Sunday, April 19, 2009
Canton Fair April 2009
Alhamdulillah, dimusim bunga ini kami didatangi beberapa orang yang penting dalam menggerakkan pembangunan HPA. Mereka adalah Ustaz Samad (Pengurus Zon Utara), En Hafidz (Pengurus Multimedia & Servis), En Saiful Izham (Pengedar HPA) dan Pak Ngah yang akan membekalkan makanan basah dan kering kepada HPA. Kedatangan mereka dimusim bunga ini adalah bermatlamatkan visi dan misi HPA di masa akan datang. Disamping itu, pada musim bunga ini terdapat satu pameran perdagangan yang terbesar di China yang dikenali sebagai `Canton Fair`. Pameran tersebut akan diadakan sebanyak dua kali dalam setahun, iaitu pada bulan April dan Oktober. Dalam kata lain, Canton Fair itu akan diadakan selama 15 hari yang terdiri dari 3 fasa. Setiap fasa akan diadakan selama 5 hari. Canton Fair tersebut dengan keluasannya sekitar 630,000 m2, mampu menempatkan sebanyak 41,000 standard stand booth.Ketibaan keempat-empat orang mereka, tidaklah dipersia-siakan masanya. Alhamdulliah, Selama 5 hari fasa 1 itu diadakan telahpun kami isikan ruang masa itu dengan mencari dan menilai setiap potensi mesin yang ada.
Selain itu, sedikit perkongsian mengenai perkembangan semasa HPA. Sepanjang kami bersama, saya dimaklumkan oleh Ustaz Samad bahawa keuntungan syarikat Al-Wahida Marketing pada bulan Mac lepas sahaja adalah sebanyak RM 14.8 Juta. Ia tidak termasuk dengan keuntungan yang diperolehi HPA Farm, RFC, ROC, ROR,RCH dan lain lagi. Saya yang berada di Guangzhou, China ini, begitu bangga dengan pencapaian HPA di Malaysia. Pencapaian ini tidak mampu kita perolehi tanpa sokongan dan kesungguhan yang dilaksanakan oleh warga HPA yang begitu setia dalam perjuangan ini. Bak kata pepatah `bulat tidak datang menggolek, pipih tidak datang melayang. Insya Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment