Sunday, April 25, 2010

Dewan Pameran Malaysia


Gambar Dewan Pameran Malaysia Di Shanghai Expo 2010, China.

Dewan Pameran Malaysia mula dibina pada 28 Ogos lalu.Pada tahun ini, Malaysia mengemukakan konsep baru iaitu "Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", untuk mendorong perpaduan dan kestabilan di Malaysia. Tema Dewan Pameran Malaysia yang berbunyi "satu Malaysia - kehidupan bandar yang harmoni" berasal daripada konsep tersebut, dan bersesuaian dengan tema Ekspo Dunia di Shanghai ini, iaitu "Bandar yang lebih baik berikan kehidupan yang lebih baik".

Mempamerkan Adat Resam dan Tradisi Malaysia

Lantai Dewan Pameran Malaysia luasnya mencecah 3,000 meter persegi. Ia dibina dengan bahan yang boleh digunakan semula, seperti palma dan plastik. Ciri utamanya ialah mempamerkan adat resam Malaysia yang unik dan semangat bangsa yang bersepadu. Reka bentuk dewan pameran ini berasal daripada bentuk bangunan tradisi Malaysia. Bangunan ini mempunyai dua bumbung cerun bentuknya. Struktur bumbung yang bertindan merupakan sejenis identiti rumah tradisi di Malaysia.

Di tingkat pertama dewan pameran ini, reka bentuk bahagian beranda dan pintu masuknya berciri reka bentuk masjid Islam untuk menggambarkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Bumbungnya disokong oleh deretan tiang. Dinding luar dewan pameran ini menggunakan corak batik tradisi Malaysia dengan gambar rama-rama, bunga, burung dan bentuk geometri.

Persembahan Tarian Unik yang Berkumpul Unsur 47 Etnik

Jika melawat Dewan Pameran Malaysia, pelancong bukan sahaja boleh menikmati daya tarikan warisan budaya dunia dari Pulau Pinang dan Melaka, tetapi juga boleh merasa kehidupan bandar di Malaysia melalui permainan golf mini dan beberapa jenis permainan dalam berciri Malaysia yang tradisional. Selain itu, pihak penganjur juga menyediakan aktiviti cabutan nombor bertuah pada hari perayaan yang penting dalam tempoh ekspo tersebut, seperti Hari Kebangsaaan Malaysia pada 31 Ogos, dan Hari Peringatan Terjalinnya Hubungan Diplomatik China-Malaysia pada 31 Mei.

Reka bentuk yang paling menarik dalam Dewan Pameran Malaysia ialah reka bentuk pentas ditengah-tengah dewan ini. Dalam tempoh ekspo dunia ini, 2 persembahan tarian rakyat akan diadakan setiap hari di pentas ini. Persembahan tarian ini mengumpulkan unsur budaya daripada 47 kaum di Malaysia. Setiap persembahan dijangka dapat menerima 100 orang penonton.

No comments: