Wednesday, September 17, 2008

Sikap Masyarakat Di China

Umum tahu, masyarakat cina tidak asing lagi di kenali sebagai satu masyarakat yang sangat rajin dan patuh dalam apa jua pekerjaan yang mereka lakukan. Ini tertonjol semasa saya berada di China, pada jam 4 pagi mereka sudah pun bertebaran di pelusuk jalan, masing-masing mempunyai hala tuju dan matlamat yang tersendiri. Bahkan di mana saja mempunyai ruang untuk berniaga, pasti mereka akan penuhi ruang tersebut dengan berbagai aneka jualan di antaranya buah-buahan, makanan, minuman, permainan, pakaian dan lain-lain lagi.

Justeru, ini jelas sekali menunjukkan bahawa mereka begitu gigih sekali dalam merebut dan mencari rezeki di merata-rata tempat. Dengan itu, perasaan malu tidak ada dalam kamus hidup mereka, asalkan perut mereka dapat di isi sudah memadai. Inilah prinsip hidup mereka yang begitu unggul sekaligus mengangkat status sosial dan tamadun mereka di mata dunia. Sedia maklum bahawa masyarakat cina ini tidak suka meminta-minta. Bagi mereka mempunyai perniagaan sendiri adalah menjadi satu kewajipan dan tuntutan terhadap diri mereka. Sikap seperti inilah yang mengangkat taraf hidup mereka. Mereka hidup untuk makan, bukanlah makan untuk hidup.



No comments: