Sunday, February 22, 2009

Perkembangan Semasa HPA


Kilang Ais Krim Taiyibah HPA

Alhamdulillah yang ditunggu hampir tiba, Insya Allah Kilang Ais Krim HPA yang bermodalkan RM 1.2 juta yang bertempat di Ipoh,Perak itu, kini bersiap sedia untuk menembusi pasaran negara ini bagi merealisasikan misi utama HPA iaitu `Produk Halal Tanggungjawab Bersama` akan menjadi pilihan utama masyarakat Islam mahupun bukan Islam suatu hari nanti. Insya Allah. Saya mempercayai bahawa tuntutan fardu kifayah yang dilakukan HPA ini bukan sekadar untuk memenuhi citarasa pengguna akan tetapi menjadi penyelamat kepada umat Islam daripada menikmati Ais Krim yang tidak diketahui ramuannya didalam pasaran hari ini. Ingin saya menjelaskan bahawa, kepincangan yang dihadapi dalam memastikan sesuatu Ais Krim itu benar-benar halal adalah ramuan penstabilnya, kerana ia dikhuatiri mengandungi lemak binatang yang tidak disembelih atau dari tumbuhan. Dengan rasa tanggungjawabnya, HPA dan panel syariahnya, telah mengkaji dan mencari ramuan penstabil yang benar-benar tepat dan halal dalam memastikan Ais Krim yang dikeluarkan oleh HPA nanti akan menjadi satu alternative yang utama didalam negara ini. Insya Allah. Test run Ais Krim HPA ini akan dilakukan pada 14 feb dan Insya Allah Ais Krim HPA ini juga akan menembusi pasaran pada awal bulan Mac ini. Insya Allah. Tunggu saja kehadirannya di cawangan HPA nanti.

Radix Fried Chicken



Alhamdulillah, HPA amat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada bulan lepas saja. Keuntungan yang diraih oleh Radix Fried Chicken adalah sebanyak RM 700 Ribu sebulan. Subhanallah. Ini menunjukkan bahawa masyarakat kini sudah mampu menilai yang mana satukah pilihan terbaik. Tidak lupa juga kepada ahli-ahli HPA yang kini telah mencecah sebanyak 477,000 ahli yang senantiasa membantu dan menyampaikan amanah Allah ini kepada masyarakat setempat. Inilah hasil daripada keringat Tuan dan Puan semua. Disamping itu, keuntungan RFC ini juga telah berjaya mengatasi keuntungan ketiga-tiga buah KFC yang terdapat di Sungai Petani, Kedah. Ini menunjukkan bahawa kehadiran RFC di pasaran hari ini telah dirasai gelombangnya oleh masyarakat yang sentiasa peka dan prihatin akan kesihatan dirinya. Ini adalah kerana, ayam goreng yang disajikan oleh RFC adalah bersumberkan organik. Umum tahu, ayam yang dipelihara oleh HPA Farm ini diberi makanan bersumberkan organic diantaranya, ubi, habbatusauda dan jagung. Manakala Vaksinnya pula, adalah bersumberkan alami yakni daun mambu. HPA tidak akan sesekali menggunakan vaksin yang melumpuhkan pancreas ayam demi bertujuan untuk mempercepatkan berat badan ayam tersebut, ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada ayam tersebut kerana kegemukkannya bukanlah hasil daripada makanan yang baik sebaliknya disebabkan terlalu banyak lemak yang terkumpul didalam tubuhnya. Seterusnya ia akan memberi kesan yang buruk kepada pelanggan yang menikmatinya. Sekali lagi, Alhamdulillah, kini HPA telah mewujudkan satu lagi RFC di Shahab Perdana, Alor Setar, dengan hasil keuntungan HPA sebanyak RM 13 Juta sebulan. Alhamdulillah. Dengan rezeki dan keuntungan itulah maka terbinanya RFC yang kedua. Dengan itu, saya meyakini bahawa warga HPA dan seterusnya masyarakat setempat akan terus membanjiri ruang yang ada di RFC ini demi menikmati ayam goreng yang sedap lagi halal dan suci ini. Insya Allah.


Radix Oriental Cuisine



Alhamdulillah, kini HPA menantikan saat perasmian ROC yang (Insya Allah) akan dilangsungkan majlis perasmiannya pada awal bulan Mac ini. Saya menyakini bahawa Restoran yang berkonsepkan Cina ini akan menjadi pilihan masyarakat cina dan juga warga HPA. Insya Allah. Tujuan ROC ini dibangunkan adalah bertujuan untuk memenuhi tuntutan umat Islam terutamanya yang berbangsa cina. Saya pasti bahawa golongan ini sedang mencari restoran masakan cina yang halal. Oleh itu, HPA sekali lagi mengalas tanggungjawab ini untuk menyediakan masakan yang ber`ala`kan cina ini, disamping mempelbagaikan menu-menu untuk umat Islam sejagat. Insya Allah. Ayuh, mari kita bersama-sama menghadiri majlis perasmian ROC ini demi membuktikan bahawa umat Islam kita mampu menyediakan restoran masakan cina yang halal lagi barakah ini. Insya Allah.

1 comment:

3p4h said...

Salam, tumpang tanya. Agaknya bila RFC akan melebarkan sayapnya ke seluruh Malaya???

Tak sabar nak merasa sbb jarang ke utara. =)