Saturday, November 7, 2009

Bahaya Golongan Al-Ruwaibidoh

Al-Ruwaibidoh adalah satu golongan yang diberi amaran oleh Nabi s.a.w. akan kemunculannya menjelang kiamat. Sabda baginda: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi. Demikian juga Ibn Hajar al-`Asqalani menyebut di dalam Fath al-Bari :sanadnya baik. Al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah juga menyatakan ianya sahih

Isi kandungan hadith ini adalah amaran Nabi s.a.w. kepada kita semua, bahawa akan muncul sebelum kiamat golongan manusia yang lekeh dan tidak berkelayakan tetapi bercakap dalam urusan umat yang membabit kepentingan umum dan ramai. Natijahnya, tentulah terjadinya porak peranda pemikiran manusia, gawatlah kefahaman mereka dan hancur binaan ilmu yang sebenar. Apa tidaknya, apabila yang lekeh menjadi pemimpin lalu bercakap dalam urusan umat, yang jahil berlagak `alim, yang menghafal sepatah dua ayat berlagak ulamak. Yang bukan ulama mengakui ulamak, yang hanya ada sepatah dua ilmu agama ditabalkan menjadi ulamak. Inilah saat kehancuran. Justeru itu, al-Imam Ibn Rajab al-Hambali dalam Jami’ al-`Ulum wa al-Hikam ketika menghuraikan hadith tersebut menyatakan: “Maksud tanda kiamat yang disebut di dalam hadith ini merujuk kepada persoalan “apabila urusan diserahkan kepada bukan ahlinya” sepertimana yang disebut oleh Nabi s.a.w. kepada orang bertanya baginda mengenai kiamat, maka kata baginda, “apabila urusan diserahkan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat”.

Golongan al-Ruwaibidoh muncul di kalangan masyarakat, mereka sebenarnya lekeh, tidak berkelayakan tetapi cuba menonjolkan diri. Samada melalui pentas kepimpinan masyarakat, ataupun dalam gelanggang ilmu. Inilah dua peluang besar untuk seseorang muncul dan dapat bercakap, berbicara, memberikan pandangan mengenai urusan awam dan persoalan-persoalan besar. Kadang-kala menerusi ucapan yang diperdengarkan, ataupun tulisan yang dibaca. Bukannya kesalahan itu kerana mereka memberi pandangan, tetapi kesalahannya kerana ketidaklayakan mereka, bekalan yang tidak cukup, berbicara mengenai sesuatu yang bukan bidang mereka. Sebab itu, al-Imam al-Sayuti dalam Syarah Sunan Ibn Majah menyatakan: “Al-Ruwaibidoh adalah orang yang lemah yang cuba mencampuri perkara-perkara besar dan berusaha untuk memperolehinya”.

Inilah yang sedang kita saksikan di pentas dunia kita. Apabila urusan politik umat cuba diuruskan oleh mereka yang tidak mendalami ilmu al-siyasah al-syar`iyyah, lalu memberikan pandangan yang bukan-bukan mengenai politik Islami maka kefahaman umat bawahan menjadi kelam kabut. Umpamanya lihat lagak sebahagian orang-orang politik di negara ini. Yang jahil tentang ilmu mustalah al-hadith, tidak pernah mempelajari ilmu sanad, tidak mengetahui apa itu ilmu al-Rijal, apa itu ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil, yang menjadi asas pengetahuan dan kajian dalam hadith nabawi, berani bercakap tentang hadith dan mencabarnya. Umpamanya lihatlah Kasim Ahmad!!!. Yang tidak tahu bahasa arab, jahil kaedah dan cara istinbat (memetik) hukum, tidak mendalami bab al-`Illah dalam Usul al-Fiqh, tidak mendalami Maqasid al-Syarak, cuba menghuraikan dan mencabar beberapa ketetapan syarak. Umpamanya, lihatlah gerakan sisters in Islam!!. Semua golongan ini bercakap apa sahaja yang mereka mahu mengenai agama, apatah lagi bila diberi ruang di dalam akhbar dan media massa. Hinggakan ada orang politik yang mengajak rakyat bersolat hajat untuk menjadi tuan rumah sukan yang menyanggahi disiplin agama.

Sementara di kalangan yang cintakan Islam pula, budaya ilmu belum begitu subur berkembang. Kuliah-kuliah agama di sebahagian masjid dan surau, kurang membuahkan ilmu yang menimbulkan rasa takut kepada Allah dan faham hukum-hakamnya. Peserta kuliah sebahagiannya lebih meminati kuliah yang dipenuhi dengan lawak jenaka tanpa penekanan kepada ilmu. Lebih mendukacitakan lagi apabila yang dijemput mengajar tidak memilik latar belakang ilmu. Kata orang arab “orang yang tidak memiliki sesuatu tidak dapat memberikan sesuatu”. Ada yang tidak pernah mempelajari Usul al-Fiqh tiba-tiba memberi fatwa dalam hukum fikah. Bahkan sebahagiannya begitu jahil, misalnya, sehingga ada yang tidak tahu apa yang dikatakan al-Ijmak atau ijmak ulamak, lalu menafsirkannya sebagai pendapat tokoh-tokoh agama nusantara. Ada yang tidak mengetahui bahasa arab melainkan sepatah dua, tidak pernah mempelajari Usul al-Tafsir atau `Ulum al-Quran tiba-tiba mengajar kuliah tafsir. Menghuraikan apa sahaja ayat yang dirasakan boleh menyeronokkan pendengar. Pergantungannya hanya kepada apa yang dia faham dari al-Quran terjemahan samada dalam bahasa Melayu, Indonesia ataupun Inggeris. Lalu qurannya adalah quran menurut apa yang dia faham dari bahasa Melayu, atau Indonesia, atau Inggeris, bukan daripada Bahasa `Arab yang nyata seperti yang disebut dalam al-Quran itu sendiri. Malangnya dia berani menafsirkan untuk orang ramai sesedap lidahnya. Maka terbitlah dari lidah yang tidak bertulang itu kesimpulan-kesimpulan yang ganjil. Kalau Ibn `Abbas, Mujahid, al-Tabari, al-Qurtubi, Ibn al-`Arabi dan para mufassirin yang lain masih hidup tentu mereka kehairanan mendengar tafsir sedemikian pelik. Ada pula yang menganggap ilmu hadith itu hanyalah membaca makna hadith dan menghuraikannya, tanpa perlu mengetahui bahasa `arab, tidak mengetahui apa itu sanad, tidak pula mampu membeza antara hadith-hadith yang thabit iaitu yang sahih dan hasan, dengan yang dhaif (lemah) atau dengan yang maudu’ (palsu). Bahkan ada yang tidak mengetahui bahawa haramnya seorang muslim membaca hadith palsu dihadapan khalayak tanpa diterangkan kepalsuannya. Tidak mengetahui apakah disiplin al-Bukhari dalam sahihnya, apakah pula disiplin Muslim, apakah pula disiplin Al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah, al-Nasai, Ahmad, Ibn Hibban, al-Hakim, dan semua tokoh-tokoh hadith. Lalu mereka menganggap semua hadith yang dibaca mertabatnya sama. Malangnya mereka yang seperti ini juga cuba berfatwa mengenai hadith Nabi s.a.w.. Kalau Ibn al-Salah, al-Hafiz al-`Iraqi, al-Balqini, al-Khatib al-Baghdadi, al-Ibn Hajar al-`Asqalani, al-Qasimi dan seumpama mereka mendengarnya tentu akan terkejut kehairanan

Ini yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w. dalam sebuah hadith yang sanadnya sahih seperti yang sebut oleh Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari: “Rosaknya agama apabila ilmu datang daripada yang kerdil, yang dibantah oleh golongan yang `alim. Baiknya manusia apabila ilmu datang dari golongan `alim dan diikuti oleh golongan kerdil”

Di sesetengah tempat, sekadar seseorang pandai berceramah terus sahaja diberi lesen untuk bercakap mengenai agama. Berbicara seolah-olah dia menguasai kesemua disiplin ilmu di dalam Islam. Apatah lagi apabila ceramah boleh mendatang pendapatan yang lumayan, maka ramai yang berusaha menjadi penceramah dengan menghafal sepatah ayat dan hadith lalu menafsirkannya menurut apa yang digemari pendengar. Lalu dia menyangka dia betul kerana orang awam suka mendengar apa dia ulas. Modalnya hanya dua, hentam apa sahaja yang mendatangkan minat pendengar dan lawak yang boleh menyeronokan pendengar. Mungkin juga akhirnya dia menyangka dirinya alim lantas semakin hari, semakin berani memberi pandangan apa sahaja mengenai agama.

Saya masih teringat kepada al-Syeikh Dr. Hasan Hitu, beliau adalah seorang tokoh ulamak semasa bermazhab al-Syafi’i dari Syria, terkenal dengan karya-karyanya dalam fikah terutama dalam mazhab al-Syafi`i.. Dalam ceramahnya kepada kami, beliau menyatakan bahawa ilmu-ilmu Islamlah yang paling dizalimi. Sebabnya, seseorang tidak dibenarkan menjadi doktor memeriksa dan memberi ubat kepada pesakit melainkan setelah dia lulus dalam bidang perubatan dengan baik. Seseorang tidak dilulus untuk membina bangunan yang tinggi melainkan setelah dia memiliki kelulusan dalam bidang binaan. Begitu juga bidang-bidang yang lain. Namun, malang sekali apabila tiba kepada persoalan ilmu Islam, semua lapisan diizinkan memberikan pendapat dalam segala bidang yang ada di dalam agama. Samada dia pernah belajar atau tidak. Sehingga artis yang tidak tahu hujung pangkal agama pun memberi pandangan mengenai hukum-hakam syarak”.

Inilah yang sedang berlaku dalam masyarakat Islam. Ilmu Islam dianggap begitu murah dan lekeh. Bidang-bidang lain, orang tidak berani masuk campur melainkan jika memilki pengetahuan yang cukup mengenainya. Ilmu Islam pula diperlakukan sebaliknya. Sehinggakan para artis yang sedang aktif ataupun yang telah pencen, pun berfatwa tentang agama.

Sebenarnya, bukan kita halang mereka bercakap atau cuba menyumbang untuk Islam, tetapi jangan mereka bercakap dalam apa yang mereka tidak benar-benar memahaminya, kerana akhirnya umat akan tersasul dan tersilap dalam memahami al-Din. Menyesatkan umat adalah suatu jenayah. Sumbangan kepada umat dialu-alukan, namun biarlah ianya melalui cara yang betul. Jika tidak mereka akan menjadi golongan al-Ruwaibidoh. Namun, apa yang dapat kita katakan jika ianya adalah salah satu dari tanda kiamat yang dikhabarkan iaitu munculnya golongan al-Ruwaibidoh. Kepada Allah kita pohon agar kita tidak tergolong dalam golongan ini.

Penulis : Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Pensyarah Bahagian Pengajian Islam (USM)

Sunday, October 11, 2009

Jalan Menuju Ke Syurga

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رضي الله عنه، قَالَ: قُلْتُ يَا رَسُوْلَ اللهِ أَخْبِرْنِي بِعَمَلٍ يُدْخِلُنِي اْلجَنَّةَ وَيُبَاعِدُنِي عَنِ النَّارِ، قَالَ: لَقَدْ سَأَلْتَ عَنْ عَظِيْمٍ وَإِنَّهُ لَيَسِيْرٌ عَلَى مَنْ يَسَّرَهُ اللهُ عَلَيْهِ: تَعْبُدُ اللهَ وَلاَ تُشْرِكْ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيْمُ الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ، وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجُّ الْبَيْتَ. ثُمَّ قَالَ: أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ اْلخَيْرِ؟ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ اْلخَطِيْئَةَ كَمَا يُطْفِئُ اْلمَاءُ النَّارَ وَصَلاَةُ الرَّجُلِ فِيْ جَوْفِ اللَّيْلِ. ثُمَّ تَلاَ: (تَتَجَافَى جُنُوْبُهُمْ عَنِ اْلمَضَاجِعِ) حَتَّى بَلَغَ (يَعْمَلُونَ). ثُمَّ قَالَ: أَلاَ أُخْبِرُكَ بِرَأْسِ اْلأَمْرِ كُلِّهِ وَعَمُوْدِهِ وَذِرْوَةِ سَنَامِهِ؟ قُلْتُ: بَلَى يَا رَسُوْلَ اللهِ، قَالَ: رَأْسُ اْلأَمْرِ اْلإِسْلاَمُ، وَعَمُوْدُهُ الصَّلاَةُ، وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ اْلجِهَادُ، ثُمَّ قَالَ: أَلاَ أُخْبِرُكَ بِمَلاَكِ ذلِكَ كُلِّهِ؟ قُلْتُ: بَلَى يَا نَبِيَّ اللهِ، فَأَخَذَ بِلِسَانِهِ قَالَ: كُفَّ عَلَيْكَ هذَا، قُلْتُ: يَا نَبِيَّ اللهِ وَإِنَّا لَمُؤَاخَذُوْنَ بِمَا نَتَكَلَّمُ بِهِ، فَقَالَ: ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ، وَهَلْ يَكُبُّ النَّاسَ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوْهِهِمْ -أَوْ عَلَى مَنَاخِرِهِمْ- إِلاَّ حَصَائِدُ أَلْسِنَتِهِمْ.

Maksudnya: "Dari Mu'adz bin Jabal RA, ia mengatakan, "Aku bertanya, 'Wahai Rasulullah, beritahukan kepadaku tentang amalan yang akan mema-sukkanku ke dalam surga dan menjauhkanku dari neraka.' Beliau bersabda, 'Sungguh kamu bertanya tentang suatu yang besar, dan sesungguhnya itu sangat mudah bagi siapa yang dimudahkan oleh Allah: yaitu kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu pun, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa Ramadhan, dan berhaji ke Baitullah.' Kemudian beliau bersabda, 'Maukah aku tunjukkan kepadamu tentang pintu-pintu kebajikan? Puasa adalah perisai, sedekah menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan shalat yang dilakukan seseorang di tengah malam.' Kemudian beliau membaca:'Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya' hingga 'yang telah mereka kerjakan.' (as-Sajdah: 16-17). Kemudian beliau bertanya, 'Maukah aku beritahukan kepadamu tentang pokok urusan, tiangnya, dan puncaknya?' Aku menjawab, 'Tentu, wahai Rasulullah.' Beliau bersabda, 'Pokok segala urusan ialah Islam, tiangnya adalah shalat, dan puncaknya ialah jihad. Kemudian beliau bertanya, 'Maukah aku beritahukan kepadamu tentang inti semua itu?' Aku menjawab, 'Tentu, wahai Rasulullah. Lantas beliau memegang lisannya, seraya bersabda, 'Tahanlah ini padamu.' Aku bertanya, 'Wahai Nabi SAWllah, apakah kami akan dihukum karena apa yang kami ucapkan?' Beliau menjawab, 'Semoga ibumu kehilangan kamu! (ung-kapan terkejut). Tidak ada yang menjatuhkan wajah manusia -atau beliau bersabda, 'Leher manusia,'- ke dalam neraka, melainkan hasil lisan mereka (yang buruk)." (HR. at-Tirmidzi, dan ia menilai se-bagai hadits hasan shahih)."

sumber: al-sofwah.or.id & Institut Al-Qayyim

Monday, September 28, 2009

Guilin, Guangxi, China, ada apa di sana??

Nama Guilin mungkin tidak terkenal seperti bandar metropolis lain di China, diantaranya seperti Beijing dan Shanghai, namun, bandar Guilin dengan penduduknya kira-kira 5 juta orang ini sudah lama berkembang maju sebagai destinasi pelancongan utama di tanah besar China.

Keindahan bandar ini sudah lama menarik perhatian 'pengarah filem Barat'. Pemandangan indah banjaran bukit batu kapur yang seakan-akan membiak-biak di seluruh wilayah ini pernah dijadikan latar utama dalam "The Painted Veil" dan pelbagai filem yang lain.

Landskap semula jadi yang unik yang terbentuk dengan bukit batu kapur, air sungai dan tasik yang jernih ini memberikan keistimewaan kepada Guilin. Bandar moden ini juga merupakan salah sebuah bandar terbersih di China.

Tarikan Dalam Bandar

Dua batang sungai utama, iaitu sungai Lijiang dan Sungai Taohua serta empat buah tasik, Shahu, Ronghu, Guihu dan Mulong di bandar Guilin ini, asalnya adalah terusan yang dibina pada zaman Dinasti Tang. Kini, semua ini menjadi tarikan utama di bandar ini.

Di Guilin, anda boleh mengikuti pakej pelancongan 2 sungai dan 4 tasik. Keindahan taman tasik yang disinari cahaya lampu kecil di sini boleh dinikmati pada malam hari. Dengan berlayar menyusuri tasik-tasik tersebut, anda akan melalui 19 buah jambatan, Pagoda Matahari dan Bulan yang setinggi 41 meter, dan dibina dengan tembaga, serta bangunan-bangunan kuno seperti Pintu Gerbang Selatan Kuno dan lain-lain.

Setiap sebuah daripada 19 buah jambatan tersebut, kelihatan dengan ciri masing-masing yang berbeza-beza. Misalnya, Jambatan Kristal, ia dibina sepenuhnya daripada kristal. Ia dikatakan sebagai satu-satunya jambatan kristal di China. Pada dinding jambatan tersebut juga terdapat kaligrafi puisi lama China.

Suatu agenda yang juga menarik adalah melihat persembahan opera dan persembahan muzik oleh warga emas di sekitar tebing tasik secara percuma. Persembahan ini telah berjaya menarik penonton daripada pelbagai lapisan usia.

Pada siang hari, kebanyakan pelancong tidak melepaskan peluang untuk bergambar di depan Bukit Belalai Gajah, bentuknya amat serupa dengan seekor gajah yang sedang minum dengan hujung belalainya terbenam di sungai. Bukit ini telah menjadi batu lambang pelancongan di bandar Guilin.

Bukit Fubo di Taman Fubo yang terletak tidak jauh dari situ pula mengandungi beberapa gua kecil termasuk Gua Pengembalian Mutiara yang panjangnya 128 meter, yang menempatkan pelbagai patung Buddha yang diukir dan loceng besi raksasa yang beratnya 2.5 tan, dari Zaman Dinasti Qing.

Gua Seruling Mensiang di Bukit Guangming, 7 kilometer dari Guilin pula mempunyai pelbagai rupa stalaktit dan stalagmit di lorong sepanjang 500 meter, termasuk bentuk air terjun tergantung, rupa singa dan pelbagai bentuk bunga.

Belayar di Sungai Li

Kunjungan ke Guilin bukan saja tidak lengkap malah boleh dikatakan tidak berbaloi jika tidak menyaksikan pemandangan banjaran batu kapur, lembah hijau dan aliran jernih sepanjang Sungai Li yang begitu indah.

Pelayaran dengan bot pada pagi bagi menyaksikan landskap ini sudah cukup membuat pelancong yang pertama kali datang ke sini jatuh hati.

Sepanjang perjalanan menyusuri sungai ini, pelancong juga dapat melihat keunikan cara penduduk kampung menangkap ikan dengan menggunakan helang penangkap ikan.

Helang penangkap ikan mampu menyelam jauh ke dasar sungai ini untuk memburu ikan dengan menggunakan paruhnya yang besar. Bagaimanapun, terlebih dahulu, pemiliknya akan mengikat leher burung itu dengan tali untuk memastikan ikan yang ditangkapnya tidak dimakan terus oleh burung itu.

Apabila naik kembali ke bot, tuan burung ini hanya perlu mengurut paruh burung untuk mengeluarkan ikan yang baru ditangkapnya. Pelayaran menyusuri Sungai Li ini memakan masa kira-kira dua jam setengah dan berakhir di Yangshuo.

Yangshuo

Bandar kecil ini turut memiliki pelbagai daya tarikan besar termasuk Jalan Barat, pusat komersial dengan jeti kecil yang menempatkan pelbagai kafe, restoran dan kedai cenderamata.

Sejarah bandar ini bertitik tolak daripada aktiviti perdagangan yang sudah menjangkau 1,500 tahun dan kini, ia menjadi tumpuan warga asing yang ingin mempelajari bahasa Mandarin.

Tidak jauh dari situ, Land of Peach Blossom juga mempunyai suasana perkampungan etnik dengan kincir air, tasik dan persembahan hiburan kaum minoriti.

Pelayaran di Sungai Li akan melewati Gua Mahkota yang memiliki anak sungai bawah tanah sepanjang 12 kilometer, dan mengalir ke Sungai Li. Bagaimanapun, untuk ke gua ini, pelancong perlu menaiki bas selama 40 minit dari Guilin.

Jangan terkejut jika diberitahu bahawa gua ini memiliki lif untuk naik ke tempat setinggi 12 tingkat. Kerana sudah lama dibangunkan sebagai destinasi pelancongan, gua ini juga dapat memberikan pengalaman untuk kita menaiki kereta bumper, kereta api dalam gua dan bot menyusuri sungai bawah tanah.

Di sini, pelancong jangan lupa mengakhiri kunjungan dengan menaiki kereta kabel untuk ke puncak Gunung Yao bagi melihat pemandangan yang indah bagi sebahagian besar bandar Guilin.

Taman Tema

Guilin Merryland merupakan taman tema terbesar di kawasan ini. Ia dibangunkan di atas tapak seluas kira-kira 90 hektar pada tahun 1997. Kawasannya meliputi taman tema berteknologi tinggi, hotel lima bintang dan kompleks padang golf.

Taman tema ini merangkumi lima bahagian utama, iaitu Merry Town, American Western, Dream World, Pirate Village, dan South Pacific. Setiap satunya mempunyai tema yang berbeza dan memberikan pengalaman yang berbeza juga kepada pengunjungnya.

Bahagian utama ini dipisahkan oleh Tasik Ling, iaitu tasik semula jadi yang menjadi legenda di kalangan penduduk tempatan. Tarikan utamanya termasuklah jambatan tradisional, pagoda dan persembahan koboi.

Tempat yang Mesti Dikunjungi

Bersandarkan filem "Kakak Liusan" yang diterbitkan pada tahun 1961, persembahan teater air semula jadi yang terbesar di dunia dengan tenaga kerja melebihi 600 orang diadakan pada bulan Mac tahun 2004. Itulah, Lambang Kakak Liusan.

Sejak itu, Lambang Kakak Liusan menjadi agenda wajib bagi pelancong yang datang ke Guilin. Persembahan ini terbahagi kepada tujuh segmen, dan ia memaparkan legenda dan keindahan Sungai Li menerusi persembahan cahaya dan bunyi dengan latar belakang pemandangan banjaran bukit batu kapur yang indah.

Persembahan teater air ini diarah oleh pengarah terkenal China, Zhang Yimou. Beliau turut mengubah suai tema mengikut empat musim, iaitu musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim sejuk. Pelancong asing amat tertarik dan terkejut dengan persembahan ini.

Satu lagi pilihan adalah Persembahan Impian Sungai Li yang menghidangkan gabungan persembahan akrobatik, sarkas, balet, bunyi dan cahaya. Pengunjung pasti terpesona dengan aksi akrobatik, serta nyanyian dan tarian yang indah.

Diharap para pengunjung tidak lupa mengunjungi pusat beli-belah bawah tanah dan Pasar Hong Kong Kecil di Guilin. Pelancong boleh membeli-belah di pasar malam ini atau menyaksikan filem layar air Dunia Merryland, pada pukul 8.30 malam setiap hari.

Saudara pendengar, begitu banyak sudah diceritakan tentang Guilin yang indah ini. Tidakkah anda mahu segera pergi ke sana untuk menyaksikan pemandangan yang indah dan tradisi tempatan yang istimewa itu?

Walaubagaimanapun saya mohon maaf kerana mungkin ada dalam pembaca tertanya-tanya mengapa tidak ada gambar dilampirkan bersama?

Saya sekarang berada berada di Bandar Guangzhou, daerah Guangdong, China sedang meneruskan pembelajaran saya dalam jurusan bahasa mandarin. Oleh itu, setiap artikel terbaru yang akan saya muatkan ke dalam blogspot ini akan menghadapi masalah untuk melampirkan gambar berkenaan dengan tajuk yang di utarakan. Kerana kerajaan China sama sekali mengharamkan laman web blogspot terutamanya, bagi menjaga kepentingan dan keselamatan negaranya dari isu atau sentimen yang tidak sepatutnya di masukkan ke dalam ruang alam maya di negaranya.

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Masa berlalu pergi,

Hari bersilih ganti,

Tanpa ku sedari,

Ramadhan kian,

Menutup tirainya.

Sedih hati,

Apabila memikirkannya,

Mahu tidak mahu,

Perlu hati ini,

Merelakan pemergiannya,

Apakah jasad dan rohku,

Bersatu lagi,

Demi menyambut,

Ramadhan yang akan datang,

Senjata ku doa, zikir, dan munajat,

Agendaku di susun rapi,

Namun begitu,

Hanya Allah sahaja,

Yang menentukannya,

Pintaku untuk Ramadhan ini,

Semoga Allah s.w.t,

Menerima segala amalanku,

Dan umatnya yang beriman,

Dan di kurniakan Rasulullah s.a.w,

Darjat dan kedudukan yang tinggi,

Sepertimana yang telah,

Engkau Janjikan Ya Allah….

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri,

Maaf Zahir dan Batin pintaku pada semua..

Taqabbalullah minna waminka..

Friday, September 11, 2009

Kelebihan 10 Malam Akhir Ramadhan & Lailatul Qadr

‘A-isyah R.’anha meriwayatkan:


كان النبي صلى الله عليه وسلم يجتهد في العشر الأواخر من رمضان ، ما لا يجتهد في غيرها


Maksudnya: “Adalah Nabi SAW bersungguh-sungguhnya pada 10 malam akhir dalam bulan Ramadhan, tidak seperti malam-malam yang lain.” (HR Muslim)
Di dalam al-Bukhari dan Muslim daripada ‘A-isyah RA:


أن النبي صلى الله عليه وسلم " كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره


Maksudnya: “Nabi SAW apabila masuk 10 malam yang akhir, baginda menghidupkan malamnya, membangunkan isterinya dan mengikat kainnya.”

“Perkataan mengikat kainnya” membawa maksud menjauhi jima’.

Malam al-Qadr (Lailatul Qadr)

Allah SWT telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr, Allah berfirman:

“Demi kitab (al-Quran) yang menjelaskan, sesungguhnya kami menurunkannya pada satu malam yang diberkati, dan sesungguhnya kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. Yaitu urusan yang besar di sisi kami, sesungguhnya kami yang mengutuskan rasul-rasul.” (al-Dukhan: 2-5)

Allah SWT mensifatkan malam yang diturunkan al-Quran itu adalah malam yang diberkati. Para ulama salaf seperti Ibn ‘Abbas, Qatadah, Said bin Jubair, Ikramah, Mujahid dan selainnya mengatakan malam yang diberkati itu ialah malam al-Qadr (Lailatul Qadr).

Al-Imam Ibn Kathir di dalam kitab tafsirnya menyebut:


يُخْبِر تَعَالَى أَنَّهُ أَنْزَلَ الْقُرْآن لَيْلَة الْقَدْر وَهِيَ اللَّيْلَة الْمُبَارَكَة الَّتِي قَالَ اللَّه عَزَّ وَجَلَّ " إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَة مُبَارَكَة " وَهِيَ لَيْلَة الْقَدْر وَهِيَ مِنْ شَهْر رَمَضَان كَمَا قَالَ تَعَالَى " شَهْر رَمَضَان الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآن


Maksudnya: “Allah taala mengkhabarkan, Ia menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr, ianya ialah malam yang diberkati yang difirmankan Allah ‘azza wa jalla: “(Maksudnya) Sesungguhnya kami menurunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” Ia ialah malam al-Qadr yang berlaku di dalam bulan Ramadhan seperti firman Allah taala: “(maksudnya) Bulan Ramadhan, yang diturunkan padanya al-Quran.” (Sila rujuk tafsir Ibn Kathir terhadap surah al-Qadr)

Firman Allah yang bermaksud: “Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah”, membawa maksud diturunkan pada malam tersebut ketentuan-ketentuan (takdir-takdir) setiap makhluk selama setahun, termasuk ajal, rezeki, bahagia, sengsara dan sebagainya.

Oleh itu, yang dimaksudkan dengan “Lailah al-Qadr” ialah malam yang diturunkan penentuan dalam bentuk tahunan, iaitu takdir yang telah Allah tulis yang berada di al-Luh al-Mahfuz diturunkan kepada malaikat pada malam tersebut, untuk tempoh setahun.

Kelebihan malam al-Qadr

1. Diturunkan padanya al-Quran. Ibn ‘Abbas RA mengatakan:


أنزل الله القرآن جملة واحدة من اللوح المحفوظ إلى بيت العزة من السماء الدنيا ، ثم نزل مفصلاً بحسب الوقائع في ثلاث وعشرين سنة على رسول الله صلى الله عليه وسلم


Maksudnya: “Allah menurunkan al-Quran kali pertama secara sempurna daripada al-Luh al-Mahfuz ke baitil ‘izzah di langit dunia, kemudian al-Quran diturunkan secara berasingan berdasarkan peristiwa-peristiwa dalam tempoh 23 tahun kepada Rasulullah SAW.” (Sila rujuk tafsir Ibn Kathir 4/529)

2. Allah berfirman, malam al-Qadr itu lebih baik dari 1000 bulan (Surah al-Qadr: 3)

3. Allah mensifatkan malam al-Qadr itu sebagai malam yang diberkati. (al-Dukhan: 3)

4. Pada malam itu turunkan para malaikat dan Jibril bersama dengan kerahmatan dan keberkatan.

5. Allah SWT mengampunkan dosa-dosa sesiapa yang menghidupkan berdasarkan hadith Nabi SAW:


ومن قام ليلة القدر إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه


Maksudnya: “Sesiapa yang menghidupkan malam al-Qadr dalam keadaan beriman dan ihtisab (ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah), diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu.” (al-Bukhari dan Muslim)

Bilakah berlakunya malam al-Qadr

1. Sepuluh malam yang akhir. Sabda Nabi SAW:


تحروا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان


Maksudnya: “Bersungguhlah mencari malam al-Qadr pada 10 malam yang akhir dalam bulan Ramadhan.” (HR al-Bukhari)

2. Sepluh malam akhir yang ganjil. Sabda Nabi SAW:


تحروا ليلة القدر في الوتر من العشر الأواخر


Maksudnya: “Bersungguh-sungguhlah mencari malam al-Qadar pada 10 malam akhir yang ganjil.” (HR al-Bukhari) 10 malam akhir yang ganjil ialah 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.

Wallahu a’lam

Rujukan : Institut Al-Qayyim (http://al-qayyim.net)

Tuesday, September 8, 2009

17 Ramadhan & Nuzul Al-Quran?

Orang Islam Nusantara termasuk di Malaysia benar-benar ambil cakna tentang tarikh peristiwa-peristiwa penting dalam Islam. Tidak hairan apabila tiba tarikh-tarikh tertentu, pelbagai upacara persis perayaan disambut di pelbagai peringkat.

Siapa kalangan kita tidak pernah mendengar tentang sambutan Maal Hijrah, Maulid Nabi, Israk Mikraj, Nisfu Syaaban, Nuzul Quran, dan macam-macam perayaan lagi.

Dari satu sudut, sikap ambil peduli orang kita terhadap sejarah Islam, apatah lagi sirah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam patut dipuji malah disemai dalam masyarakat. Kerana ia secara langsung akan membenihkan rasa cinta dan kasih kepada baginda.

Cuma dalam keghairahan menyambut sambutan-sambutan bersejarah, wajar diperjelaskan kepada masyarakat dua perkara penting. Ia bagi memastikan perbuatan kita yang bersangkutan agama berasaskan fakta yang benar dan berpayung di bawah petunjuk agama.
Pertama, ialah memastikan kesahihan tarikh sesuatu peristiwa.


Kita tidak boleh bergantung hanya kepada kepercayaan masyarakat semata-mata. Kerana kajian-kajian ilmiah masakini sudah membuktikan bahawa banyak tarikh-tarikh yang menjadi kepercayaan masyarakat Melayu, sebenarnya tidak berasas kepada bukti dan fakta yang berwibawa.

Untuk ini, kita hendaklah membuat kajian terperinci dan meluas terhadap sumber-sumber sejarah berpandukan metod yang diiktiraf dalam dunia akademik. Ataupun merujuk kepada ilmuan yang pakar dalam bidang sejarah dan riwayat.

Kedua, selepas ditemui dan dipastikan secara yakin tarikh yang tepat terhadap sesuatu peristiwa sejarah, perlu pula kepada persoalan adakah di sana syarak menganjurkan diadakan apa-apa sambutan terhadap peristiwa tersebut. Jika ada anjuran daripada syarak, maka kita hendaklah meraikannya sepertimana yang dianjurkan. Sebaliknya, jika syarak tidak menganjurkan apa-apa sambutan, janganlah kita terpedaya dengan amalan yang diada-adakan oleh orang terkemudian. Kerana amalan rekaan seperti ini pasti ditolak oleh Allah Taala.

Berpandukan kepada dua asas yang disebutkan, mari kita selusuri perayaan Nuzul Quran yang disambut pada 17 Ramadhan. Adakah terdapat sokongan daripada fakta sejarah atau tidak?

1) Tarikh Nuzul Quran

Selepas mengambil kira beberapa pandangan sejarawan Islam, serta bandingan hujah dan fakta setiap pendapat, memang ada kalangan mereka menyebut 17 Ramadhan sebagai tarikh permulaan turunnya Al-Quran. Tetapi tidak ada dalil sahih yang menyokong tarikh ini.

Yang ada hanyalah atsar daripada Abu Jaafar al-Baqir yang menyebut, “Permulaan turunnya wahyu kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ialah pada hari Isnin, pada tujuh belas Ramadhan”. Atsar ini diriwayatkan oleh Al-Waqidi dengan rantaian sanadnya. (Al-Bidayah Wa Al-Nihayah 3/11).

Dari sudut ilmu kajian hadis, atsar seperti ini tidak diterima sebagai hujah. Selain ia tidak bersambungan sehingga Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, ia juga adalah riwayat Al-Waqidi yang dipertikaikan kewibawaannya dalam ilmu periwayatan.

Maka, jelas bahawa sandaran kepada sambutan Nuzul Quran pada 17 Ramadhan tidak berasaskan kepada hujah yang dipercayai.

Di sana terdapat pendapat yang lebih kuat iaitu Nuzul Quran berlaku pada 24 Ramadhan (yakni: pada malam 25). Ia berdasarkan satu hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

“Diturunkan Suhuf Ibrahim a.s. pada malam pertama Ramadhan. Diturunkan Taurat pada 6 Ramadhan. Dan (diturunkan) Injil pada 13 Ramadhan. Dan diturunkan Al-Furqan (Al-Quran) pada 24 Ramadhan”.
Direkod dalam Musnad Ahmad (no: 16984), dan Mukjam Kabir Oleh Tabarani (no: 18036). Al-Albani menilainya sebagai hasan. (Silsilah Sahihah 4/104)

Antara dua tarikh iaitu 17 Ramadhan dan 24 Ramadhan, ternyata tarikh 24 Ramadhan lebih kukuh dari sudut fakta dan riwayat.

2) Adakah terdapat anjuran sambutan Nuzul Quran?

Samada kita berpegang kepada tarikh 17 atau 24, mahupun tarikh-tarikh lain, persoalan kedua ialah adakah syarak menganjurkan mengadakan sambutan apabila tibanya tarikh ini?

Wujudkah dalam dewan sunnah walau satu hadis yang bermaksud hendaklah dianjurkan apa-apa perayaan apabila tiba tarikh Nuzul Quran ini? Jawapan yang pasti ialah: Tiada!!

Beberapa dekad yang lalu pada tahun 1966, Kerajaan Pakistan melalui keduatannya di Arab Saudi mengutusi Kerajaan Arab Saudi meminta supaya dipastikan tarikh yang tepat terhadap Nuzul Quran. Ketika itu Pakistan bercadang membuat sambutan perayaan 1400 tahun Nuzul Quran. Oleh kerana banyak pendapat tentang tarikhnya di kalangan ulama Pakistan, kerajaan Pakistan meminta ketetapan tarikh daripada Kerajaan Arab Saudi.

Antara kandungan surat jawapan daripada Mufti Besar Arab Saudi ketika itu, Syeikh Muhammad bin Ibrahim Ali al-Syeikh ialah:

“Manakala perbahasan tentang keharusan menjadikan hari Nuzul Quran sebagai perayaan yang disambut saban tahun, maka sungguhpun tujuan penganjurnya baik, tetapi oleh kerana ia tidak dianjurkan syarak, tidak warid daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, juga tidak dinukilkan dari seorang pun khulafa rasyidin, dan seluruh sahabat dan tabien, tidak juga dinukilkan daripada empat Imam mazhab, Abu Hanifah, Malik, Syafie, dan Ahmad, dan tidak juga daripada imam-imam lain yang dituruti dari kalangan salaf dan khalaf, maka hendaklah diambil perhatian bahawa perbuatan seumpama ini adalah tidak harus dari segi syarak.”

Ini bererti perayaan Nuzul Quran yang disambut oleh masyarakat hari ini rupa-rupanya tidak ada langsung anjurannya daripada syarak. Ditambah pula dengan kedhaifan dalil yang menjadi hujah bagi tarikh 17 Ramadhan.

Yang paling saya ingin tekankan di sini, ialah dua elemen penting yang patut menjadi dasar dalam apa-apa sambutan perayaan dalam Islam. Pertama: Menilai kesahihan tarikh peristiwa. Kedua: Memastikan wujudkah anjuran syarak untuk diadakan perayaan sempenanya.

Dengan menyelesaikan dua jawapan secara akademik dan berfakta, In Sya Allah tindakan kita tidak akan terpesong daripada dasar-dasar Islam.

Wallahu A’lam

Rujukan : al-qayyim.net

Saturday, August 22, 2009

Ibn al-Qayyim's beautiful description of Paradise from 'Haadi al-Arwaah

Ibn al-Qayyim said, in regards to the description of the Paradise and the delights that it contains:

"And if you ask about its ground and its soil, then it is of musk and saffron.

And if you ask about its roof, then it is the Throne of the Most Merciful.

And if you ask about its rocks, then they are pearls and jewels.

And if you ask about its buildings, then they are made of bricks of gold and silver.

And if you ask about its trees, then it does not contain a single tree except that its trunk is made of gold and silver.

And if you ask about its fruits, then they are softer than butter and sweeter than honey.

And if you ask about its leaves, then they are softer than the softest cloth.

And if you ask about its rivers, then there are rivers of milk who's taste does not change, and rivers of wine that is delicious to those who drink it, and rivers of honey that is pure, and rivers of water that is fresh.

And if you ask about their food, then it is fruits from whatever they will choose, and the meat of whatever birds they desire.

And if you ask about their drink, then it is Tasneem, ginger, and Kaafoor.

And if you ask about their drinking cups, then they are crystal-clear and made of gold and silver.

And if you ask about its shade, then a fast rider would ride in the shade of one of its trees for a hundred years and not escape it.

And if you ask about its vastness, then the lowest of its people would have within his kingdom and walls and palaces and gardens the distance that would be travelled in a thousand years.

And if you ask about its tents and encampments, then one tent is like a concealed pearl that is sixty miles long.

And if you ask about its towers, then they are rooms above rooms in buildings that have rivers running underneath them.

And if you ask about how far it reaches into the sky, then look at the shining star that is visible, as well as those that are far in the heavens that the eyesight cannot possibly reach.

And if you ask about the clothing of its inhabitants, then they are of silk and gold.

And if you ask about its beds, then its blankets are of the finest silk laid out in the highest of its levels.

And if you ask about the faces of its inhabitants and their beauty, then they are like the image of the Moon.

And if you ask about their age, then they are young ones of 33 years in the image of Adam, the father of humanity.

And if you ask about what they will be hearing, then it is the singing of their wives from among the Hoor al-'Ayn, and better than that are the voices of the Angels and the Prophets, and better than that is the Speech of the Lord of the Worlds.

And if you ask about their servants, then they are young boys of everlasting youth who resemble scattered pearls.

And if you ask about their brides and wives, then they are young and full-breasted and have had the liquid of youth flow through their limbs; the Sun runs along the beauty of her face if she shows it, light shines from between her teeth if she smiles; if you meet her love, then say whatever you want regarding the joining of two lights; he sees his face in the roundness of her cheek as if he is looking into a polished mirror, and he sees the brightness from behind her muscles and bones; if she were to be unleashed upon the World, she would fill what is between the Heavens and the Earth with a beautiful wind, and the mouths of the creation would glorifiy, praise, and exclaim greatness, and everything between the East and the West would be adorned for her, and every eye would be shut from everthing but her, and the light of the Sun would be outshone just as the light of the Sun outshines the light of the stars, and everyone on the face of the Earth would believe in the Ever-Living, the One who Sustains and Protects all the exists.

And the covering on her head is better than the World and all that is in it, and she does not increase with age except in beauty; free from an umbilical cord, childbirth and menses, and pure of mucous, saliva, urine and other filthy things; her youth never fades, her clothing is never worn out, no garment can be created that matches her beauty, and no one who is with her can ever become bored; her attention is restricted to her husband, so she desires none but him, just as his attention is restricted to her so she is the sole object of his desire, and he is with her in utmost safety and security, as none has touched her before of either humans or Jinn.

And if you ask about the Day of Increase (in reward) and the visit of the all-Mighty, all-Wise, and the sight of His Face - free from any resemblance or likeness to anything - as you see the Sun in the middle of the day and the full Moon on a cloudless night, then listen on the day that the caller will call: 'O People of Paradise! Your Lord - Blessed and Exalted - requests you to visit Him, so come to visit Him!' So they will say: 'We hear and obey!'

Until, when they finally reach the wide valley where they will all meet - and none of them will turn down the request of the caller - the Lord - Blessed and Exalted - will order His Chair to be brought there. Then, pulpits of light will emerge, as well as pulpits of pearls, gemstone, gold, and silver. The lowest of them in rank will sit on sheets of musk, and will not see what those who are on the chairs above them are given. When they are comfortable where they are sitting and are secure in their places, and the caller calls: 'O People of Paradise! You have an appointment with Allaah in which He wishes to reward you!' So they will say: 'And what is that reward? Has He not already made our faces bright, made our scales heavy, entered us into Paradise, and pushed us away from the Fire?'

And when they are like that, all of a sudden a light shines that encompasses all of Paradise. So, they raise their heads, and, behold: the Compeller - Exalted is He, and Holy are His Names - has come to them from above them and majestified them and said: 'O People of Paradise! Peace be upon you!' So, this greeting will not be responded to with anything better than: 'O Allaah! You are Peace, and from You is Peace! Blessed are You, O possessor of Majesty and Honor!' So the Lord - Blessed and Exalted - will laugh to them and say: 'O People of Paradise! Where are those who used to obey Me without having ever seen Me? This is the Day of Increase!'

