Thursday, April 23, 2009

Ilmu Pelaris

Peniagaan merupakan satu seni yang perlu disepadukan dengan segala kebolehan untuk menawan hati pelanggan.Kegagalan berbuat demikian menjadikan umur sesuatu peniagaan itu singkat dan tidak berdaya maju.Apatah lagi apabila ujud persaingan yang besar untuk menguasai pasaran yang sedia ada.Siapakah yang akan menjadi pemenang bergantung kepada siapa yang dapat memenangi hati pengguna.

Menang atau berjaya mendapatkan pelanggan bukan semestinya kejayaan untuk selama-lamanya kerana jika tidak dijaga perkhidmatan atau produknya ia akan tenggelam pelahan-lahan tanpa disedari.Oleh sebab itulah kita memerlukan ILMU PELARIS bagi memastikan kejayaan sentiasa berpehak kepada peniagaan kita.Mereka yang berniaga tanpa ilmu pelaris bagaikan tentera yang tidak terlatih dalam medan tempur yang sangat sengit.Keberangkalian untuk gagal lebih besar dari harapan untuk berjaya.Bagitulah daripada pengalaman hidup yang dapat kita saksikan dari masa kesemasa.


Fahami maksud.

Saya tidak membawa maksud ilmu pelaris itu ialah segala jenis ilmu yang boleh membawa manusia menjadi syirik kepada Allah.Ilmu pelaris yang dimaksudkan ialah pengurusan peniagaan yang tersusun rapi bersumberkan Al-Quran dan Sunnah.Masyarakat primitive yang percaya kepada kuasa batu,pokok,bulan dan bintang,gambar-gambar,rajah-rajah dan sebagainya bukan sahaja tidak berjaya menjadi kuasa besar ekonomi malah terpenjara dalam kepercayaan khurafat yang jauh kesesatanya.Islam datang membawa cahaya penyuluh bagaimana untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya melalui akhlaq seorang Nabi sebagai ikutan.Setiap nabi membawa profesionnya masing-masing dan profesion nabi kita adalah seorang peniaga.Peniaga dan usahawan yang ulung ditengah kekuatan ekonomi yang dikuasai oleh orang Yahudi seperti masa kini.Benteng peniagaan Yahudi pecah dan hancur bila berhadapan dengan keunikan peniagaan Islam.

Formula yang paling mudah untuk berjaya dalam dunia peniagaan ialah percepatkan langkah menyusuri kembali jejak Rasullullah saw sebagai jalan benar untuk kejayaan.


Takwa dan tawakkal asas dalam ilmu pelaris.

Firman Allah

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah,nescaya Allah akan mencukupkan(keperluanya).

Surah At- Talaq: 2-3

Allah yang mempunyai nama “Ar-Razak” pemberi rezeki yang maha luas menjanjikan kemudahan dalam menghadapi situasi hidup ini.Allah jualah yang mencipta seribu jalan keluar pada tiap permasaalahan walau dipandang besar oleh manusia.Syaratnya manusia itu perlu mensucikan Allah dari segala sekutu dan kepercayaan.Inilah pintu kejayaan yang sudah ada jaminan daripada Allah.Tanpa takwa peniagaan bagaikan kapal tanpa arah tujunya.Manusia yang tidak bertakwa sangat rendah kekuatan peribadinya,mudah mengalah dengan tekanan.Akhirnya peniagaan akan runtuh satu persatu.Ini sangat berbeza dengan mereka yang bertakwa.peribadinya kuat dan yakin dengan Allah.Tidak mudah berputus asa serta memiliki motivasi dari dalam diri.Orang yang bertakwa melihat jatuh bangun peniagaan sebagai ujian daripada Allah dan akan diganjari pahala.Waktu diberikan kejayaan dia akan bersyukur dan diwaktu kegawatan dia akan bersabar.Ini sangat berbeza dengan orang yang tidak ada takwa.Bila senang mereka lupakan Allah dan apabila susah mereka putus asa.Inilah kayu ukur untuk bagi menentukan kejayaan dalam sesuatu peniagaan.Andaikata kita telah pun bergelar jutawan ,itupun masih tidak layak untuk diagung-agungkan persis anda melihat lukisan yang sangat cantik,sudah tentu puji pujian hanya untuk Allah tuhan sekelian alam yang telah mencipta pelukis tersebut.

Tawakkal

Rahsia ke dua yang perlu ada bagi menempah kejayaan ialah bergantung kepada sejauhmana tawakkalnya pada Allah.Semakin kuat penyerahan diri secara total kepada Allah semakin mudah orang berniaga akan mencapai keuntungan.Apabila kita menyerahkan semuanya kepada perancangan Allah nescaya Allah akan mengilhamkan jalan-jalan peniagaan yang menguntungkan sama seperti burung yang keluar pagi dengan perut kosong dan pulang dengan perut kenyang.

Tawakkal tidak boleh di buat kiraan pada logik kerana ini merupakan persoalan iman yang tidak boleh di hitung dalam kiraan matematik.

Sumber : Blog Pengarah Urusan HPA

No comments: