Alhamdulillah, sepanjang saya berada Guangzhou, China. Saya di beri kesempatan berkunjung ke rumah saudara Melayu-Islam yang senegara dengan kita( Malaysia) yang bertugas di sana sebagai Ketua Konsulat Malaysia dan di kenali sebagai Encik Zainuddin Bin Yusoff. Beliau menetap di sana bersama keluarganya. Selain itu, saya juga berkesempatan megunjungi ke rumah penolong En Zainuddin yang di kenali sebagai Encik Shahril Bin Ibrahim, mereka bertugas di bangunan dan tingkat yang sama. En Shahril juga menetap di sana bersama keluarganya akan tetapi mereka tinggal di berlainan kawasan. Meskipun, mereka tinggal di berlainan kawasan, tuntutan fardu Kifayah tetap mereka laksanakan, malah selang satu @ dua hari mereka akan mengunjungi rumah rakan-rakan mereka secara bergilir.
Ini jelas sekali menunjukkan bahawa kehidupan mereka di China begitu baik dalam mengukuhkan ukhwwah Islamiyyah . Kami juga berkesempatan mengerjakan solat wajib dan sunat(tarawih) secara berjemaah. Di samping itu, tidak lupa juga Ustaz saya, iaitu Ustaz Mohamad Bin Ibrahim yang sentiasa saya dampingi sepanjang saya berada di Guangzhou, China. Sepanjang saya berada di sana, beliau selalu membawa saya ke tempat-tempat yang popular di mana tempat-tempat yang pasti akan di kunjungi oleh orang luar semasa berada di Guangzhou. Di antaranya, Haiyin, tempat tersebut begitu meriah sekali kepelbagaian jenis jualannya, iaitu Kain Sutera @ di kenali di Malaysia sebagai `China Silk`, kain langsir, cadar katil, dan pelbagai jenis barangan elektronik serta telefon bimbit. Namun begitu, tempat tersebut telahpun di pisahkan di antara kawasan jualan kain dan barangan jenis elektronik. Oleh itu, ia memudahkan bagi `orang luar` untuk menikmati segala jenis jualannya, malah memudahkan si pembeli untuk membuat pilihan jenis barangan.
Beijing Lu pula, adalah satu tempat yang pasti akan dapat memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. Di antara jualannya adalah, pakaian, beg, kasut, jam, dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan penampilan individu. Selain itu, harga barangannya juga adalah berpatutan dan selaras dengan kehendak setiap individu. Justeru, tidak timbul soal ketidakpuasan individu semasa berkunjung di tempat tersebut, melainkan individu tersebut tidak mempunyai wang yang mencukupi semasa membeli belah di situ. Nangfantasha pula, adalah tempat yang terakhir saya sempat kunjungi semasa berada di Guangzhou, China. Tempat tersebut adalah majoriti dari segi penguasaan dan penjualan barangan jenis elektronik dan telefon bimbit, malah jika hendak di bandingkan harga jualan barangannya dengan harga jualan di Haiyin, murah lagi harga jualan barangannya di Nangfantasha. Dengan itu, saya mengingatkan diri ini dan juga berharap agar tuan/ puan juga seperti saya, janganlah bersikap terburu-buru semasa membuat keputusan belian barangan di China ketika mengunjungi tempat tersebut, kerana negara tersebut mempunyai begitu banyak kawasan yang popular, bahkan setiap tempat dan harga jualan barangannya juga begitu berbeza. Itulah sedikit sebanyak mengenai pengalaman saya semasa berada di Guangzhou, China. Wasalam.
No comments:
Post a Comment