, ia sekaligus menguatkan lagi ekonomi umat Islam malah kita dapat menggerunkan blok barat.

4. Setiap pembelian kita ke atas produk yang halal akan memberi manfaat semula kepada kita.

5. Hasil penjualan Kopi Radix di manfaatkan semula kepada umat Islam yang miskin sebanyak 10 sen setiap kotak. Ia sekaligus meringankan beban Ibu-ibu tunggal, anak yatim dan segolongan dengannya.

Jika setiap pembelian sekotak kopi radix akan di sumbangkan sebanyak 10 sen kepada golongan itu, Ini adalah membantu, kita mempunyai ahli sebanyak 400,000 jika RM 0.10 x 400,000(ahli)= RM 40,000 akan di sumbangkan kepada golongan miskin itu. Amin.

6. Kewajipan untuk membeli barangan yang di keluarkan oleh syarikat muslim , ia adalah satu tuntutan agama dan jihad dalam ekonomi,

7. Produk Halal tanggungjawab bersama.

8. Jika umat islam tidak membeli barangan hasil keluaran muslim, Siapa lagi yang akan membelinya?


No comments: