Tuesday, December 30, 2008

Balasan Bagi Orang Yang Amanah Dan Jujur

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w menyebutkan seorang lelaki daripada Bani Israil telah meminta bantuan kawannya agar memberinya hutang sebanyak 1000 Dinar. Lalu kawannya berkata, “Bawalah beberapa orang saksi agar mereka menyaksikan hutangmu ini.” Dia menjawab,”Cukuplah Allah sebagai saksi bagiku!” Orang itu berkata, “Datanglahkanlah seseorang yang menjamin pinjamanmu!” Peminjam itu hanya menjawab,” Memadailah Allah s.w.t. sebagai menjaminku.” Akhirnya kawan itu pun berkata,”Engkau benar!”
Cukuplah Allah Sebagai Penjamin

Maka wang itu diberikan kepadanya dengan janji dibayar balik dalam jangka waktu yang telah ditentukan. Tidak lama kemudian, orang yang berhutang itu pun berlayar untuk suatu keperluannya. Apabila sampai tempoh masa yang dijanjikan untuk membayar hutang, dia mencari kapal yang dapat menghantarnya ke tempat asal untuk menjelaskan hutangnya itu, tetapi gagal.

Maka dia pun mengambil sebatang kayu yang besar lantas menebuk lubang padanya. Dia memasukkan wang 1000 Dinar ke dalam lubang tersebut berserta surat kepada kawan yang memberi pinjaman itu. Lalu ia meratakan kembali kayu tersebut dan membaiki keadaannya seperti biasa.

Selanjutnya ia pergi ke laut seraya berkata,”Ya Allah, sungguh Engkau telah mengetahui bahawa aku meminjam wang kepada sahabatku sebanyak 1000 Dinar. Dia meminta kepadaku seorang penjamin maka aku katakana waktu itu,”Cukuplah Allah sebagai Penjamin., Dan dia memintaku seorang saksi, maka aku kata juga,”Cukuplah Allah sebagai Saksi.’ Kemudian dia pun berpuas hati dan yakin dengan janjiku itu. Aku telah berusaha keras mencari kapal untuk mengirimkan kepadanya wang yang telah aku pinjam, tetapi aku tidak mendapat kapal untuk menghantarku pulang… Kerana itu aku kirimkan wang itu kepada-Mu.” Lalu dia melemparnya ke laut dan pulang.

Allah Telah Menunaikan Hajatmu

Sahabat yang memberi hutang itu telah keluar menunggu kedatangan kapal yang disangkanya membawa peminjam itu. Dia pun keluar rumah untuk melihat-lihat barangkali ada kapal yang membawa wang untuknya. Tiba di tepi laut dia menemui sebatang kayu. Ia lalu mengambilnya untuk keperluan isterinya. Namun ketika ia membelah kayu tersebut ia mendapati 1000 Dinar yang dipinjamkan itu beserta sepucuk surat.

Selang beberapa waktu datanglah orang yang berhutang dengan membawa 1000 Dinar kepada sahabatnya. Beliau berkata,”Demi Allah, baru hari ini aku dapat menaiki kapal yang membawaku pulang setelah sekian lama ternanti-nanti rombongan untuk ku tumpangi kapalnya.” Orang yang memberinya hutang itu menjawab, “Bukankah engkau telah mengirimkan wang itu melalui sesuatu?” Orang yang meminjam itupun menjawab,” Memang aku telah memberitahu kepadamu bahawa aku tidak dapat datang sebelum ini.” Orang yang memberi wang itu berkata,”Sesungguhnya Allah telah menunaikan apa yang engkau kirimkan kepadaku disebalik kayu. Bawalah wang 1000 Dinarmu kembali, moga Allah melimpahimu dengan keberkatan.” (Riwayat Al-Bukhari, 1498).

Thursday, December 25, 2008

Susur Galur Islam Di China

Menurut sejarah Islam, agama Islam telah sampai ke negara China sekitar 1400 tahun yang lalu yakni sebelum berlakunya proses penghijrahan dari Mekah ke Madinah. Misi dakwah itu di rencanakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w dengan menghantar beberapa orang sahabat ke negara China ini, di antaranya ialah Saad Abi waqqas, Qais Bin Hudhafah, Urwah Bin Abi Uthman. Hasil dari pendakwahan itu, telah melahirkan sebanyak 136 juta umat Islam yang terdapat di China pada hari ini.

Namun begitu, menurut sumber rasmi mengenai bancian penduduk Islam di China hanya mencatatkan 40 juta umat Islam sahaja. Jumlah itu jelas sekali menimbulkan keraguan kerana jika di lihat dari segi majoriti penduduk di sebahagian besar wilayah di China seperti Xinjiang, Gansu, Hubel, Qinghai dan Yunnan umat Islamlah majoriti penduduknya. Meskipun jumlah sebenar penduduk Islam di China cuba di `rahsia dan selitkan di bawah permaidani bilik bancian` namun `Allah itu Maha Mengetahui`.

Di kupaskan pula mengenai suku etnik umat Islam di China ini, ia bukan sahaja hanya terbatas kepada suku etnik Hui, akan tetapi Uyghur, Kazak, Tatar, Salar, Dongxiang, Tajik, Uzbek dan Baoan serta tidak terkecuali `bangsa Han` yakni Cina Tulen yang beragama Islam, bahkan tidak dapat dipisahkan mereka dari membakar `colok` untuk setanggi. Namun begitu, perbuatan sedemikian tidaklah di halang dalam Islam selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip Al-Quran dan Al-Sunnah.

Berbalik kepada suku etnik, tempat tinggal mereka adalah di kawasan barat laut China dan mempunyai hubungan serta pertalian darah dengan orang Arab, Turki, Afghanistan, Uzbeskistan, Tibet, Mongolia dan Indo Eropah. Wajah suku etnik Islam ini mempunyai perbezaan dengan wajah orang cina`. Perbezaan ini dapat dilihat berdasarkan wajah mereka yang agak kemerahan di pipinya, dan mempunyai hidung yang mancung. Namun demikian, `kecinaan` mereka tetap terpancar berdasarkan matanya yang sepet.

Sebahagian suku etnik ini mempunyai indentiti, budaya dan cara hidup mereka yang tersendiri. Bahkan terdapat beberapa tempat, yang berbahasa Arab dan menggunakannya sebagai bahasa pengantar. Tidak lupa juga suku etnik yang berbahasa Turki, malahan mereka juga menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa pengantar. Dengan bahasa yang digunakan itulah mereka berdakwah ke tempat ke suatu tempat dalam menyampaikan ajaran Islam dan dalam memastikan umat Islam dapat memahami dan menghayati intipati ajaran Islam yang sebenar.

Walaupun tidak ada catatan yang tepat mengenai tarikh sebenar kedatangan Islam ke China, namun rekod Dinasti Tang (618M) telah membuktikan tentang adanya jalinan hubungan diplomatic di antara pemerintahan China dengan pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin iaitu Saidina Uthman Bin Affan. Rekod itu juga menyebut mengenai di awal pemerintahan dinasti Tang, telah sampai ramai orang asing ke China di antaranya dari Madinah, Annam dan Kemboja. Terdapat tiga orang dari Madinah yang sampai di China dengan bersujud ke tanah tanpa sebarang berhala di hadapannya, mereka juga tidak memakan daging babi, tidak pula meminum arak dan tidak pula memakan daging yang tidak di sembelih oleh orang Islam. Mereka hidup dengan mengamalkan kebersihan diri, dan tempat tinggal.

Selanjutnya, mereka telah menetap di Canton(Guangzhou) dengan mendirikan penempatan yang menarik dan bersih serta menjadikan ruang yang sedia ada itu sebagai medium perniagaan. Bahkan mereka itu juga begitu taat dan setia kepada ketua mereka.Berbalik kepada istilah `orang asing`, mereka yang dimaksudkan adalah pedagang Arab, yang juga menetap di Canton dan membentuk satu komuniti yang cukup penting.

Pada zaman pemerintahan dinasti Tang, telah berlaku satu pemberontakan. Iaitu pemberontakan An Xi yang berlaku pada tahun 755 Masihi lalu menyebabkan negara China ketika itu menjadi kucar- kacir. Hasil daripada pemberontakan itu, An Xi telah berjaya menguasai beberapa kota besar dan wilayah sehinggakan memaksa Maharaja dinasti Tang ketika itu, yakni Tang Zuan Zong melarikan diri ke wilayah Sichuan. Selepas peristiwa itu, Tang Zuan Zong mulai sedar betapa pentingnya jalinan hubungan pemerintahannya dengan kerajaan Islam ketika itu. Oleh yang demikian, Tang Zuan Zong membuat keputusan untuk kembali ke Canton, untuk merampas semula kawasan pemerintahannya. Dengan mendapatkan bantuan ketenteraan dari kerajaan Abbasiyah. Sejurus itu, khalifah Abu Jaafar Abdullah Al-Mansur menghantar beberapa pasukan tentera berkudanya untuk merampas semula beberapa buah Bandar di kawasan pemerintahannya(dinasti Tang).

Sebagai balasan, kerajaan dinasti Tang telah membenarkan tentera-tentera Islam tinggal di kawasan pemerintahannya. Oleh itu, tentera Islam yang menetap di situ secara tidak langsung telah berkahwin dengan wanita-wanita tempatan. Maka lahirlah satu generasi baru Islam di China di mana keturunannya masih lagi wujud sehingga ke hari ini. Di bawah pemerintahan dinasti Tang, Islam berkembang pesat di China. Malah pada ketika itu China berada dalam keadaan aman dan damai, sekali gus menyebabkan negara itu menjadi tumpuan pusat perdagangan dan kegiatan ekonomi. Kemasukan para pedagang Arab ke China menambahkan lagi jumlah umat Islam. Di samping berniaga, para pedagang Arab juga giat menyebarkan agama Islam dan mengIslamkan penduduk tempatan. Fenomena ini juga berterusan dengan rancak pada zaman pemerintahan dinasti Song yang menggantikan dinasti Tang sekitar tahun 960 Masihi. Bahkan semasa pemerintahan dinasti Song (960M), jumlah pedagang Arab dan Parsi di China ketika itu begitu banyak sekali, sehingga membolehkan para pedagang menggunakan ruang yang ada untuk mendirikan masjid di Guang Zhou, sebuah wilayah yang terletak di selatan China.

Selain itu, terdapat satu masjid lagi yang tertua dan masih wujud di bandar Beijing iaitu masjid Nujie. Masjid tersebut juga masih lagi digunakan oleh penduduk untuk beribadat dan majlis ilmu. Masjid ini dibina pada tahun 996 Masihi ketika di bawah pemerintahan dinasti Song. Masjid ini juga banyak memaparkan ciri-ciri budaya dan kesenian Cina. Cuma yang membezakannya dengan monumen Cina ialah nukilan kaligrafi dan tulisan Arab yang memenuhi seluruh ruang pintu, dinding dan tiang masjid ini. Di samping itu, masjid Nujie juga banyak menyimpan khazanah yang berkaitan dengan titik permulaan perkembangan Islam di China, bahkan naskhah tulisan tangan dan dua makam ulama yang hidup pada zaman pemerintahan Kublai khan masih lagi wujud dan dijaga rapi sekali. Semasa orang Monggol memerintah negara China, kerajaannya dikenali sebagai dinasti Yuan yang wujud pada abad ke-13. Kerajaan itu telah mengamalkan dasar pemerintahan yang memihak kepada umat Islam.

Selain diberikan kebebasan untuk berniaga dan berdagang, beberapa umat Islam juga dilantik untuk memegang jawatan yang penting di dalam kerajaan. Pada tahun 1244 M, Kublai Khan telah melantik Abdul Rahman sebagai ketua kewangan dinastinya. Seterusnya, pada 1259 M Kublai Khan sekali lagi melantik dua orang umat Islam iaitu Syed Ajjal dan Umar Shamsuddin sebagai ketua kewangan dan Gabenor Yunnan bagi melancarkan proses pemerintahannya ketika itu. Syed Ajjal juga telah diberi gelaran sebagai `Sai Tien Che``. Perlantikan mereka juga membuktikan bahawa betapa tingginya sosio politk dan kedudukan umat Islam ketika zaman pemerintahan itu.

Setelah berlalunya satu abad itu, umat Islam juga menjadi tonggak utama dalam penubuhan dinasti Ming pada tahun 1368 Masihi. Setelah berjaya menubuhkan dinasti Ming ini. Maharaja dinasti Ming dengan lantasnya menubuhkan beberapa buah masjid sebagai balasan bantuan dan sumbangan yang diberikan oleh umat Islam ketika itu. Di samping itu, pada zaman pemerintahan dinasti Ming ini, agama Islam telah berkembang dengan pesat sekali. Malah,Maharaja Ming juga ada menulis satu watikah yang berisikan seribu satu pujian ke atas Baginda Rasulullah s.a.w. Tidak cukup dengan itu, dibina pula Masjid Huai sheng yang terletak di Guang Zhou, hanyalah semata-mata untuk mengingati Rasulullah s.a.w.
Di samping itu, dihantar pula beberapa utusan Islam ke negara-negara lain yang terletak di Asia Tenggara bagi melicinkan pentadbiran dan hubungan diplomatik di antara mereka. Salah seorang daripada utusan Islam yang dihantar oleh dinasti Ming ialah Laksamana Cheng Ho, beliau juga dikenali sebagai Zheng He dalam masyarakat cina, manakala nama Islam yang biasa digunakannya ialah Ma Sanbao atau Muhammad Ho. Walahualam

Saturday, December 13, 2008

Kenikmatan dunia lekakan manusia

Bersama Dr Juanda Jaya
juanda@kutpm.edu.my

Iman, ilmu, amal salih jadi benteng perkukuh diri elak mata hati jadi buta

URUSAN dunia memang menyibukkan hingga mampu membuat manusia lupa sama kepada alam persinggahan di kubur, kiamat, kebangkitan semula, timbangan penilaian amal, mahkamah Allah, titian sirat, telaga kawthar, syurga dan neraka yang akhirnya membawa hidup kekal abadi.

Mengapa manusia suka ditipu dan mahu tertipu? Apakah itu akan menyampaikan dirinya ke puncak kepuasan? Tidak, kerana ia diciptakan sebagai makhluk yang tidak boleh merasa puas. Jika begitu untuk apa dia bersungguh-sungguh memperjuangkan kepuasan duniawi sedangkan memang dia tidak akan mendapat kepuasan seratus peratus?

Seperti orang yang sangat bernafsu dengan air sirap ais di tengah panas terik. Sudah pun diminum air itu maka hilanglah sekejap rasa dahaga, tapi kemudian bosan dengan perisanya yang tidak bertukar, mulalah mencari air berperisa yang lain.

Dapat yang satu, mahu yang lain lagi. Maka sungguh benar perumpamaan dalam al-Quran, yang menyebut kenikmatan dunia sebenarnya permainan yang melekakan, tidak boleh memberi kepuasan sebenar kepada manusia. Kenikmatan sesungguhnya berada dalam syurga Allah.

Manusia dibiarkan bermain-main dengan segala kenikmatan yang tidak berharga di sisi Allah. Ramai orang bertanya, mengapa orang kafir diizin Tuhan menguasai dunia ini? Jawapannya sungguh mudah, kerana dunia ini langsung tidak berharga di sisi Allah.

Hatta ia tidak senilai bandingan sebelah sayap nyamuk. Jadi siapa saja boleh ambil dan berpuas dengan nikmat dunia yang menipu itu. Allah mencipta khazanah ini cuma untuk ujian kepada seluruh manusia siapakah yang berjaya melaluinya dengan keimanan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kelak orang kafir akan ditanya pada hari kiamat, bagaimana pendapatmu seandainya seluruh isi bumi ini menjadi emas dan menjadi milikmu, mahukah kamu menebus dosamu dengannya? Jawab orang kafir itu: Mahu! Maka dikatakan kepadanya: Dulu, sudah diminta kepadamu yang lebih ringan daripada itu, tetapi kamu tidak mahu." (Hadis riwayat Muslim)

Ya, dulu di dunia tidak disuruh manusia menyerahkan segala yang ada dalam akaun banknya untuk mendapat syurga. Jika ada 2.5 peratus saja yang menjadi hak fakir miskin itu dikeluar dengan penuh keimanan, ia amat berharga bagi dirinya. Itu pun turut berfaedah bagi rebat dan menghindari dirinya daripada tuntutan cukai.

Allah hanya menyuruh mereka beriman, beramal soleh dan jangan berbuat zalim, keji lagi nista seperti perangai syaitan semata-mata supaya mereka boleh menebus dan layak memperoleh upah syurga Allah di alam akhirat nanti.

Mengapa dengan sujud, kamu tidak mahu membeli syurga Allah, tetapi di akhirat nanti kamu hendak membelinya dengan seluruh hartamu? Itulah hakikat harta tidak membawa manfaat sedikitpun kepada pemiliknya.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Seorang hamba berkata: Hartaku, hartaku! Padahal hartanya yang sesungguhnya hanya tiga. Apa yang dimakan lalu habis.
Apa yang dipakai lalu rosak. Apa yang disedekah dan ia tersimpan (untuk akhirat). Selain daripada ketiga-tiga itu lenyap atau ditinggalkan untuk orang lain (para waris)." (Hadis riwayat Muslim)

Sungguh, amat memilukan orang tua yang masih bergelut merebut dunia dengan cara batil, padahal malaikat maut sudah pun dekat mengintainya setiap masa. Sedangkan seorang sahabat Rasulullah SAW, Muaz bin Jabal ketika sampai saat sakaratul mautnya beliau berkata: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa aku tidak mencintai hidup semata-mata untuk menanam pokok dan menghiasi taman yang cantik, atau untuk mengalirkan sungai atau untuk membina istana yang tersergam untuk didiami. Tetapi aku mencintai hidup ini hanya untuk tiga perkara, berpuasa di siang hari, menghidupkan ibadah di malam hari dan berkumpul dengan para ulama untuk mengingati-Mu."

Imam Muslim juga meriwayatkan bahawa ketika dekat kematian di sisi sahabat Rasulullah SAW, panglima perang yang agung, 'Amru bin al-'Ash, beliau berkata: "Sesungguhnya aku sudah melalui tiga jalan dalam kehidupanku. Semasa jahiliah aku tidak mengenal Islam dan orang yang paling kubenci ialah Rasulullah SAW. Seandainya aku mati pada saat itu, pastilah aku termasuk penghuni neraka jahanam. Kemudian aku memeluk Islam, Rasulullah SAW menggenggam tanganku dan bersabda: Mengapakah kamu wahai Amru? Aku menjawab: Aku mahu syarat supaya Allah mengampuni seluruh dosaku. Rasulullah SAW tersenyum sambil bersabda: Tidakkah kamu sudah mengetahui wahai Amru, taubat menghapus apa saja dosa yang ada sebelum ini dan Islam menutup kesalahan apa saja yang pernah dilakukan sebelum ini?

Saidina 'Amru berkata: Lalu aku pun masuk Islam, demi Allah sejak saat itu orang yang paling aku cintai adalah Rasulullah SAW. Demi Allah jika kalian meminta kepadaku sekarang untuk menceritakan sifat baginda, sungguh aku tidak dapat menggambarkannya, aku tidak sanggup bersemuka dengan Rasulullah SAW kerana rasa hormat dan wibawa Baginda SAW. Jika aku mati saat itu, besar kemungkinan aku akan masuk syurga. Tetapi amat sayang, aku tidak mati bersama Rasulullah SAW. Kemudian berlalulah masa dan dunia telah mempermainkan diriku. Oleh itu, aku tidak tahu sekarang, sama ada aku akan dimasukkan ke syurga atau dicampakkan ke dalam neraka. Tetapi aku masih mempunyai satu kalimah untuk pertemuanku dengan Tuhanku iaitu: Lailaha Illallah, Muhammadur Rasulullah." Akhirnya wafatlah Saidina 'Amru dengan kalimah itu.

