Friday, October 10, 2008

Kembalinya HPA ke Guangzhou

Alhamdulillah, bersyukur saya kepada Allah s.w.t kerana di permudahkan urusan kami ke Guangzhou, China. Insya Allah. Jika tiada halangan, kelas bahasa cina akan bermula pada hari Isnin depan dan kelas bahasa tersebut akan kami duduki selama 2 tahun Insya Allah.

Di samping itu, jarak di antara universiti dari tempat tinggal kami tidaklah begitu jauh, ia mengambil masa selama 30 minit. Dan universiti yang kami masuki adalah salah satu universiti yang tertua di China di mana ia ditubuhkan pada tahun 1906 setelah tamat dinasti qing. Umumnya, jumlah pelajar yang menuntut di universiti tersebut di anggarkan sebanyak 32,408 pelajar dan 20,000 pelajar daripadanya adalah dari luar negara, di antaranya dari Amerika Syarikat, Russia, Israel, Jepun, Korea, Hong Kong, Indonesia dan berikutnya.

Selain itu, universiti Jinan juga menawarkan berbagai jurusan, di antaranya, jurusan perubatan, sains, teknologi, ekonomi, perniagaan, bahasa dan budaya. Suasana di universiti itu agak sunyi dan bersih. Pensyarahnya pula agak mesra dengan pelajar-pelajarnya. Dari segi pembelajarannya agak cepat dan mudah difahami Insya Allah jika diikuti perkembangannya dengan baik.

Makanan

Memang tidak dapat dinafikan, kesukaran untuk mencari makanan yang halal nyata terbukti di China. Di Guangzhou ini hanya terdapat beberapa restoran muslim sahaja. Dan boleh dikatakan 80% produk makanan dan minumnya di pasaran adalah hasil daripada peniruannya daripada produk yang tulen. Tuan dan puan yang saya hormati sekalian, apabila saya mengimbau kembali makanan dan minuman di Malaysia, tuan dan puan amatlah beruntung kerana dapat memiliki barangan yang halal dengan mudah, tidak lupa juga kepada warga HPA yang saya kasihi, tuan dan puan begitu beruntung sekali kerana dapat membeli, memiliki dan menikmati barangan HPA yang halal lagi suci itu dengan mudah sekali, mencari yang senang dimiliki ,Apalah saya disini, mencari yang sukar dimiliki, kemelut makanan di China ini tidak akan berkesudahan, selagi tiada sahabat yang ingin berjuang untuk menyampaikan barangan yang halal ke pangkuan umat Islam di China ini. Begitulah keadaan hamba-hambaNya di negara China ini.


Dunia terus beredar,

Masa terus berputar,

Di mana hidup akan terdampar?

Di mana hayat akan bersandar?

Merenung masa depan,

Dengan berjuta harapan,

Mengenang masa lalu,

Sayu, rindu, dan pilu hati,

Naluri insani mencari erti,

Yang kekal abadi.....


1 comment:

ibnurashid,p041 pg said...

Assalamualaikum Safwan,kami di sini doakan kejayaan cemerlang untuk safwan dan seluruh umat Islam di sana. InsyaAllah kami disini akan memegang erat wadah HPA ini kerana ianya adalah Hadiah Pemberian Allah kepada kami. Pesan kami semasa mengikuti kelas dan ulangkaji pelajaran ingatlah kejayaan safwan adlah kejayaan seluruh warga HPA- PJS Zanbli & Muzlina