Sunday, August 31, 2008
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana apabila menjelangnya 1 Ramadhan 1429 Hijriah, yakni pada hari pelancaran MLM HPA Industries Sdn Bhd pada 1997 di mana jatuhnya pada 1 Ramadhan juga. Alhamdulillah, sama-samalah kita berdoa agar selama 11 tahun perjuangan HPA ini di rahmati dan di berkati oleh Allah S.W.T. Amin. Wahai ahli-ahli HPA! Ingat-Ingatlah! Perjuangan kita belum SELESAI lagi! Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak!
Saturday, August 30, 2008
Perencah Alami HPA
Wednesday, August 27, 2008
Jihad Ekonomi Masa Kini
Di pasca modenisme ini, umat Islam masih lagi ketinggalan dalam bidang ekonomi. Penindasan ke atas umat Islam juga begitu menjadi-jadi sehinggakan kita pada hari ini umat Rasulullah tidak lagi di geruni oleh blok bukan Islam dan barat. Isu ini amatlah mendukacitakan kerana terdapat sebahagian umat Islam yang masih tidak sedar akan kepentingan memelihara ukhuwwah islamiyyah. Hatta, umat Islam tidak lagi di hormati oleh masyarakat bukan Islam, berikutan penguasaannya yang miniroti dalam bidang ekonomi.
Umum tahu, umat Islam di Malaysia adalah majoriti dari segi penduduknya, akan tetapi kita adalah umat yang minoriti dari segi ekonominya. Ini dapat di lihat hasil kajian yang di buat oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) peratus umat Islam di Malaysia adalah sebanyak 60% manakala penguasaannya dalam bidang ekonomi sebanyak 20%. Kesimpulan hasil kajian ini adalah amat menyedihkan sedang penduduk masyarakat bukan Islam adalah sebanyak 40%, namun begitu, mereka telah menguasai bidang ekonomi sebanyak 80%.
Kita telah ketinggalan begitu jauh dalam bidang ekonomi, meskipun langkah-langkah untuk memperkasakan ekonomi umat Islam telah di ambil, tetapi kita hanyalah mengorak satu langkah sahaja sementara ekonomi masyarakat bukan Islam telah maju ke hadapan sebanyak 10 langkah. Fenomena ini berlaku disebabkan kelemahan muslimin dari segi akidahnya. Kata Muhammad Qutb r.h :” Berpunca daripada kemunduran akidah, timbul segala kemunduran lain yang menimpa dunia Islam. Kemunduran ilmu, ketamadunan, ekonomi, peperangan, pemikiran dan kebudayaan.” ( Muhammad Qutb, Waqi` una al-Mu`asir, m/s : 172)
Akidah yang tulen dapat mewujudkan perasaan ukhwah sesama muslim dalam memperkasakan ekonomi dan kekuatan umat. Disamping itu, akidah yang teguh dan kukuh dapat merencanakan satu agenda ekonomi yang jelas hala tujunya mahupun jalannya dalam memastikan kekuatan umat kembali `muda`. Tanpa akidah, maka hilanglah ikatan ukhuwwah Islamiyyah yang menjadi penggerak ekonomi ummah. Kelemahan umat Islam hari ini adalah berpunca daripada ikatan persaudaraan yang tidak utuh dan kukuh sekaligus menghalang daripada melakukan amal seperti saling membantu antara satu sama lain. Sedangkan ini adalah sesuatu yang dituntut : “Menurut Abi Burdah, Abi Musa r.h berkata : Sabda Nabi s.a.w : Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan sama rata dalam satu bekas. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka.” (Riwayat al- Bukhari, jil: 2,no. 880 dan Muslim,jil: 4, no. 944)
Dalam hadith di atas, Nabi s.a.w memuji sikap tolong-menolong, bantu-membantu dan mengambil berat antara satu sama lain. Baginda memuji sikap yang ditunjukkan oleh kaum al-Asy`ariyyin yang saling menjamin kebajikan sesama mereka dan Baginda redha dengan tindakan mereka yang menepati kehendak Allah s.w.t. Tolong menolong sesama puak, bangsa atau kumpulan termasuk amalan kebajikan dan takwa. Ia bukan sikap perkauman yang sempit. Ketika menghuraikan hadith di atas, al-Syeikh Muhammad al-Mubarak berkata :
“Sesungguhnya Nabi s.a.w memerangi `asabiyyah`(perkauman) yang disebabkan keturunan semata-mata, lalu menggantikannya dengan ikatan akidah dan prinsip. Namun, Baginda menganggap kaum al-Asy`ariyyin sebahagian daripada Baginda. Ini disebabkan prinsip yang sama, iaitu saling menjamin dan bantu-membantu dalam harta. Juga membahagikan harta sesama sendiri dalam hal darurat dan keperluan.” ( Muhammad al-Mubarak, Nizam al-Islam, Mabadi` wa Qawa`id’ Ammat, ms : 134)
Dengan kata lain, tolong-menolong sesama puak yang susah atau terdesak diizinkan dan dipuji oleh Rasulullah s.a.w. Apatah lagi menolong sesama muslim dalam keadaan Islam dimusuhi dan ditindas. Perbuatan dan kebajikan seperti itu lebih dituntut pada zaman ini. Bahkan tolong-menolong, bantu-membantu dan saling menjamin sesama muslim di dalam perkara makruf adalah tuntutan al-Ukhuwwah al-Islamiyyah ( Persaudaraan Islam). Seorang muslim itu mestilah sentiasa berusaha membantu saudaranya yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w : ‘’ Bandingan seorang mukmin dengan mukmin yang lain bagaikan satu bangunan. Saling kuat-menguatkan antara satu sama lain.’’ ( Riwayat al-Bukhari, jil : 1, no. 182 dan Muslim : 4, no. 1999)
Oleh yang demikian, keadaan ekonomi kita pada hari ini begitu terdesak. Bahkan kritikal dan menuntut agar setiap umat berdikari mengenai bagaimana kaedah yang terbaik dalam memperkasakan kekuatan ekonomi umat Islam. Dunia hari ini kian berubah, bukan hanya kekuatan senjata sahaja yang perlu dititikberatkan bagi menentukan kekuasaan suatu bangsa, bahkan ekonomi juga memainkan peranan yang penting dalam menguasai pasaran global.
Firman Allah s.w.t :” Persiapkanlah dirimu untuk menentang mereka (musuh-musuh Islam) dengan apa jua yang kamu mampu dari segi segala jenis kekuatan dan pasukan-pasukan berkuda yang disiapkan untuk menggerunkan musuh ALLAH dan musuh kamu serta musuh-musuh selain mereka yang tidak kamu ketahui. Sedangkan ALLAH mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan ALLAH akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dizalimi.” Surah al-Anfal : 60
Dalam ayat ini, ALLAH memerintahkan kaum muslimin agar menyediakan kekuatan untuk menghadapi musuh. Ia mestilah terdiri daripada apa sahaja yang boleh menggerunkan musuh.
Antaranya, kuda yang merupakan perkara terpenting bagi melambangkan kekuatan umat pada zaman Rasulullah s.a.w dan beberapa kurun selepas itu. Sebaliknya, pada zaman ini terdapat pelbagai jenis senjata canggih yang boleh menggerunkan musuh. Maka, umat Islam perlu berusaha untuk memilikinya.
Di samping itu, kekuatan ekonomi juga merupakan senjata baru dalam membina kekuasaan di era moden. Bahkan sekali gus ia mampu menggerunkan musuh. Oleh itu, membina kekuatan dari segi ekonomi pada zaman ini adalah menjadi tuntutan agama. Malangnya umat Islam cuai dan tidak prihatin mengenai isu ini. Kita ketinggalan dan dihina. Dr Yusuf al-Qaradawi berkata : ‘’ Kekuatan ekonomi kita terbengkalai. Kita hidup di bumi ALLAH yang paling strategik, paling baik dan subur. Bumi kita yang paling banyak menyimpan galian dalam perut dan kekayaan bertebaran di atasnya.
Malangnya kita tidak menggerakkan kekayaan kita, tidak bercucuk tanam di bumi kita, tidak menghasilkan keluaran dari galian, sedangkan bahan mentahnya di keluarkan dari bumi kita..
Maka, jadilah kita sebagai pengguna dalam banyak keadaan. Bukan pengeluar, pengimport atau pengilang. Kadangkala kita menghasilkan produk yang tidak diperlukan dan kita abaikan barangan yang sangat diperlukan.
Kita berbangga memiliki kereta-kereta mewah antarabangsa, sedangkan kita langsung tidak tahu walaupun untuk membuat basikal.” ( Dr Yusuf al-Qaradawi, Aina al-Khalal, ms : 12-13)
Membeli produk buatan muslim adalah satu kewajipan. Umat Islam juga perlu memiliki kedai dan pasaraya sendiri untuk menyempurnakan tuntutan agama. Begitu juga di peringkat antarabangsa, mereka wajib berdagang dengan Negara Islam lain dan menolak perdagangan Barat serta sekutunya.
Oleh yang demikian, sama-samalah kita memperkasakan ekonomi ummah kita dengan membantu HPA dalam mencapai objektifnya dalam menguasai pasaran global. Insya Allah, Tanpa bantuan kita, HPA tidak dapat merealisasikan tuntutan agama dalam menyampaikan produk-produk yang halal ke pangkuan umat Islam di Malaysia seterusnya di seluruh dunia. Insya Allah. Ini adalah kerana peluang untuk kita menjayakan ekonomi ummah begitu luas pembentangannya. Di antaranya:
1. Kuasa membeli umat Islam hari ini begitu tinggi.
2. Sentimen agama ekoran produk haram pada hari ini yang begitu berleluasa di pasaran sehingga membimbangkan para pembeli.
3. Ketegangan yang wujud di antara blok barat dan Umat Islam hari ini, perlu di ingat bahawa kuasa membeli yang tertinggi di dunia hari ini adalah umat islam. Oleh itu, jika kita mengalirkan pembelian kita kepada HPA yang semestinya halal lagi suci, ia sekaligus menguatkan lagi ekonomi umat Islam malah kita dapat menggerunkan blok barat.
4. Setiap pembelian kita ke atas produk yang halal akan memberi manfaat semula kepada kita.
5. Hasil penjualan Kopi Radix di manfaatkan semula kepada umat Islam yang miskin sebanyak 10 sen setiap kotak. Ia sekaligus meringankan beban Ibu-ibu tunggal, anak yatim dan segolongan dengannya.
Jika setiap pembelian sekotak kopi radix akan di sumbangkan sebanyak 10 sen kepada golongan itu, Ini adalah membantu, kita mempunyai ahli sebanyak 400,000 jika RM 0.10 x 400,000(ahli)= RM 40,000 akan di sumbangkan kepada golongan miskin itu. Amin.
6. Kewajipan untuk membeli barangan yang di keluarkan oleh syarikat muslim , ia adalah satu tuntutan agama dan jihad dalam ekonomi,
7. Produk Halal tanggungjawab bersama.
8. Jika umat islam tidak membeli barangan hasil keluaran muslim, Siapa lagi yang akan membelinya?
Tuesday, August 26, 2008
Penyelesaian Bagi Isu Ayam
Jaminan Ayam Halal dan Daun Mambu Pengganti Vaksin(antibiotic)
Alhamdulillah, di celah-celahan kemelut mencari Ayam yang `Halal` yang di TUNGGU SELAMA INI SUDAH TIBA! Umat Islam di Negara ini tidak perlu berasa was-was lagi apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk, ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam yang di campur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam Organik di Kok Klang, Perlis.
Lebih menarik ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatic sepenuhnya. Tujuan dilaksanakan projek ini adalah untuk memenuhi tuntutan Fardu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat Islam, terutama dengan laporan `tidak enak` mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organic atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung dan serbuk ikan. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organic HPA turut diberikan makan daun mambu yang berpotensi tinggi baik untuk kesihatan.
Menuru En Abd Ghani Husein selaku Pengurus Besar R&D HPA Industries Sdn Bhd, ayam organic ini tidak disuntik dengan apa-apa hormone, vaksin atau di kenali sebagai antibiotic. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, terutama bukan Islam supaya ayam mereka cepat besar.
“Makanan ayam organic ini bukannya seperti dedak yang di ambil dari kilang, tetapi sumbernya diambil daripada tumbuh-tumbuhan herba.” Katanya. Ayam organic ini sudah terbukti memiliki protein yang lebih tinggi berbanding dengan ayam kampung biasa. Kaedah ayam organic ini di beri makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan anti-oksida dan anti-kanser seperti halia, kunyit dan pandan tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol.” Kata Abd Ghani ketika ditemubual Sementara itu, Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Ahmad berkata,” HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organic HPA.”
“Pasaran ayam ini cukup luas. Bekalan kita tidak cukup. Saya harap siapa yang tidak dapat, jangan kecewa terus cuba.” Katanya yang berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor ayam organic sehari.
Rujukan
Metro HPA – Edisi 7- JUN 2008 M/S 7
Isu ayam Di Malaysia
Ternakan Ayam Di
Sejauh mana proses penternakan ayam kita berperikemanusiaan dan bersih? Mungkinkah penyeksaan di ladang ternakan ayam luar Negara turut berlaku di sini ? Adakah kita mengalami risiko akibat implikasi kesihatan yang serupa ?
Di mana membabitkan layanan yang berperikemanusiaan, tiada siapa yang tahu betapa besarnya masalah itu memandangkan tiada siasatan rasmi secara meluas yang diketahui telah di jalankan di sini.
Bagaimanapun daripada perspektif kebersihan dan keselamatan, pemeriksaan rambang Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ke atas ladang ternakan ayam dalam tinjauan lalu sering mendedahkan keadaan ladang yang kotor, dan penyalahgunaan antibiotik secara berleluasa.
“Akibatnya pada tahun 2003 sahaja, 13 daripada 17 contoh ayam yang kami uji didapati mengandungi bacteria sama ada yang kebal terhadap Nitrofuran atau Chloramphenicol, atau kedua-duanya sekali. Jenis bacteria kebal ini tidak terdapat dalam alam sekitar dan mungkin telah wujud hanya kerana ayam itu terdedah kepada ubat-ubatan di ladang.
Antibiotik Nitrofuran ( agen penyebab kanser) manakala Chloramphenicol (yang boleh menyebabkan tekanan sumsum tulang yang membawa maut pada sesetengah orang) diharamkan di dalam makanan dan tidak seharusnya terdapat pada ayam.
Dalam siasatan kebelakangan itu, ujian CAP telah mendapati ayam merupakan salah satu daging yang paling tidak selamat di pasaran memandangkan ia kerap di cemari oleh bacteria akibat penternak yang tidak bertanggungjawab dari segi kebersihan menternak dan memproses ayam yang tidak sihat lagi tidak di ketahui tahap kebersihan penyembelihnya.
RUJUKAN
Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau
Bahan Artikel
Utusan Pengguna- Persatuan Pengguna Pulau
2005. M/S 1-5
Isu Ayam KFC
Apa Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Resipi Rahsia Kolonel??
Tidak cukup dengan itu , paruhnya dicabut dan kepalanya dipulas. Air tembakau dititik ke dalam mata dan mulut. Mukanya dicat, tubuhnya ditekan tersangat kuat sehingga terkeluar najisnya!
Inilah hasil siasatan di rumah sembelih KFC di Moorefield, West Virginia di Amerika Syarikat, yang dikeluarkan oleh People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) pertubuhan hak untuk binatang yang terbesar di dunia pada 20 Julai 2004 yang lalu.
Lokasi itu dipilih kerana ia merupakan tapak majlis penganugerahan “ Supplier of the Year” KFC
Melalui rakaman video terhadap semua perbuatan yang dilakukan , PETA mendapati pekerja di rumah sembelihan yang dijalankan oleh Pilgrim`s Pride, iaitu syarikat ayam ke-2 terbesar di Amerika Syarikat selepas Tyson Foods menunjukkan : “Adegan paling kejam yang pernah saya saksikan ke atas ayam.”
“Penyeksaan paling serakah yang dialami oleh ayam di ladang dan rumah penyembelihan pembekal KFC, termasuk disiat hidup-hidup, lumpuh sepanjang hayat.” Menurut PETA lagi.
Seorang bekas pekerja melaporkan kepada PETA, keserakahan itu berlaku sampai terkeluar biji mata, tulang patah, bahagian tubuh hilang dan cacat, disiat kulit hidup-hidup dan tubuh dihancurkan!
Gambaran ini menunjukkan keadaan tersangat teruk yang dialami oleh ayam-ayam sepanjang hidup, termasuk jadi lumpuh sejak dipelihara dan dipaksa membesar dengan cepat, malah, mana-mana ayam yang terperangkap di tempat air, di biarkan lapar sehingga mati.
Bagaimana ayam KFC diseksa?
- Mempunyai ruang sempit.
Terperangkap dalam ruang yang sempit dan sesak dengan bilangan sehingga mencapai 10,000. Tiada ruang untuk mengembangkan sayap dan bergerak bebas kerana sangkarnya sempit menyebabkan ayam-ayam ini memijak, menolak dan melanggar antara satu sama lain untuk mendapatkan makanan. Udara di dalam sangkar ini penuh dengan wap ammonia, menjadikannya sukar untuk bernafas.
- Mengalami kecacatan kaki sepanjang hayat.
Ayam-ayam itu diberi makan dengan makanan yang diubah suai genetiknya dalam usaha untuk mempercepatkan kadar pembesaran dan menjadikannya lebih berat. Penyakit seperti kegemukan yang berlebihan dan hati serta buah pinggang yang berlemak, serangan jantung, septisemia ( bacteria keracunan darah) dan kecacatan disebabkan oleh Artritis adalah perkara biasa. Berat badan yang luar biasa ini bersama dengan penyakit lain menyebabkan tekanan kepada tulang yang masih muda, menjadikan kaki ayam terperosok ke dalam sehingga menyukarkannya untuk sampai ke tempat makan. Kecacatan kaki ini kemudiannya membawa kepada penyakit seperti arthritis dan osteoporosis.
- Menderita serangan jantung yang membunuh akibat pemeliharaan yang buruk.
Disebabkan keadaan kehidupan yang tidak bersih bersama dengan kadar pembesaran yang cepat. Ayam-ayam ini mati lebih awal. Menurut Pertubuhan Bantuan Binatang yang berpejabat di
- Menerima sedikit atau tiada langsung penjagaan veterinary.
Akibat kecuaian manusia, ayam-ayam ini menderita sepanjang hayat. Keadaan yang tidak bersih, makanan penggalak tumbesaran dan penjagaan yang tidak sempurna di bahagian pengendali membawa kepada merebaknya penyakit dengan cepat dalam kalangan ayam-ayam ini. Kesan penyakit ini biasanya boleh membunuh.
- Menderita di tangan pekerja yang kasar.
Ayam-ayam ini kerap mengalami tulang yang patah akibat pengendalian yang kasar.
- Menderita ketika proses pengangkutan.
Semua ayam mengalami kesengsaraan sewaktu penangkapan , pengangkutan dan penyembelihan. Ayam-ayam ini ditangkap pada kakinya dan dimasukkan ke dalam tong sebelum dimasukkan ke dalam lori atau ditangkap 3 ekor ayam dengan sebelah tangan dan 2 ekor lagi sebelah tangan yang lain dan disumbatkan ke dalam lori. Banyak yang menderita akibat kecederaan tambahan pada masa ini dan beratus ayam mati dalam perjalanan ke rumah sembelihan, sering kali akibat serangan jantung . Kematian ayam yang lain adalah akibat kecederaan dan luka . Kecederaan yang paling biasa dialami oleh ayam adalah terseliuh (tulang antara pinggang dan lutut). Ini adalah akibat pengendalian yang kasar sewaktu tangkapan dibuat. Tulang muda yang lembut patah dan sendi(sering mengalami kecacatan) terseliuh apabila ayam di tangkap.
RUJUKAN
Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau
Bahan Artikel
Utusan Pengguna- Persatuan Pengguna Pulau
2005. M/S 1-5
Penajaan Biasiswa Hpa Ke Negara China
Alhamdulillah, saya amat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana di pilih olehNYa dan Syarikat Hpa Industries Sdn Bhd sebagai calon ke Negara
Disamping itu, saya di maklumkan oleh Tuan Haji Ismail bahawa penghantaran ke Negara China, adalah bertujuan untuk meluaskan pasaran Hpa Industries Sdn Bhd di sana selepas mengikuti kursus bahasa.
Selain itu, ketika saya melontarkan pertanyaan kepada Tuan Haji mengenai perancangannya untuk meluaskan pasaran Hpa di China, beliau menjawab ` saya sendiri tidak dapat ramalkan sejauh mana pasaran Hpa akan di perluaskan di sana kerana perjuangan Hpa masih jauh lagi untuk di ramalkan.” Subhanallah, sejurus kenyataan itu di buat, semakin terasa jiwa saya bahawa ini adalah satu tanggungjawab dan perjuangan yang mesti di laksanakan oleh kami di
Insya Allah, sama-samalah kita tuan-tuan dan puan-puan mengorak langkah dalam memajukan serta mengimarahkan Hpa ini sebagai satu wadah perjuangan ekonomi ummah sekaligus melakukan kebajikan . Jika tidak dengan kekuatan kita sebanyak 400,000 ahli untuk memperjuangkan ekonomi ummah ini, siapa lagi yang akan memperjuangkannya? Kata Tuan Haji Ismail biarlah kehidupan kita ini dapat merangkul kejayaan di dunia dan di akhirat serta berakhirnya hasil kita ini dengan kebajikan. Amin.