Andai saja kita mampu mengingati sejarah hidup yang lalu untuk memperbaiki kesilapan dan mengganti kejahatan dengan amal soleh, nescaya tidak akan ada penyesalan pada akhirnya. Namun sengatan dunia begitu kuat memabukkan, membutakan mata hati, mengeruhkan akal sihat, meracuni kesucian hati sampai ke mati.

Apakah usaha paling efektif untuk melemahkan sengatan dunia? Pertama ialah mengambil iktibar daripada sejarah kehidupan orang yang lalai. Mereka yang melalui kematian dengan cara suul khatimah.

Melihat kematian di setiap kesibukan yang kita lalui memang tidak mudah, adakah pasti hirupan nafas pertama akan bersambung ke nafas kedua? Sedangkan malaikat maut berada dekat. Lalu bagaimanakah keadaan orang yang lalai sekarang di dalam kuburnya? Mesti mereka merayu dengan tangisan yang tidak pernah berhenti hingga ke hari kiamat.

Firman Allah yang bermaksud: "(Demikianlah keadaan orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka, dia berkata: Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia) supaya aku berbuat amal soleh terhadap yang sudah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan." (Surah Al-Mukminun, ayat 99-100)

Kemudian yang paling penting ialah senjata dan benteng kukuh dalam diri supaya sengatan dunia tidak mematikan hati. Senjata itu ialah iman, ilmu dan amal soleh. Ketiga-tiganya adalah kekuatan sebenar seorang hamba.

Tidak akan bermanfaat harta dan kebesaran melainkan jika bersanding dengan iman, ilmu dan amal soleh. Tetapi sayang, ramai yang sudah memiliki tiga kekuatan itu dan terlalu cepat merasa puas hati. Sehingga usaha untuk memperbaiki iman, ilmu dan amal menjadi terbantut.

Monday, December 1, 2008

Radix Sebagai Pemecah Batu Karang

Radix juga mengandungi kesan diuretic (mudah kencing) dan setiap herba diuretic adalah anti-hipertensi. Kesan diuretic boleh di umpamakan seperti hujan yang turun lebat dan menolak dengan kuat akan sampah sarap yang ada didalam longkang kembali seperti biasa. Gejala seperti ini juga berlaku bagi masalah batu karang dalam ginjal yang ditolak keluar bersama urin. Herba diuretic yang asli juga sangat membantu pada bahagian ginjal terutamanya di bahagian `filter urin` di mana ia berfungsi mengeluarkan aluminium hidroksida (pain killer), bahan kimia yang terkandung didalam jenis ubat penahan sakit terutama sekali sakit sendi(antacid) .

Aroma Yang Sebenar

Salah satu bahan kimia yang sering dimasukkan ke dalam ramuan kopi ialah ‘’bahan aromatic kopi/ginseng’’ yang bersifat sintetik /tiruan. Tujuan campuran aroma tersebut hanyalah semata-mata untuk menarik selera pengguna. Pada hari ini, amatlah dukacita kerana ada pengeluar yang cuba `mengklonkan @ meniru` kopi Radix di atas dasar keuntungan dan cuba `mensabotaj` perjuangan HPA. Namun begitu, Firman Allah Swt: “ Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang yang berbuat baik” (Al-Araf : 56) . Menceritakan mengenai aroma, dapat di buktikan bagi pengamal kopi (bukan Radix), apabila si peminum itu membuang air kecil pasti air kencingnya itu bau seperti kopi juga. Ini menunjukkan aroma tersebut adalah sintetik. Kesan pengamalan itu juga akan menyebabkan seseorang itu mudah lenguh di bahagian pinggang malah lama-kelamaan akan terhasil batu karang di dalam ginjal tersebut.

