Apa Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Resipi Rahsia Kolonel??
Tidak cukup dengan itu , paruhnya dicabut dan kepalanya dipulas. Air tembakau dititik ke dalam mata dan mulut. Mukanya dicat, tubuhnya ditekan tersangat kuat sehingga terkeluar najisnya!
Inilah hasil siasatan di rumah sembelih KFC di Moorefield, West Virginia di Amerika Syarikat, yang dikeluarkan oleh People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) pertubuhan hak untuk binatang yang terbesar di dunia pada 20 Julai 2004 yang lalu.
Lokasi itu dipilih kerana ia merupakan tapak majlis penganugerahan “ Supplier of the Year” KFC
Melalui rakaman video terhadap semua perbuatan yang dilakukan , PETA mendapati pekerja di rumah sembelihan yang dijalankan oleh Pilgrim`s Pride, iaitu syarikat ayam ke-2 terbesar di Amerika Syarikat selepas Tyson Foods menunjukkan : “Adegan paling kejam yang pernah saya saksikan ke atas ayam.”
“Penyeksaan paling serakah yang dialami oleh ayam di ladang dan rumah penyembelihan pembekal KFC, termasuk disiat hidup-hidup, lumpuh sepanjang hayat.” Menurut PETA lagi.
Seorang bekas pekerja melaporkan kepada PETA, keserakahan itu berlaku sampai terkeluar biji mata, tulang patah, bahagian tubuh hilang dan cacat, disiat kulit hidup-hidup dan tubuh dihancurkan!
Gambaran ini menunjukkan keadaan tersangat teruk yang dialami oleh ayam-ayam sepanjang hidup, termasuk jadi lumpuh sejak dipelihara dan dipaksa membesar dengan cepat, malah, mana-mana ayam yang terperangkap di tempat air, di biarkan lapar sehingga mati.
Bagaimana ayam KFC diseksa?
- Mempunyai ruang sempit.
Terperangkap dalam ruang yang sempit dan sesak dengan bilangan sehingga mencapai 10,000. Tiada ruang untuk mengembangkan sayap dan bergerak bebas kerana sangkarnya sempit menyebabkan ayam-ayam ini memijak, menolak dan melanggar antara satu sama lain untuk mendapatkan makanan. Udara di dalam sangkar ini penuh dengan wap ammonia, menjadikannya sukar untuk bernafas.
- Mengalami kecacatan kaki sepanjang hayat.
Ayam-ayam itu diberi makan dengan makanan yang diubah suai genetiknya dalam usaha untuk mempercepatkan kadar pembesaran dan menjadikannya lebih berat. Penyakit seperti kegemukan yang berlebihan dan hati serta buah pinggang yang berlemak, serangan jantung, septisemia ( bacteria keracunan darah) dan kecacatan disebabkan oleh Artritis adalah perkara biasa. Berat badan yang luar biasa ini bersama dengan penyakit lain menyebabkan tekanan kepada tulang yang masih muda, menjadikan kaki ayam terperosok ke dalam sehingga menyukarkannya untuk sampai ke tempat makan. Kecacatan kaki ini kemudiannya membawa kepada penyakit seperti arthritis dan osteoporosis.
- Menderita serangan jantung yang membunuh akibat pemeliharaan yang buruk.
Disebabkan keadaan kehidupan yang tidak bersih bersama dengan kadar pembesaran yang cepat. Ayam-ayam ini mati lebih awal. Menurut Pertubuhan Bantuan Binatang yang berpejabat di
- Menerima sedikit atau tiada langsung penjagaan veterinary.
Akibat kecuaian manusia, ayam-ayam ini menderita sepanjang hayat. Keadaan yang tidak bersih, makanan penggalak tumbesaran dan penjagaan yang tidak sempurna di bahagian pengendali membawa kepada merebaknya penyakit dengan cepat dalam kalangan ayam-ayam ini. Kesan penyakit ini biasanya boleh membunuh.
- Menderita di tangan pekerja yang kasar.
Ayam-ayam ini kerap mengalami tulang yang patah akibat pengendalian yang kasar.
- Menderita ketika proses pengangkutan.
Semua ayam mengalami kesengsaraan sewaktu penangkapan , pengangkutan dan penyembelihan. Ayam-ayam ini ditangkap pada kakinya dan dimasukkan ke dalam tong sebelum dimasukkan ke dalam lori atau ditangkap 3 ekor ayam dengan sebelah tangan dan 2 ekor lagi sebelah tangan yang lain dan disumbatkan ke dalam lori. Banyak yang menderita akibat kecederaan tambahan pada masa ini dan beratus ayam mati dalam perjalanan ke rumah sembelihan, sering kali akibat serangan jantung . Kematian ayam yang lain adalah akibat kecederaan dan luka . Kecederaan yang paling biasa dialami oleh ayam adalah terseliuh (tulang antara pinggang dan lutut). Ini adalah akibat pengendalian yang kasar sewaktu tangkapan dibuat. Tulang muda yang lembut patah dan sendi(sering mengalami kecacatan) terseliuh apabila ayam di tangkap.
RUJUKAN
Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau
Bahan Artikel
Utusan Pengguna- Persatuan Pengguna Pulau
2005. M/S 1-5
1 comment:
...Menakutkan...Kejam...dan Menyayat hati...Tidak wajar sebegitu sebab mereka2 ini akan menjadi makanan kita juga..seksanya mereka...
Post a Comment