Tuesday, August 26, 2008

Isu ayam Di Malaysia

Ternakan Ayam Di Malaysia Menimbulkan Persoalan?

Sejauh mana proses penternakan ayam kita berperikemanusiaan dan bersih? Mungkinkah penyeksaan di ladang ternakan ayam luar Negara turut berlaku di sini ? Adakah kita mengalami risiko akibat implikasi kesihatan yang serupa ?

Di mana membabitkan layanan yang berperikemanusiaan, tiada siapa yang tahu betapa besarnya masalah itu memandangkan tiada siasatan rasmi secara meluas yang diketahui telah di jalankan di sini.

Bagaimanapun daripada perspektif kebersihan dan keselamatan, pemeriksaan rambang Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ke atas ladang ternakan ayam dalam tinjauan lalu sering mendedahkan keadaan ladang yang kotor, dan penyalahgunaan antibiotik secara berleluasa.

“Akibatnya pada tahun 2003 sahaja, 13 daripada 17 contoh ayam yang kami uji didapati mengandungi bacteria sama ada yang kebal terhadap Nitrofuran atau Chloramphenicol, atau kedua-duanya sekali. Jenis bacteria kebal ini tidak terdapat dalam alam sekitar dan mungkin telah wujud hanya kerana ayam itu terdedah kepada ubat-ubatan di ladang.

Antibiotik Nitrofuran ( agen penyebab kanser) manakala Chloramphenicol (yang boleh menyebabkan tekanan sumsum tulang yang membawa maut pada sesetengah orang) diharamkan di dalam makanan dan tidak seharusnya terdapat pada ayam.

Dalam siasatan kebelakangan itu, ujian CAP telah mendapati ayam merupakan salah satu daging yang paling tidak selamat di pasaran memandangkan ia kerap di cemari oleh bacteria akibat penternak yang tidak bertanggungjawab dari segi kebersihan menternak dan memproses ayam yang tidak sihat lagi tidak di ketahui tahap kebersihan penyembelihnya.

RUJUKAN

Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang

Bahan Artikel

Utusan Pengguna- Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Januari – Februari

2005. M/S 1-5

No comments: