Daripada Thauban, Rasulullah telah bersabda:”Manusia hampir ke semuanya berkerumun memusuhi kamu seperti orang yang mengerumuni makanan di dulang.” Seorang sahabat bertanya:” Adakah pada hari itu kami sedikit?” Jawab Rasulullah:” Kamu pada ketika itu ramai, tetapi kamu seperti buih banjir. Allah telah menghilangkan daripada hati musuhmu perasaan takut kepada kamu dan menempatkan dalam hatimu perasaan takut dan lemah.” Seorang sahabat lagi bertanya:”Apakah kelemahan itu?” Jawab Rasulullah:” Kasihkan dunia dan bencikan mati.” (Riwayat Abu Daud)
Huraian:
1. Orang kafir sentiasa memusuhi orang Islam. Mereka bimbang terhadap orang Islam yang berjihad dan berusaha melaksanakan pengajaran Al-Quran dan Al-Sunnah. Usaha permusuhan ini bukan hanya pada satu bidang yang tertentu sahaja akan tetapi meliputi semua bidang yang mampu mereka selitkannya dalam segala sesuatu `peluang`.
Firman Allah (Maksudnya):” Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kecuali apabila engkau mengikuti perjalanan mereka.” (Al-Baqarah: 120)
2. Berkerumun di keliling dulang makanan adalah satu gambaran bagi menunjukkan bagaimana kecenderungan masing-masing dalam memaksimumkan kepuasan nafsu dan hati. Begitulah keadaan mereka memusuhi Umat Islam.
3. Banyak seperti buih banjir bererti tidak mempunyai kehormatan dan kemuliaan, apatah lagi kekuatan. Umat Islam ketika itu tidak lagi di hormati oleh musuh, meskipun bilangan mereka ramai, akan tetapi mereka bagaikan buih yang hilang apabila di bawa arus lautan.
4. Meskipun pada zaman sebelumnya Allah telah melemparkan perasaan gerun dan gentar ke dalam hati musuh. Walaupun pada zaman itu, umat Islam kecil dari segi bilangan namun mereka mampu mengalahkan orang kafir hasil pertolongan dari Allah azza wa jala. Firman Allah (maksudnya):
“Berapa banyak kumpulan yang kecil dapat mengalahkan kumpulan yang besar dengan izin Allah, Allah menolong mereka yang sabar.” ( Al-Baqarah: 249).
5. Akan tetapi, tiba satu zaman nanti keadaan menjadi terbalik, orang kafir tidak lagi gerun dan gentar terhadap umat Islam, sebaliknya ketika itu, umat Islam pula yang mewarisi perasaan gerun dan gentar kepada mereka. Fenomena ini berlaku kerana umat Islam ketika itu tidak lagi percaya dan mengamalkan ajaran Al-Quran dan Al-Sunnahnya seperti yang di wajibkan ke atas mereka sebagai umat Islam.
6. Di lontarkan perasaan takut ke dalam hati umat Islam bermaksud kelemahan tersebut timbul adalah di sebabkan kasih mereka kepada dunia dan bencikan kematian begitu membuak-buak sekali. Oleh yang demikian, idealisma umat Islam ketika itu tidak lagi di perjuangkan akibat terlalu sucinya kemahuan mereka terhadap dunia dan membaranya kebencian mereka untuk mati.
7. Bencikan mati bukanlah bererti tidak mahu mati. Mati adalah satu ketentuan yang tidak dapat di elakkan. Maksud Hadis ini adalah untuk menggambarkan bahawa umat Islam ketika itu mereka berlumba-lumba merebut keduniaan, seolah-olah mereka tidak akan mati selama-lamanya dan tidak lagi menghiraukan amalan untuk hari akhirat.
Kesimpulan Dan Pengajaran:
1. Umat Islam hendaklah berwaspada terhadap musuh mereka yang sentiasa berusaha menentang dan menghancurkan umat Islam dari segi semua aspek.
2. Faktor tercetusnya fenomena ini adalah di sebabkan apabila agama di jadikan sebagai alat dalam segala sesuatu yang mampu memaksimumkan kepuasan nafsu dan hati.
3. Pemimpin umat Islam pada masa kini, haruslah senantiasa berdampingan serta berkomunikasi bersama para ulama demi kepentingan agama, pendidikan, ekonomi dan sosial.
4. Janganlah wang zakat dijadikan keuntungan bagi yang di amanahkan untuk pengagihannya, sementara yang berkemampuan tidak menjadikan zakat itu sebagai hutang.
“Setiap insan ada kesilapan,
Dalam banyak bicara mungkin ada yang terluka,
Dalam banyak kata mungkin ada yang terasa,
Dalam banyak tindakan mungkin ada gurisan,
Pada kesempatan ini,
Saya memohon kemaafan,
Kasih yang bersih,
Lebih banyak silap sisih,
Di antara kita adanya ikatan mulia. “
No comments:
Post a Comment