Friday, October 24, 2008

Warga Yang Baik

Warga yang baik itu, mestilah warga yang tunduk kepada PenciptaNya,
Orang yang tidak baik hubungannya dengan Allah,
Mustahil dia juga akan menjadi seorang warga yang baik,

Disini kita menekankan bahawa, dalam perjalanan ini,
Kita perlu mempunyai kesungguhan,
Kita perlu mempunyai jiwa yang cekal dan tabah,

Jiwa-jiwa yang siap sedia menerima arahan,
Dan bisa melakukan tugas dengan penuh keikhlasan,
Disamping mengerah semaksimum tenaga,

Walaupun perjalanan ini jauh dan sukar,
Mungkin agak lambat dibandingkan dengan orang lain,
Akan tetapi yang lebih penting, iaitu,

Semua yang ikut perjalanan ini, harus selamat,
Kesemuanya bisa mendapat bimbingan,
Kesemuanya bisa menyelamatkan dirinya, daripada azab Allah,

Jangan kita biarkan HPA dengan seribu kekurangan,
Kemudian kita sebutkan kekurangan itu di mana saja,
Sedang kita tidak langsung berusaha untuk HPA,
Tidak langsung untuk memperbaiki kekurangan tersebut,

`Sekiranya mereka tahu khasiat herba-herba kita,
Nescaya mereka sanggup menukarkannya,
Walaupun dengan ketulan-ketulan emas.

Sekiranya anda mencuba herba-herba HPA,
Dan berkesan, maka sampaikanlah kepada orang lain,
Dan sekiranya anda mendapati bahawa herba ini`tidak mujarab`,
Dan hanya gimik perniagaan semata-mata,
Maka sampaikanlah kepada orang lain.

Jangan ada yang tertipu dengan perniagaan ini,
Jangan ada yang terpaksa menipu diri sendiri,
Meskipun ia menguntungkan,
Kerana HPA berpegang dengan konsep
KEJUJURAN……….

Wednesday, October 22, 2008

Fadhilat Surah Al-Mulk

Daripada : Tn Haji Ismail Bin Haji Ahmad
Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd.


Fadhilat Surah Al-Mulk:

1. Surah Al-Mulk mempunyai kelebihan yang besar bagi orang yang membacanya, Ia di namakan juga surah (yang memelihara) dan juga (yang menyelamatkan), kerana Surah Ini dapat memelihara orang yang membacanya dan mengamalkannya dari seksaan kubur.

Nabi s.a.w bersabda:” Ia(Al-Mulk) adalah surah yang menghalang dan juga surah yang menyelamatkan, iaitu menyelamatkan dari seksa kubu.r (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda, maksudnya : “Ada satu surah dari kitab Allah hanya mengandungi 30 ayat, dapat memberi syafaat kepada orang nanti pada hari kiamat. Dikeluarkannya orang itu dari neraka dan di masukkannya ke dalam syurga. Ketahuilah ia adalah surah Tabarak-al-ladhi (Al-Mulk)

2. Diriwayatkan daripada Ibnu Syihab: Surah ini (Al-Mulk) dinamakan juga al-Mujadilah kerana Dia mendebat dengan Malaikat di dalam kubur bagi pihak yang membacaNYya.

3. Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas`ud, katanya :

“Apabila di letakkan mayat di dalam kuburnya didatangkan kepadanay Malaikat dari arah kedua kakinya. Maka kedua kakinyanya pula berkata kepada Malaikat tersebut, tidak ada jalan bagi kamu menyeksa orang itu kerana dia ada membaca surah Al-Mulk. Seterusnya didatangkan pula Malaikat dari arah kepalanya, maka lidah orang itu bercakap kepada Malaikat, tidak ada jalan bagi kamu untuk menyeksanya kerana dia ada membaca menerusi (lidah) ini akan surah Al-Mulk. (Tafsir Hasyiatul Jamal)
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “ Hatiku menghendaki supaya surah(Al-Mulk) ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”

Sunday, October 12, 2008

SENANGKAN HATIMU

Kalau badanmu sihat, senanglah hatimu,
Tandanya telah ternyata pada dirimu,
Kekayaan Tuhan dan kemuliaan nikmat-Nya