So, they will all give the same response: 'We are pleased, so be pleased with us!' So, He will say: 'O People of Paradise! If I were not pleased with you, I would not have made you inhabitants of My Paradise! So, ask of Me!' So, they will all give the same response: 'Show us your Face so that we may look at it!' So, the Lord - Mighty and Majestic - will remove his covering and will majestify them and will cover them with His Light, which, if Allaah - the Exalted - had not Willed not to burn them, would have burned them.

And there will not remain a single person in this gathering except that his Lord - the Exalted - will speak to him and say: 'Do you remember the day that you did this and that?' and He will remind him of some of his bad deeds in the Worldy life, so he will say: 'O Lord! Will you not forgive me?' So, He will say: 'Of course! You have not reached this position of yours (in Paradise) except by my forgiveness.'

So, how sweet is this speech to the ears, and how cooled are the righteous eyes by the glance at His Noble Face in the Afterlife...

{Some faces that Day will be shining and radiant, looking at their Lord...} (al-Qiyaamah:22-3)


[from the amazing and beautiful book Haadi al-Arwaah ilaa Bilaad il-Afraah by Ibn al-Qayyim, pg. 193

Friday, August 21, 2009

Adab-Adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah

Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin

Adab-adab berhubung dengan ibadat mestilah merujuk kepada apa yang ditunjuk ajarkan oleh Allah S.W.T dan Rasulullah s.a.w iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Ada sebahagian pihak yang cenderung untuk mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana itu boleh mengurangkan keletihan dan sekaligus menghilang kelebihan puasa.

Sedang di dalam hadith yang sahih yang diriwayatkan oleh al-Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya: Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:

قَالَ الَّذِي حَدَّثَنِي لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْعَرْجِ يَصُبُّ الْمَاءَ عَلَى رَأْسِهِ مِنَ الْعَطَشِ أَوْ مِنَ الْحَرِّ

“Telah berkata sahabah yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas”. Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan: “Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kapalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabah bahawa mereka melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas”.(Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, cetakan Dar al-Fikr, Beirut).

Apa yang penting di dalam bulan Ramadhan ini adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang iaitu al-Quran atau al-Sunnah. Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadith:

Pertama: Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadith-hadith yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`d; Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ

“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puas” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadith ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunnah Nabi s.a.w. baginda menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan berbuka menambah pahala. Kata al-Tibi (meninggal 743H): “Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ianya menyanggahi ahli bid`ah yang berpendapat wajib melewatkannya. (al-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).

Kedua: Berbuka Puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ianya lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ianya kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ianya mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadith daripada Anas katanya:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٌ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ

Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat al-Imam Ahamd dan al-Tirmizi, katanya hadith ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadith ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).

Inilah tertib yang dilakukan oleh baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H): Hadith ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada maka dengan tamar, dan sekiranya tiada maka dengan air…Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak.

Ini kerana ianya menyanggahi sunnah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air. (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut).

Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunnah Nabi s.a.w.

Ketiga: Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air; sekiranya makanan belum dihidangkan.

Hadith yang kita nyatakan di atas menunjukkan baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadith-hadith baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قُدِّمَ الْعَشَاءُ فَابْدَءُوا بِهِ قَبْلَ أَنْ تُصَلُّوا صَلَاةَ الْمَغْرِبِ وَلَا تَعْجَلُوا عَنْ عَشَائِكُمْ

“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ianya sebelum kamu menunaikan solat maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam hadith yang lain daripada `Abd Allah bin `Umar, baginda s.a.w. bersabda: \

إِذَا وُضِعَ عَشَاءُ أَحَدِكُمْ وَأُقِيمَتِ الصَّلَاةُ فَابْدَءُوا بِالْعَشَاءِ وَلَا يَعْجَلْ حَتَّى يَفْرُغَ مِنْهُ

“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Riwayat di atas juga menambah:

وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يُوضَعُ لَهُ الطَّعَامُ وَتُقَامُ الصَّلَاةُ فَلَا يَأْتِيهَا حَتَّى يَفْرُغَ وَإِنَّهُ لَيَسْمَعُ قِرَاءَةَ الْإِمَامِ

“Bahawa Ibn `Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan sedang beliau mendengar bacaan imam”.

Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata al-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadith-hadith tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ianya boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).

Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunnah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut: “Hadith tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat maghrib. Namun ianya juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk. (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir).

Malangnya ada di kalangan yang kurang faham lalu mereka menyatakan bahawa kalau azan sudah berkumandang hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi mengutamakan solat jamaah. Inilah kedangkalan meneliti hadith-hadith Nabi s.a.w., lalu mengandaikan agama dengan emosi sendiri.

Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada, maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi s.a.w. ini ialah untuk memastikan kesempurnaan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H): “Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabah) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jamaah. (Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut).

Keempat: Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepat dengan firman Allah S.W.T.

(maksudnya) “Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebih. Sesungguhnya Dia tidak sukakan orang yang berlebih-lebihan. (Surah al-`Araf:31).

Di dalam hadith baginda s.a.w. menyebut:

مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ

“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertga untuk pernafasan. (Riwayat al-Tirmizi, katanya: hadith ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadith ini hasan).

Hadith ini telah salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadith ini bukan demikian, pembahagian tersebut ialah had maksima. Kalau boleh kurang daripada itu. Sebab itu baginda menyebut jika tidak dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.

Kelima: Berdo`a ketika berbuka. Ini berdasarkan hadith Nabi s.a.w.:

إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ

“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, do`a yang tidak ditolak ketika dia berbuka.
(Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur‘ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).

Maka kita boleh berdo`a dengan apa sahaja do`a yang kita hajati. Do`a orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan dari kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut: Hadith di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggunjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota” (Faidh al-Qadir, 2/500).

Di sana ada do`a yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَفْطَرَ قَالَ ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

“Adalah RasululLah s.a.w apabila berbuka, baginda bersabda: “Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insyaAllah”. (Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)

Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya hendaklah merebut peluang do`a yang makbul ketika dia berbuka.

Keenam: Berdo`a kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَاءَ إِلَى سَعْدِ بْنِ عُبَادَةَ فَجَاءَ بِخُبْزٍ وَزَيْتٍ فَأَكَلَ ثُمَّ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُونَ وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الْأَبْرَارُ وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلَائِكَةُ

“Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Sa`ad bin `Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: “Telah berbuka puasa disisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat”.(Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ianya sahih 5/158).

Maka berdo`alah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik.
Demikian saya senaraikan antara adab-adab yang terkandung di dalam sunnah Nabi s.a.w. ketika berpuasa. Semuga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita.

drmaza.com

Thursday, August 6, 2009

Hadith Rejab Bulan Allah, Sya’ban Bulan Nabi

Soalan: Saya keliru mengenai hadith yang selalu disiarkan oleh media kita apabila datang bulan Rejab dan Sya’ban:“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”, ada kata sahih, ada kata bukan, tapi ramai juga penceramah yang selalu baca. Apakah kedudukan hadith ini sebenarnya?

Jawapan: Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Syria: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah)

Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173,Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadith palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadith palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadith mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah. (Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’asir)

Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa hendaklah berhati-hati agar tidak menjadi agen penyebaran hadith-hadith palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut. Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadith-hadith mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadith mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadith-hadith mengenai solat pada malam Nisfu Sya`aban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).

Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Sunday, August 2, 2009

Jangan Bantu Syaitan Rosakkan Saudaramu

Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
Web : http://drmaza.com

Saya hanya sempat mengikut dari jauh isu dan secebis ‘hukuman sebat ke atas peminum arak’ di Pahang. Banyak juga email mengenainya meminta saya mengulas isu tersebut, termasuk email seorang tokoh politik dan ahli Parlimen ternama. Banyaknya urusan menjadikan saya ‘ketinggalan bas’ kebelakangan ini. Rasanya, sikap rela model berkenaan patut dipuji.

Ya, arak itu haram di sisi Islam, tiada siapa pun yang beriman berbeza pendapat mengenainya. Namun apabila hukuman ke atas pesalah itu dilaksanakan, ia membabitkan dua aspek utama; pertama, hukuman yang dikenakan, kedua, individu yang dihukum.

Para sarjana hukum, walaupun ramai yang berpendapat kesalahan minum arak di bawah hudud, mereka berbeza pendapat pula tentang jumlah sebatan. Ini kerana al-Quran tidak menyebut hukumannya, cuma hadis ada menunjukkan dipukul empat puluh kali.

Namun pada zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a. beliau berbincang kadar hukuman tersebut, lalu beliau menerima pandangan ‘Abd Rahman bin al-‘Auf untuk melaksanakannya sebanyak lapan puluh kali (lihat: Riwayat Muslim).

Tindakan Khalifah ‘Umar ini menyebabkan sarjana berbincang apakah hukuman untuk peminum arak ini hudud atau takzir (discretionary punishment)? Ini kerana jika ia hudud, sepatutnya, tidak ditambah. Apatahlagi, Nabi s.a.w semasa melaksanakan hukuman ini tidak pula menjelaskan apakah ia hukuman yang ditetapkan oleh Allah (hudud) atau ia hanya ketetapan pemerintahan berdasarkan kepada keperluan (takzir).

Lebih daripada itu, dalam hadis menunjukkan pesalah minum arak ada yang dipukul dengan tangan, kain, dan selipar sahaja. Tiada ketegasan yang jelas dalam kaedah pukulan. Pun memang hukuman sebat dalam Islam bukan seperti sebat yang ngeri di penjara sivil yang biasa kita dengar dan lihat. Sebatan Islam sama sekali bukan untuk mencederakan, sekadar mengingat dan mengajar.

- gambar hiasan

Lebih daripada itu, Islam tidak benarkan kita mengutuk pesalah yang dihukum. Dalam riwayat al-Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah, beliau berkata: “Dibawa kepada Nabi s.a.w seorang yang mabuk (minum arak), maka baginda memerintahkan agar dipukul, maka dalam kalangan kami ada yang memukulnya dengan tangan, ada yang memukul dengan selipar dan ada pula yang memukulnya dengan kainnya. Apabila selesai, seseorang berkata: “Allah telah menghinanya”. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu menjadi pembantu syaitan (merosakkan) saudara kamu”. Maksudnya, mencercanya menyebabkan syaitan mudah untuk merosakkannya lagi.

Dalam hadis ini menunjukkan hukuman itu berjalan hanya sekadar dengan kain atau tangan atau selipar, tujuannya bukan untuk menyeksa, tapi mengingatkan. Janganlah pula berlebihan, hukumannya hanya pukulan tersebut maka tidak perlu diikuti dengan cercaan. Maka sesiapa yang merasakan dirinya pejuang Islam, janganlah menokok tambah dengan makian kerana itu tidak serasi dengan tabiat perlaksanaan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.

Hudud

Ramai yang bercakap tentang hudud. Namun ramai juga, sama ada yang bersetuju atau membantah tidak mempunyai pengetahuan yang jelas dalam banyak perkara mengenainya. Ramai yang blind imitation dalam memperkatakan hukuman jenayah dalam Islam ini. Sama ada hanya terikut-ikut dengan media, atau terikut-ikut teks kitab-kitab lama.