Aroma Radix adalah aroma yang sebenar kerana ia bersifat natural(alami) dan bebas dari sebarang bahan kimia kerana aroma Radix diperoleh daripada Herba Teja Lawang( cinnamomum iners). Di samping itu, herba tersebut berfungsi untuk menyembuhkan demam,penawar racun, sakit-sakit di bahagian tulang, menambahkan tenaga badan, merawat sakit di bahagian tulang lumbar, asma, batuk, sembelit, mampu membuang angin yang lebih dalam badan, serta aroma tersebut menolong pencernaan makanan.(Bahagian farmakologi, Faizah Mohd Nanyan ,Sarjana Sains (Bioteknologi Mikrob) USM. Insya Allah.

Saturday, November 22, 2008

Umat Islam Bagaikan Pohon Kurma

Dari Ibnu Umar katanya :”Rasulullah s.a.w bersabda:” Sesungguhnya di antara pepohonan itu terdapat sebuah pohon yang tidak pernah jatuh daunnya dan pohon itu sama dengan orang Islam. Cubalah anda sekalian nyatakan kepadaku pohon apakah itu?”. Selanjutnya lalu Ibnu Umar berkata:” Orang-orang pasti fikir bahawa pohon itu adalah suatu pohon yang tumbuh di daerah pedalaman yakni di beberapa desa dari negeri Arab”. Ia meneruskan ucapannya:” Tetapi aku yakni Ibnu Umar menerka dalam hatiku bahawa pohon yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w itu adalah pohon kurma”.

Para sahabat yang sama berkata:”Silakanlah anda nyatakan kepada kami pohon apakah itu, ya Rasulullah?”. Rasulullah s.a.w menjawab:” Ia adalah pohon kurma”. 1

Huraian Hadis:

Rasulullah s.a.w menyamakan orang Islam sebagai pohon kurma, kerana seluruh bahagian pohon ini tidak ada yang tidak berguna, ertinya seluruh bahagian pohon ini dapat dimanfaatkan, baik dari segi batang, daun dan lebih-lebih lagi buahnya. Oleh yang demikian, tujuan utama Rasulullah s.a.w menyampaikan berita gembira ini menuntut agar setiap umat Islam di dunia ini senantiasa memberikan keuntungan kepada sesiapa pun, baik dari segi ilmu, nasihat dan lain-lain lagi. Meskipun ia hanyalah satu perkataan, dan dimana jua kita berada, sesungguhnya setiap amalan yang kita lakukan itu akan di hitungkan oleh Allah s.w.t. Sama-samalah kita mengamalkan `Zakat Ilmu`.

Rujukan:

1 Hadis Riwayat Shahih Bukhary.

Kopi Radix Untuk Terapi Usus(colon therapy)

Sembelit yang kronik adalah punca kepada segala penyakit. Menghilangkan sembelit sudah terjawab kaedahnya bukan hanya yang berkaitan dengan penyakit usus seperti kanser usus dan buasir sahaja. Pelbagai jenis herba yang telah dijadikan sebagai ‘colon cleansing’(pembersihan usus) dalam pengubatan hari ini. Herba-herba yang digunakan iaitu seperti Psylium, Oat, Buah Tin dan Kismis. Penggunaan herba yang bersifat laxative (julap) seperti Daun Sena adalah satu kaedah yang perlu dihentikan. Meskipun ia adalah penawar kepada masalah sembelit. Mengapakah perlu dihentikan penggunaannya? Ini akan menjadikan pengguna terus bergantung kepada herba @ ubat tersebut di mana jika dihentikan penggunaanya setelah sekian lama si pengguna itu mengamalkannya, masalah sembelit tersebut akan menjadi lebih kronik.

Radix mengandungi bahan asli yang dikenali sebagai morindin . Penawar ini datangnya daripada Akar mengkudu hutan. Selain daripada mengubati masalah sembelit dan colon cleansing. Morindin juga berfungsi sebagai anti-kanser usus. (kajian Dr. Azizah Hamid dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2000). Insya Allah.