Kerana badan yang sihat,
Mudahlah engkau mendaki bukit kesusahan,
Dan menempuh padang kesulitan,

Dan kalau engkau sakit, senangkanlah hatimu,
Kerana sudah ternyata bahawa dirimu,
Adalah medan tempat perjuangan,
Di antara dua alam yang dijadikan Tuhan,
Iaitu kesihatan dan kesakitan,

Kemenangan akan terjadi pada salah satu yang kuat,
Kesembuhan mesti datang sesudah perjuangan itu,
Baik kesembuhan di dunia atau kesembuhan sejati…….

Tasawuf Moden- Prof Dr Buya Hamka

Friday, October 10, 2008

Kembalinya HPA ke Guangzhou

Alhamdulillah, bersyukur saya kepada Allah s.w.t kerana di permudahkan urusan kami ke Guangzhou, China. Insya Allah. Jika tiada halangan, kelas bahasa cina akan bermula pada hari Isnin depan dan kelas bahasa tersebut akan kami duduki selama 2 tahun Insya Allah.

Di samping itu, jarak di antara universiti dari tempat tinggal kami tidaklah begitu jauh, ia mengambil masa selama 30 minit. Dan universiti yang kami masuki adalah salah satu universiti yang tertua di China di mana ia ditubuhkan pada tahun 1906 setelah tamat dinasti qing. Umumnya, jumlah pelajar yang menuntut di universiti tersebut di anggarkan sebanyak 32,408 pelajar dan 20,000 pelajar daripadanya adalah dari luar negara, di antaranya dari Amerika Syarikat, Russia, Israel, Jepun, Korea, Hong Kong, Indonesia dan berikutnya.

Selain itu, universiti Jinan juga menawarkan berbagai jurusan, di antaranya, jurusan perubatan, sains, teknologi, ekonomi, perniagaan, bahasa dan budaya. Suasana di universiti itu agak sunyi dan bersih. Pensyarahnya pula agak mesra dengan pelajar-pelajarnya. Dari segi pembelajarannya agak cepat dan mudah difahami Insya Allah jika diikuti perkembangannya dengan baik.

Makanan

Memang tidak dapat dinafikan, kesukaran untuk mencari makanan yang halal nyata terbukti di China. Di Guangzhou ini hanya terdapat beberapa restoran muslim sahaja. Dan boleh dikatakan 80% produk makanan dan minumnya di pasaran adalah hasil daripada peniruannya daripada produk yang tulen. Tuan dan puan yang saya hormati sekalian, apabila saya mengimbau kembali makanan dan minuman di Malaysia, tuan dan puan amatlah beruntung kerana dapat memiliki barangan yang halal dengan mudah, tidak lupa juga kepada warga HPA yang saya kasihi, tuan dan puan begitu beruntung sekali kerana dapat membeli, memiliki dan menikmati barangan HPA yang halal lagi suci itu dengan mudah sekali, mencari yang senang dimiliki ,Apalah saya disini, mencari yang sukar dimiliki, kemelut makanan di China ini tidak akan berkesudahan, selagi tiada sahabat yang ingin berjuang untuk menyampaikan barangan yang halal ke pangkuan umat Islam di China ini. Begitulah keadaan hamba-hambaNya di negara China ini.


Dunia terus beredar,

Masa terus berputar,

Di mana hidup akan terdampar?

Di mana hayat akan bersandar?

Merenung masa depan,

Dengan berjuta harapan,

Mengenang masa lalu,

Sayu, rindu, dan pilu hati,

Naluri insani mencari erti,

Yang kekal abadi.....


Sunday, October 5, 2008

Manusia Bagaikan Buih Di Lautan

Daripada Thauban, Rasulullah telah bersabda:”Manusia hampir ke semuanya berkerumun memusuhi kamu seperti orang yang mengerumuni makanan di dulang.” Seorang sahabat bertanya:” Adakah pada hari itu kami sedikit?” Jawab Rasulullah:” Kamu pada ketika itu ramai, tetapi kamu seperti buih banjir. Allah telah menghilangkan daripada hati musuhmu perasaan takut kepada kamu dan menempatkan dalam hatimu perasaan takut dan lemah.” Seorang sahabat lagi bertanya:”Apakah kelemahan itu?” Jawab Rasulullah:” Kasihkan dunia dan bencikan mati.” (Riwayat Abu Daud)

Huraian:

1. Orang kafir sentiasa memusuhi orang Islam. Mereka bimbang terhadap orang Islam yang berjihad dan berusaha melaksanakan pengajaran Al-Quran dan Al-Sunnah. Usaha permusuhan ini bukan hanya pada satu bidang yang tertentu sahaja akan tetapi meliputi semua bidang yang mampu mereka selitkannya dalam segala sesuatu `peluang`.

Firman Allah (Maksudnya):” Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kecuali apabila engkau mengikuti perjalanan mereka.” (Al-Baqarah: 120)

2. Berkerumun di keliling dulang makanan adalah satu gambaran bagi menunjukkan bagaimana kecenderungan masing-masing dalam memaksimumkan kepuasan nafsu dan hati. Begitulah keadaan mereka memusuhi Umat Islam.

3. Banyak seperti buih banjir bererti tidak mempunyai kehormatan dan kemuliaan, apatah lagi kekuatan. Umat Islam ketika itu tidak lagi di hormati oleh musuh, meskipun bilangan mereka ramai, akan tetapi mereka bagaikan buih yang hilang apabila di bawa arus lautan.

4. Meskipun pada zaman sebelumnya Allah telah melemparkan perasaan gerun dan gentar ke dalam hati musuh. Walaupun pada zaman itu, umat Islam kecil dari segi bilangan namun mereka mampu mengalahkan orang kafir hasil pertolongan dari Allah azza wa jala. Firman Allah (maksudnya):

“Berapa banyak kumpulan yang kecil dapat mengalahkan kumpulan yang besar dengan izin Allah, Allah menolong mereka yang sabar.” ( Al-Baqarah: 249).

5. Akan tetapi, tiba satu zaman nanti keadaan menjadi terbalik, orang kafir tidak lagi gerun dan gentar terhadap umat Islam, sebaliknya ketika itu, umat Islam pula yang mewarisi perasaan gerun dan gentar kepada mereka. Fenomena ini berlaku kerana umat Islam ketika itu tidak lagi percaya dan mengamalkan ajaran Al-Quran dan Al-Sunnahnya seperti yang di wajibkan ke atas mereka sebagai umat Islam.

6. Di lontarkan perasaan takut ke dalam hati umat Islam bermaksud kelemahan tersebut timbul adalah di sebabkan kasih mereka kepada dunia dan bencikan kematian begitu membuak-buak sekali. Oleh yang demikian, idealisma umat Islam ketika itu tidak lagi di perjuangkan akibat terlalu sucinya kemahuan mereka terhadap dunia dan membaranya kebencian mereka untuk mati.

7. Bencikan mati bukanlah bererti tidak mahu mati. Mati adalah satu ketentuan yang tidak dapat di elakkan. Maksud Hadis ini adalah untuk menggambarkan bahawa umat Islam ketika itu mereka berlumba-lumba merebut keduniaan, seolah-olah mereka tidak akan mati selama-lamanya dan tidak lagi menghiraukan amalan untuk hari akhirat.

Kesimpulan Dan Pengajaran:

1. Umat Islam hendaklah berwaspada terhadap musuh mereka yang sentiasa berusaha menentang dan menghancurkan umat Islam dari segi semua aspek.

2. Faktor tercetusnya fenomena ini adalah di sebabkan apabila agama di jadikan sebagai alat dalam segala sesuatu yang mampu memaksimumkan kepuasan nafsu dan hati.

3. Pemimpin umat Islam pada masa kini, haruslah senantiasa berdampingan serta berkomunikasi bersama para ulama demi kepentingan agama, pendidikan, ekonomi dan sosial.


4. Janganlah wang zakat dijadikan keuntungan bagi yang di amanahkan untuk pengagihannya, sementara yang berkemampuan tidak menjadikan zakat itu sebagai hutang.