Ramai yang tidak menyemak tentang maksud, kaedah, keadaan, suasana dan keluasannya. Seseorang muslim yang faham tidak mungkin menentang hudud, tetapi mungkin bertanya adakah suasana yang menyebabkan perlaksanaan hudud yang adil dan berkesan wujud pada sesuatu tempat dan masa untuk menjadikan ia mencapai tujuannya?

Apabila syarat dan suasana itu wujud, maka hudud dilaksanakan. Ketika itu akan dapat dilihat keadilan, keindahan dan kesan hukuman tersebut yang bertujuan untuk kebaikan manusia. Untuk melihat hudud secara lebih luas dan tidak fanatik mazhab atau pandangan tertentu, karya Mohamed S. El-Awa, Punishment In Islamic Law antara yang baik untuk dibaca di zaman kini.

Dalam hadis sahih, Nabi s.a.w bersabda:
“Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi).

Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut:
“Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza’i, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh…”.

Saya melihat, jika kebimbangan musuh mengambil kesempatan atau orang Islam meninggalkan Islam itu adalah sebab yang dilihat oleh sebahagian sarjana mengapa Nabi s.a.w melarang hukuman tersebut dilaksanakan, maka pada zaman yang fitnah terhadap Islam di pelbagai penjuru dan kerapohan iman umat Islam begitu nyata, penelitian tentang perlaksanaan hudud itu mestilah lebih berhati-hati.

Perlaksanaan hudud mestilah membawa natijah yang positif, bukan negatif kepada Islam. Maka perjuangan mengujudkan suasana yang conducive itu mendahului usaha perlaksanaan hudud. Setelah wujudnya masyarakat adil; pemerintah dan rakyat, suasana iman dan Islam, kehidupan yang aman dan bahagia, tiba-tiba ada yang mencetuskan jenayah yang mencemarkan itu semua, ketika itu apabila dilaksanakan hudud tertonjollah kesan dan keindahannya.

Suasana

Ada beberapa email yang menarik perhatian saya mengenai hukuman arak di Pahang itu. Ada yang menyatakan kepada saya, mengapakah peminum arak sahaja dihukum, sedangkan taukeh-taukeh arak yang beragama Islam dibiarkan? Sedangkan mereka ini ada memakai gelaran yang hebat-hebat dan ‘disembah hormat’ oleh rakyat.
Ada pula berkata: “Mengapa kes model itu begitu cepat diproses, sedangkan saya yang menderita kes rumah tangga saya sudah bertahun lamanya, mahkamah syariah belum putus apa-apa?”. Berbagai lagi sungutan yang lain.


gambar hiasan

Memang itu semua bukan justifikasi untuk peminum arak dibiarkan, tetapi hukuman apabila tidak kelihatan adil atau seragam, manusia akan membuat berbagai alasan dan akhirnya tujuan dan keindahan hukum itu hilang. Para ulama dan pejuang Islam mempunyai tugasan yang berat untuk memboleh Islam dalam bentuk dakwah dan pendidikan itu menjelma dalam bentuk hukuman dan perlaksanaan yang adil dan saksama.

Maka tidak munasabah dipotong tangan pencuri dalam masyarakat yang lapar dan terdesak. Tidak munasabah dihukum hudud orang berzina dalam masyarakat yang unsur zina bertebaran, perkahwinan disusah-susahkan, kes perceraian ditangguh-tangguhkan dan berbagai keadaan yang mendorong kepada zina.

Munasabahkah dilaksanakan hukuman murtad dalam dunia yang penuh keliru dan kegagalan golongan agama dan pemerintah merongkaikan kekeliruan secara berkesan. Apatahlagi hukuman murtad itu sendiri mempunyai berbagai penafsiran.

Perjuangan penting para pendakwah Islam masakini adalah memberikan pendidikan dan kefahaman yang jitu mengenai Islam. Generasi kini terdedah kepada berbagai perkara. Sudah banyak email saya terima daripada anak-anak muda melayu yang bukan sahaja tidak percayakan Islam, bahkan meragui kewujudan Tuhan.

Inilah epidemic yang sedang meningkat dalam dunia ini iaitu atheism yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan, atau seperti pelakon Brad Pitt yang tidak dapat membuat keputusan Tuhan wujud atau tidak yang disebut sebagai agnosticism. Mereka ini sedang memenuhi Dunia Barat hari ini dengan peningkatan yang menakjubkan.

Laman-laman web mereka mengganggu minda sebahagian orang Islam yang tidak terdedah kepada Islam yang berteraskan hujah dan fakta. Hanya sekadar pernah mendengar ceramah kartun dan lawak oleh sesetengah penceramah. Ceramah atau pengajaran agama yang tidak memenuhi piawaian cabaran zaman kini akan gagal menyelamatkan generasi kita.

Ya, kita mahu Islam, kita mahu suasana Islam dan kita mahu hukum berteraskan Islam. Namun itu semua tidak boleh dicapai dengan mudah, memerlukan pengembelingan tenaga yang serasi dengan suasana kita. Pemerintah dan rakyat hendaklah ada kesungguhan. Islam yang hendak ditonjolkan hendaklah membawa kepada sangkaan baik manusia terhadap Allah dan RasulNya, bukan mengelirukan mereka. Bak kata Nabi s.a.w: “Jangan bantu syaitan rosakkan saudaramu”

Saturday, August 1, 2009

Majlis Perjumpaan Staff Sungai Petani

Disini ada sedikit info terbaru yang ingin saya kongsikan bersama. Berteraskan maklumat yang disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA semalam. Diantara perkara yang disampaikan ialah:

ITHPA

ITHPA akan mengambil hanya 1000 orang pelajar pada peringkat awal. Mengenai yuran pendaftaran untuk bulan pertama tidak perlu kerana pelajar-pelajar kursus akan dinilai prestasinya berdasarkan kehadiran, disiplin dan kerjasama yang diberikan. Sebanyak 12 kuliah akan diberikan sepanjang kursus selama sebulan itu.Setelah lulus dari penilaian itu, maka pelajar tersebut layak bagi meneruskan pengajiannya. Yuran pengajian seterusnya masih lagi diperbincangkan. Seterusnya,Insya Allah pelajar-pelajar yang melayakkan diri ke peringkat seterusnya akan ditempatkan berdasarkan kecenderungan mereka. Disamping itu, ITHPA juga akan mewujudkan pelbagai bidang dari huruf a hingga z. Insya Alah. Makluman terakhir, pada 3 Ogos 2009 ini, pihak HPA akan memberi taklimat mengenai ITHPA dan peluang kerjaya. Taklimat tersebut akan disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA.

Isu Ayam

Pada hari ini, seperti biasa isu ayam semakin hangat dibincangkan di dalam surat akhbar, risalah dan media massa. Begitu juga di masjid dan surau, begitu banyak ustaz yang membicarakan tentang halal dan haram. Ini haram itu haram. Terpanggil diri ini untuk bertanya, jika semuanya haram, bagaimana pula dengan alternatifnya? Adakah telah sedia ada dipasaran? Maka, wajarlah produk barangan HPA dijadikan sebagai alternatifnya atau pengganti kepada barangan asing. Hapuskan produk asing(HPA). Mungkin ada dalam kalangan saudara yang bertanya, ini semua adalah gimik perniagaan dengan bertujuan untuk menjual produk barangan HPA. Saya katakan tidak sama sekali. Persoalannya adalah, pernahkah saudara terfikir makanan yang diberikan kepada ayam yang diternak hari ini? Dengan kata lain, makanan atau dedak ayam yang diberi kepada ayam ternakan. Pernahkah saudara menganalisis dan mengenal pasti bahan-bahan yang dicampurkan ketika membuat proses makanan ayam? Pernahkah saudara mengambil sampel DNA ayam ternakan hari ini? Adakah ia tidak bercampur dengan DNA babi. . Bukanlah niat saya untuk menjejaskan industri ternakan ayam, tetapi marilah kita berkongsi sedikit maklumat dan kebenaran mengenai isu ayam ini. Pada hari ini, terdapat satu bahan yang dikenali sebagai Dicalcium phosphate telah dicampur ke dalam proses membuat makanan ayam. Kenyataan ini telah diperjelas dan suarakan oleh pihak JAKIM dan CAP. Apakah itu Dicalcium phosphate? Ia adalah satu bahan yang diperbuat dari serbuk tulang-tulang binatang. Persoalannya dari tulang binatang manakah yang diambil? Berdasarkan kajian, kebanyakkan DCP yang terkandung dalam makanan hari ini dipercayai diperoleh daripada tulang babi yang telah disiap proses menjadi serbuk. Bahkan dengan mencampurkan DCP ke dalam makanan ayam hari ini, ia didakwa mampu membesarkan ayam dengan lebih cepat dan gemuk. Yang kita soalkan disini adalah kehalalannya. Pembeli utama ayam hari ini adalah umat Islam. Ya, mungkin ada dalam kalangan kita menyatakan, ayam itu halal kerana disembelih mengikut cara Islam dan dijual oleh orang Islam. Yang kita tegaskan disini ialah makanan yang dimakan oleh ayam itu sekaligus akan menjadi sebahagian daripada DNA ayam itu sendiri bukanlah kaedah sembelihannya atau dibeli daripada orang Islam. Maka, Alhamdulillah HPA mengambil tanggungjawab ini dengan menyediakan bekalan ayam organik yang diternaknya sendiri dengan berteraskan makanan herba, diantara makanan yang dijadikan sebagai makanan ayam ialah habbatus sauda, jagung, ubi dan bijirin. Manakala vaksin ayam itu pula ialah dengan menggunakan daun mambu. Pada hari ini saja,ayam yang diternak oleh HPA mampu menanggung keperluan selama setahun. Subhanallah.

Industri Perfileman HPA

Insya Allah, HPA sedang merangka pelannya dalam menubuhkan industri perfilemannya sendiri. Selepas ini, warga HPA terutamanya akan mempunyai komedi dan filemnya yang tersendiri. Bersamalah kita berdoa, ia bukanlah satu angan-angan kosong. Dahulunya,kita HPA bermesyuarat di bawah pokok kelapa dengan bilangan staff sebanyak 6 orang sahaja pada tahun 1986, Pengarah Urusan berkata ketika itu` pada hari ini kita bermesyuarat dibawah pohon kelapa, Insya Allah satu hari nanti kita akan bermesyuarat di dalam bilik yang berhawa dingin serta mempunyai kelengkapan yang baik. Alhamdulillah, pada hari ini , HPA tidak lagi bermesyuarat dibawah pohon kelapa yang meninggalkan begitu banyak nostalgia, bahkan HPA juga ketika ini mempunyai pekerja sebanyak 1700 orang. Subhanallah. Maka marilah kita bersama-sama mendoakan agar matlamat yang sedang direncanakan mampu diwujudkan secara fizikal satu hari nanti. Insya Allah.

Friday, July 31, 2009

H1N1

Semoga Allah menghilangkan ujian ini daripada kita semua. Kepada seluruh warga HPA kita mengamalkan kaedah "pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan" . Herba kita yang mempunyai kekuatan bagi tujuan anti virus ialah seperti:-
1. IMT - 3 x 3
2. Roselle - 5 x 3 dan teh roselle - 2 x3
3. Madu corcinium - 2 x 3
4. kopi Radix
5. Malac - 2 x 3
6. Teh herba

Amalkan terus herba-herba HPA sebagai amalan harian. InsyaAllah .

Walau apapun mudah-mudahan Allah memunculkan pengubatan kita dalam situasi ini .Amin.

Sumber : Blog Pengarah Urusan HPA

Thursday, July 30, 2009

Perkembangan Semasa HPA

Institut Teknologi HPA (ITHPA)

Insya Allah, pada 3 Ogos 2009 ini. Pihak HPA akan memberi taklimat mengenai pengambilan pelajar baru bagi kemasukkan ITHPA. Taklimat tersebut akan diberikan sendiri oleh Pengarah Urusan HPA iaitu Tuan Haji Ismail Haji Ahmad. Setakat ini, jumlah permohonan bagi ITHPA adalah sebanyak 400 orang dan surat jemputan telahpun diedarkan kepada pemohon bagi menghadiri taklimat tersebut.

Sedikit maklumat ingin saya kongsikan bersama, mungkin ada dalam kalangan kita yang bertanya, `apakah ITHPA itu?” ` Insya Allah, saya akan cuba jelaskan secara terperinci mengenainya. ITHPA adalah singkatan kepada Institut Teknologi HPA. Dengan satu matlamat, penubuhannya adalah bertujuan untuk membuka peluang kepada saudara dan saudari kita yang tidak bernasib baik untuk meneruskan pelajarannya ke peringkat universiti. Kata Pengarah Urusan ketika mengulas mengenai isu kelayakkan untuk memasuki universiti pada hari ini diantaranya seseorang itu wajib mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Tetapi katanya, `bagaimana pula dengan golongan yang tidak bernasib baik untuk memasuki universiti` adakah masa depan mereka terjamin?” maka oleh sebab itulah, kita menubuhkan ITHPA ini dengan satu kefahaman, memberi dan membuka peluang kepada mereka semua, mungkin ada dalam kalangan mereka mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang, mungkin ada dalam kalangan mereka begitu terampil sekali kemahirannya dalam bidang kaligrafi dan sebagainya. Sesungguhnya, kemahiran mereka itu perlu digilap. Kita mengakui bahawa setiap manusia mempunyai kelebihannya yang tersendiri, maka kita akan menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka itu bagi menyambung kesinambungan perjuangan HPA ini. Disamping membimbing mereka ke arah memahami fikrah perjuangan HPA yang sebenar”.

Dengan kata lain, ITHPA juga akan mewujudkan beberapa sekolah, diantaranya sekolah ilmu lukis, perfileman, suara, bahasa, kaligrafi, geologi, dan pengawal keselamatan. Seterusnya, Insya Allah. Kelas yang akan dijalankan adalah selama 2 – 3 jam setiap hari, sebanyak 10 orang pelajar sahaja yang kita benarkan untuk memasuki setiap kelas dengan seorang guru pengajar atau pensyarah. Ia disebabkan pihak HPA begitu optimis dalam melahirkan seorang pekerja yang berwawasan dan mempunyai fikiran yang kritis disamping mantap dari segi akidah serta fikrahnya terhadap perjuangan HPA ini bagi menghadapi globalisasi. Selain itu, mengenai yuran pendaftaran ITHPA tidak perlu sama sekali, cuma hanya perlu menggunakan tenaga saja untuk menuju ke dewan mokhtar pada 3 ogos ini, jam 8.00 pagi bagi mendengari taklimat ITHPA. Ia begitu mudah sekali. Tetapi siapakah diantara kita yang sanggup bersama-sama HPA?? Marilah bersama kami. Mengenai tempat tinggal dan kos makan serta minum, adalah dibawah tanggungan sendiri. Manakala kemudahan tempat tinggal pula disediakan homestay di bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah. Disana HPA mempunyai sebanyak 25 buah homestay. Dengan bayaran RM 50 sebulan bagi setiap pelajar ITHPA yang ingin menetap berhampiran disana. Kemudahannya begitu baik sekali, kerana berhampiran dengan homestay HPA terdapat Radix Fried Chicken (RFC) di sekitar kawasan itu.

Selain itu, Pengarah Urusan HPA juga telah memberi amanah kepada Pak Yayat selaku ketua bagi sekolah kaligafi dibawah ITHPA. Disamping menjadi tenaga pengajar disekolah itu. Insya Allah. Dengan kata lain, syarat kelayakan bagi memasuki sekolah kaligrafi sedang direncanakan. Insya Allah tidak lama lagi siaplah ia. Pengarah Urusan juga menegaskan dalam menyediakan syllabus kaligrafi itu mestilah mempunyai unsur-unsur dakwah yang akan mendekatkan diri seseorang itu kepada Allah azza wa jala. Sesungguhnya Islam itu tidak jauh dari daerah seni.

HPA di China

Seterusnya, En Hafiz Ismail telahpun dilantik sebagai Pengurus Besar di China. Insya Allah kami akan bekerjasama disana bagi meluaskan rangkaian HPA disetiap pelusuk di tanah besar itu. Di Guangzhou antaranya, mempunyai potensi yang amat baik sekali bagi memulakan rangkaian syarikat kerana Guangzhou, adalah bandar yang ketiga terbesar di China selepas bandar Beijing dan Shanghai. Bandar Guangzhou juga dikenali sebagai canton, dan dikatakan `lubuk segala perniagaan`. Insya Allah, kita akan membuktikan bahawa kebaikan yang terdapat di bandar itu, tidak akan kita sia-siakan begitu sahaja bahkan kita akan menggunakan segala ruang dan peluang yang ada dalam menguasai pasaran China. Sedikit perkongsian, negara China ini terkenal dengan keunggulan teknologi maklumatnya. Oleh itu, wajarlah kita menceduk segala keunggulan yang ada pada negara itu dan dibawa ke seantero dunia dalam meluaskan rangkaian HPA. Insya Allah. Selain itu juga, HPA juga akan mempunyai telefon jenamanya yang tersendiri yang di import dari negara China. Doakan agar dipermudahkan urusan kita. Amin.

Sunday, July 19, 2009

Festival Kedah Sejahtera




Festival Kedah Sejahtera

Negeri Kedah Darul Aman atau lebih dikenali dengan Negeri Jelapang Padi terletak di bahagian Utara Semenanjung Malaysia meliputi kawasan seluas 9,245 km persegi. Negeri Kedah yang berkepadatan penduduk hampir 2 juta orang terkenal dengan pelbagai tarikan destinasi pelancongan yang menarik antaranya Pulau Langkawi.

Festival Kedah Sejahtera adalah hasil penjanaan idea dari Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dalam usaha menyampaikan visi dan misi kerajaan kepada seluruh rakyat. Penganjuran ini adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam memupuk persekitaran masyarakat yang harmoni seterusnya untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat dan negeri.

Festival Kedah Sejahtera bakal berlansung pada :

Tarikh : 22 Julai 2009 hingga 28 Julai 2009

Tempat : Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani.

Kunjungan Diraja


Penganjuran festival ini bakal menerima kunjungan di raja dari Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 23 Julai 2009
Penajaan

HPA Industries Sdn. Bhd. merupakan salah satu syarikat yang menjadi penaja utama di Festival Kedah Sejahtera 2009.
Untuk keterangan lebih lanjut mengenai Festival Kedah Sejahtera 2009 sila layari laman rasminya di http://www.kedahsejahtera.com.my

Muhasabah Kehidupan

Bila Allah memudahkan urusan,
Tentu semua menjadi mudah,
Yang keras menajdi lembut,
Yang sukar menjadi senang,
Berapa banyak orang tamak,
Yang tidak boleh memenuhi keperluannya,
Berapa pula masa mendatangkan berita gembira,
Berapa banyak penakut,
Menjadi menakutkan dan mengerikan,
Berapa banyak orang yang hemah menjadi kaya,
dan berapa banyak peristiwa yang manis,
Menjadi pahit,
Sungguh dunia menipu,
Orang kaya boleh jadi fakir,
Sedangkan orang fakir dijadikan kaya,
Setelah melalui kesulitan,
Dan berapa banyak telah kita saksikan,
Orang hidup dalam kekotoran,
Sedangkan lainnya menjadi suci,
Setelah membersihkan kekotorannya.

Saturday, July 11, 2009

Umat Islam Di Xinjiang China



Sedikit pengenalan mengenai wilayah tersebut. Xinjiang ialah sebuah kawasan autonomi dan juga merupakan kawasan yang besar serta tidak padat penduduknya dan merangkumi satu per enam daripada seluruh wilayah negara. Xinjiang juga bersempadan dengan Kawasan Autonomi Tibet di selatan, wilayah Qinghai dan Gansu di tenggara, negara Mongolia di timur, negara Rusia di utara, serta negara-negara Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Afghanistan, dan bahagian-bahagian Kashmir yang dikawal Pakistan dan India di barat. Dengan kata lain,Xinjiang mentadbir kebanyakan kawasan Aksai Chin, sebuah rantau yang dituntut oleh India sebagai sebahagian daripada Jammu dan Kashmir.

"Xinjiang" atau "Ice Jecen" dalam bahasa Manchu, secara harfiahnya bermaksud "Sempadan Baru". Nama Xinjiang diberi sewaktu Dinasti Qing pimpinan orang Manchu di China.Selain itu, ia juga menempatkan sebilangan kelompok etnik Turki, termasuk orang Uyghur yang membentuk kelompok terbesar. Kawasan ini sering digelar Turkestan China atau Turkestan Timur. Secara amnya, orang Uyghur membentuk kaum majoriti di Xinjiang barat, termasuk prefektur Kashgar, Khotan, Kizilsu, dan Aksu, serta prefektur Turpan di Xinjiang timur. Bangsa Han pula menjadi kaum majoriti di Xinjiang timur dan utara, termasuk bandaraya-bandaraya Urumqi, Karamay, Shihezi dan prefektur-prefektur Changji, Bortala, Bayin'gholin, Ili (terutamanya bandaraya Kuitun), dan Kumul. Orang Kazakh banyak tertumpu di prefektur Ili di Xinjiang utara.

Berdasarkan fakta populasi penduduk di wilayah Xinjiang China, populasi bagi etnik uighur adalah sebanyak 8 Juta di Wilayah itu. Mereka telah lama mengalami kesengsaraan yang tidak berbelah bagi. Dengan kata lain, ancaman dan sentimen yang di tiupkan ke dalam media telah berjaya menampakkan umat Islam yang beretnikkan uighur ini sebagai `tiga kuasa` iaitu sebagai puak yang berfahamankan pelampau, pemisah dan keganasan. Meskipun ada peristiwa yang telah berlaku di bahagian selatan China bahawasanya golongan etnik uighur ini pernah mencuri, meragut dan merompak. Namun, pihak kerajaan China tidak patut menghukum mereka sedemikian rupa dengan meniupkan sentimen golongan etnik uighur Islam ini sebagai `satu golongan yang suka membuat kekacauan di Tanah Besar itu`.

Apabila sentimen seperti itu dilagukan sepanjang masa. Dengan secara tidak langsungnya ia menyeru kepada bangsa Cina atau Han lebih berhati-hati terhadap umat Islam uighur di wilayah itu. Umum tahu, pemberontakan di Xinjiang berlaku kerana pihak kerajaan China tidak memberi sebarang pengadilan terhadap kes pembunuhan yang berlaku di sebuah kilang permainan di wilayah selatan. Sebanyak 2 orang pekerja Islam yang beretnikkan Uighur dipercayai dibunuh oleh pekerja berbangsakan han semasa menjalankan kerja ketika itu. Maka tercetuslah pemberontakkan yang tidak terkawal, yang melanyak hampir 156 orang maut dan lebih 1,000 lagi cedera apabila penduduk Islam Uighur menyerang penduduk daripada kumpulan etnik utama di China, Han.

Walaubagaimanapun, Insya Allah. Saya meyakini bahawa peristiwa yang telah berlaku itu wajar bagi kita umat Islam di Malaysia dan sedunia fikir-fikirkan apakah sebabnya peristiwa `ahad` yang lalu itu berlaku. Renung-renungkanlah..

Firman Allah SWT, bermaksud: “Sudah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di daratan dan di lautan dengan sebab apa yang dilakukan tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak berasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” (Ar-Rom: 41).

Friday, July 10, 2009

Sebentar Bersama Pengarah Urusan



Alhamdullilah. 2 hari yang lalu, Saya berkesempatan bertemu dengan Pengarah Urusan. Bagi membincangkan sedikit objektif HPA di China. Sekitar jam 3.00PM bermulanya perbincangan kami, turut serta Ustaz Samad dan pelajar-pelajar HPA yang dihantar ke China. Dalam perbincangan itu, Pengarah Urusan telah menyampaikan objektifnya secara tidak langsung tanpa merujuk apa-apa kertas kerja di China. Objektif yang disampaikannya adalah berteraskan pengalaman dan cita-cita beliau selama ini

Perkara yang diutarakan oleh Pengarah Urusan semasa perbincangan kami bermula. Objektif yang pertamanya adalah mewujudkan pejabat dan kilang HPA di Guangzhou dan diikuti dengan daerah yang seterusnya. Hasrat beliau umum mengetahui, adalah ingin menyampaikan produk halal ke seluruh pasaran China. Meskipun dasar china tidak begitu menerima produk keluaran negara lain dalam memajukan industri dan ekonomi negara itu. Akan tetapi, HPA percaya dengan pengalaman perniagaan yang dilalui selama ini mampu menembusi pasaran di China.

Beliau menyatakan pendiriannya dalam bidang perniagaan, seperti biasa. Pada mulanya kita perlu mempelajari dan menguasai bahasanya iaitu bahasa mandarin. Disamping menguasai gaya bahasa mereka dalam perniagaan. Ia sangat berbeza jika seseorang pelajar yang mempelajari ilmu bahasa didalam kelas dan hanya menggunakannya ketika berbicara rakan-rakannya dengan seseorang yang menggunakan bahasa itu di medan perniagaan yang sebenar. Dengan kata lain, beliau juga ada menyatakan bahawa `HPA melihat di China, mempunyai 10 daerah yang amat berpotensi untuk kita bertapak. Beliau melihat dalam pelbagai sudut, diantaranya, berdasarkan majority umat Islam, kebersihan, cuaca, iklim dan keistimewaan yang ada pada daerah itu dalam memaksimumkan kebaikan yang ada pada kawasan itu terhadap HPA.

Diantara daerah yang disebutnya adalah Taiwan, kerana beliau melihat dari segi sudut keistimewaan yang ada pada Taiwan, adalah begitu bijak dan sistematik dalam menguruskan pertanian. Disamping budaya optimis yang ada pada setiap rakyatnya dalam mengurus dan melaksanakan sesuatu pekerjaan. Budaya yang ada pada mereka itu saya kira persis menyamai budaya yang ada pada rakyat negara Jepun dan Korea. Mereka begitu menghormati sekali setiap perkara dan pekerjaan yang mereka laksanakan dalam mengekalkan kualiti sesuatu perkara dan pekerjaan itu. Budaya yang seperti inilah telah mengangkat mereka ke satu tamadun dan cara hidup yang tinggi.

Selain itu, Pengarah Urusan juga ada menyatakan objektifnya bagi jangka masa panjang di China. Beliau begitu optimis sekali untuk membangunkan Sekolah bahasa Cina HPA di China kerana dengan melalui kaedah tersebut ia mempermudahkan misi kita untuk mengislamkan orang-orang china yang berasal usulkan Islam dan juga bukan Islam. Bahkan, beliau juga menekankan dalam kenyataannya. `Kita wajib sampai ke daerah dan kawasan yang pernah diduduki umat Islam sebelum ini.

Seterusnya, beliau juga meminta kami mempelajari memahami setiap budaya dan cara yang ada dalam berbagai sudut kecil serta besar di China. Dalam mempermudahkan urusan kita mengIslamkan setiap budaya dan cara yang ada diChina. Berdasarkan beberapa analisa, dan kajian yang akan dinilai dari pelbagai sudut.Disamping itu, Insya Allah HPA juga akan mewujudkan rangkaian RFC nya di China dalam masa terdekat setelah selesai matlamat yang pertama iaitu mendirikan pejabat dan kilang. Seterusnya, Insya Allah HPA juga akan mewujudkan restoran dan hotelnya di beberapa daerah China berdasarkan potensi sesuatu daerah.

Sebelum mengakhiri maklumat semasa ini. Saya ingin berkongsi satu puisi yang ucapkan oleh Pengarah Urusan di penghujung perbincangan kami.

“ Sebab sebatang paku,
Ladam menjadi rosak,
Sebab ladam rosak,
Kuda tidak boleh berlari,
Sebab kuda tidak boleh berlari,
Utusan tidak boleh dihantar,
Sebab utusan tidak boleh dihantar,
Perang boleh kalah."

Thursday, June 25, 2009

Hadith Palsu Rejab, Syaaban

Artikel ini merupakan Himpunan penulisan Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang terdahulu dicadangkan untuk bacaan bersempena bulan Rejab.

Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama.
Dalam persoalan hadis, ramai kalangan kita yang begitu tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis.

Apa sahaja yang dikatakan hadis terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya.Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadis maka pastinya sahih dan wajib diimani.Dengan itu apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadis yang mutawatir: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain).
“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).

Berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. adalah satu jenayah yang dianggap sangat berat di dalam Islam. Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. adalah menyandar sesuatu perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya.Ini seperti menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang baginda tidak pernah melakukannya.Maka sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi s.a.w. sama ada perkataan, atau perbuatan atau pengakuan, maka ia disebut sebagai al-hadis.

Namun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w. secara dusta, bukanlah hadis pada hakikatnya. Cuma ia disebut hadis berdasar apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu’, atau al-Mukhtalaq iaitu palsu, atau rekaan. Maka hadis palsu ialah: “Hadis yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, ia tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w.” (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi ‘Ulum al-Hadis, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu‘asarah, Beirut).

Perbuatan ini adalah jenayah memalsu ciptakan agama, kerana Nabi adalah sumber pengambilan agama. Seperti seseorang yang memalsukan pasport di atas nama sesebuah kerajaan. Ia sebenarnya melakukan pembohongan dan jenayah terhadap kerajaan tersebut.Kedudukan Nabi s.a.w. tentunya lebih besar dan agung untuk dibandingkan. Oleh itu dalam riwayat yang lain Nabi s.a.w. menyebut: “Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani (meninggal 852H) dalam mengulas hadis ini: “Ia merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi s.a.w. dan semua jenis pendustaan ke atas baginda.”Mendengar Maksudnya: “Jangan kamu sandarkan pendustaan ke atasku (menggunakan namaku)” (rujukan: Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, jld 1, m.s. 270, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut).Bukan sahaja membuat hadis palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram.
Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ia hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya.” (Ibn al-Salah,‘Ulum al-Hadis, m.s. 98)

Misalnya di tanah air kita, didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Syaaban maka hadis-hadis palsu mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadis: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, Halab, Syria). Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid.
Ibn Jahdam meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada Jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-‘Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut).
Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi).
Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka.
Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. Alhamdulillah. (Ibn al-Salah, ‘Ulum al-Hadis, m.s. 99)
Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa pula, ada menjadi ejen menyebarkan hadis-hadis palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut.
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w.
Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu).
Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).
Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Syaaban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah: “Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).
Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh).Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.”
Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.
Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya.Ibadat Perhimpunan (malam Nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati.
Namun dalam masalah ini beliau agak tegas kerana ia bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Justeru, hadis-hadis palsu mengenai Rejab dan Syaaban ini hendaklah dihentikan dari disebarkan ke dalam masyarakat. Kita perlu kembali kepada agama yang tulen.Hasil dari memudah-mudahkan dalam hal seperti ini maka muncullah golongan agama yang suka mendakwa perkara yang bukan-bukan.Dengan menggunakan nama agama segala rekaan baru dibuat untuk kepentingan diri dan kumpulan. Islam tidak pernah memberi kuasa kepada golongan agama, atau sesiapa sahaja untuk mendakwa apa yang dia suka kemudian menyandarkannya kepada agama.

Agama kita rujukannya ialah al-Quran dan al-sunah yang dipastikan kesabitannya mengikut yang diputuskan oleh para ulama hadis. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar): “Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadis, sama ada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadis).”
Mereka hanya membaca hadis apa yang mereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadis tersebut.Apa yang mereka pentingkan hanyalah reda orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara yang berlebih-lebih, pelik dan ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya.

Mereka ini sepatutnya dihalang dari berceramah, memberi nasihat dan bertazkirah. (Abu Syahbah, al-Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 322, cetakan: Dar al-Fikr al-‘Arabi, Kaherah).Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w.

Wednesday, June 17, 2009

Pengambilan Pelajar Ke China

Temuduga Terbuka :
Pengambilan Pelajar Ke China (Tajaan HPA - Peringkat Ijazah).
Temuduga akan dibuat, KHAMIS (25 Jun 2009 ) Mulai Jam 10.00 Pagi.
Di Dewan HPA SP, Bdr HPA Sungai Petani, Kedah.
Minima SPM, umur 18 - 22Tahun

Telefon : Puan Husni 04-9776805 / 0134308717
email: hr@hpa.com.my atau Fax:04-9772612

Sumber: Laman Web Rasmi HPA Industries Sdn Bhd
www.hpa.com.my