“Setiap insan ada kesilapan,

Dalam banyak bicara mungkin ada yang terluka,

Dalam banyak kata mungkin ada yang terasa,

Dalam banyak tindakan mungkin ada gurisan,

Pada kesempatan ini,

Saya memohon kemaafan,

Kasih yang bersih,

Lebih banyak silap sisih,

Di antara kita adanya ikatan mulia.

Kesan Harga Minyak Dan Inflasi?

Minyak dan gas asli kini adalah sandaran pergantungan kos semasa dunia. Apa sahaja yang berlaku kepada pasaran dan pengeluaran sumber terbabit, akan memberi kesan kepada sesebuah negara serta masyarakat dunia. Kita terpaksa menanggung bebanan hiper, hasil daripada magnet tarikan ekonomi yang jelas berasaskan petroleum. Inilah kemelut yang Malaysia hadapi, sekaligus merencatkan pertumbuhan ekonomi HPA dari segi kos pengeluaran, bahkan bukan kita(HPA) sahaja yang merasai tempias ini akan tetapi syarikat-syarikat lain juga turut merasai .

Umumnya, ahli ekonomi bersetuju bahawa inflasi ini adalah disebabkan tolakan kos atau tarikan permintaan atau hasil daripada kombinasi kedua-duanya. Namun begitu, pada hari ini nampaknya penyumbangan inflasi ini sebahagian besarnya adalah tarikan kos. Senario ini disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi, yang sebahagian besarnya berpunca daripada kenaikan harga minyak dunia. Lonjakan harga minyak ini amat ketara, pada Julai 2006 harga minyak ialah AS$70 seterusnya meningkat kepada AS$148 setong pada Julai 2008.

Meskipun harga minyak dunia telah menurun kepada AS$118 setong pada 28 Ogos, ekonomi negara dijangka akan terus menghadapi tekanan inflasi. Di samping berpunca daripada harga minyak yang masih tinggi, harga komoditi yang tinggi juga menyumbang kepada tekanan tersebut. Pada 24 Ogos lalu, harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter, manakala RON92 dikurangkan 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter. Harga diesel pula turun lapan sen daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter. Seterusnya pada 24 september di turunkan lagi harga petrol sebanyak 10 sen. Namun begitu, kemelut harga minyak tetap sukar untuk ahli ekonomi ramalkan kestabilannya.





Oleh yang demikian, bagi mengatasi kemelut itu HPA telahpun menetapkan harga kopi Radix yang sesuai dan berpatutan hasil daripada perbincangan di bahagian pihak atasan HPA. Di antaranya kopi yang di naikkan harga ialah Kopi Radix Kotak Kecil dari RM 12 ke RM 13, manakala Kopi Radix Jumbo dari RM 24 ke RM 26, seterusnya Kopi Radix Papan, dari RM15 ke RM 16, harga yang di senaraikan sebentar tadi adalah harga ahli. Oleh itu, saya berharap agar kenaikan harga Kopi Radix ini sedikit sebanyak tidak dapat melemahkan semangat Tuan/Puan dalam memperjuangkan barangan HPA yang halal lagi suci ini. Sabda Rasulullah s.a.w:” Bandingan seorang mukmin dengan mukmin yang lain bagaikan satu bangunan. Saling kuat-menguatkan antara satu sama lain.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saya juga berdoa agar diri ini dan Tuan/Puan serta warga HPA akan tergolong dalam golongan yang sentiasa memberi pertolongan. Daripada Mughirah bin Syu`bah, Nabi Muhammad bersabda:”Sentiasa ada satu golongan dari umatku yang terus tolong-menolong dan bekerjasama hinggalah sampai ke Hari Kiamat, dan mereka memperolah kemenagan.” (Riwayat al-Bukhari)

Dalam Hadis Thauban yang diriwayatkan oleh Imam Muslim..” Mereka tolong-menolong di atas kebenaran, dan mereka tidak dapat ditewaskan oleh orang yang cuba mengagalkannya sehinggalah Hari Kiamat, dan mereka juga memperoleh kemenangan. Insya Allah.