Kopi Radix Untuk Terapi Usus(colon therapy)

Sembelit yang kronik adalah punca kepada segala penyakit. Menghilangkan sembelit sudah terjawab kaedahnya bukan hanya yang berkaitan dengan penyakit usus seperti kanser usus dan buasir sahaja. Pelbagai jenis herba yang telah dijadikan sebagai ‘colon cleansing’(pembersihan usus) dalam pengubatan hari ini. Herba-herba yang digunakan iaitu seperti Psylium, Oat, Buah Tin dan Kismis. Penggunaan herba yang bersifat laxative (julap) seperti Daun Sena adalah satu kaedah yang perlu dihentikan. Meskipun ia adalah penawar kepada masalah sembelit. Mengapakah perlu dihentikan penggunaannya? Ini akan menjadikan pengguna terus bergantung kepada herba @ ubat tersebut di mana jika dihentikan penggunaanya setelah sekian lama si pengguna itu mengamalkannya, masalah sembelit tersebut akan menjadi lebih kronik.

Radix mengandungi bahan asli yang dikenali sebagai morindin . Penawar ini datangnya daripada Akar mengkudu hutan. Selain daripada mengubati masalah sembelit dan colon cleansing. Morindin juga berfungsi sebagai anti-kanser usus. (kajian Dr. Azizah Hamid dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2000). Insya Allah.

Kopi Radix Untuk Tekanan Darah Tinggi

“La baksa. Likullidain dawa`un.” Tidak mengapa, setiap penyakit itu ada penawarnya.” Insya Allah.

Sebenarnya teori keseimbangan yang terdiri daripada 4 unsur itu sudah mampu menjawab persoalan ini. Biasanya tekanan darah tinggi ini terjadi kerana mempunyai lebihan unsur angin (herbalisma). Oleh yang demikian, kaedah penyembuhannya, ia memerlukan herba yang bersifat pahit dan kelat. Di antaranya Tongkat Ali, Akar Patawali, Pokok Cerita/ Hempedu Bumi adalah satu contoh herba yang pahit sementara Akar Larak, Pinang Muda, Kurma Muda adalah contoh herba kelat. Sinergi Radix mengandungi Akar Tongkat Ali dan Akar Larak yang mengandungi sifat pahit-kelat untuk tujuan penyembuhan.

Pokok Tongkat Ali mempunyai kesan diuretic dan setiap herba yang berdiuretic adalah anti-hipertensi. Berdasarkan kajian farmakologi pula, pokok Tongkat Ali mengandungi beta-sitosterol dan stigma sterol yang bertindak menurunkan darah tinggi. Sesuatu yang menarik, Radix bukan hanya menjadi ‘’ symptomatic treatment’’ atau berfungsi menghilangkan simptomnya sahaja bahkan ia berfungsi memberikan perawatan yang menyeluruh dan terapi bagi sistem Kardiovaskular. Insya Allah.

Sunday, November 2, 2008

Kopi Radix Untuk Sakit Pinggang

Tulang belakang di definisikan dalam kamus sains sebagai Vertebra yang terdiri daripada tulang servical, thorasic, lumbar dan sacrum. Sehubungan itu, ruas-ruas tulang belakang berfungsi untuk menyambungkan saraf kepada organ-organ tubuh di mana gangguan tulang menyebabkan gangguan pada fungsi organ-organ tersebut. Dengan kata lain, binaan tulang terdiri daripada mineral kalsium dan phosphorus. Selain daripada masalah oestoporosis (pereputan tulang) terutama pada kaum wanita, gejala pengeringan di sendi-sendi sering terjadi di bahagian sendi lutut. Gejala kekeringan cairan di dalam tempurung lutut ini selalu terjadi apabila umur seseorang itu menjangkau ke 50an.

Salah satu symptom masalah di tulang belakang ialah kebas di hujung-hujung jari tangan atau jari kaki, sakit kepala, dan kesakitan di tulang belakang. Keadaan ini berlaku akibat dari kecederaan di tulang tanpa disedari. Mineral kalsium sangat di perlukan untuk terapi ini. Oleh itu, mengamalkan minuman susu bukanlah merupakan satu-satunya cara penggantian kalsium dalam tubuh kerana jika tubuh mempunyai kekurangan enzim Lactase, ia boleh menyebabkan tubuh kehilangan kalsium. Mengapakah keadaan ini berlaku? Keadaan ini berlaku akibat dari fermentasi susu dalam tubuh yang sekaligus mengakibatkan terjadinya asidosis . Di samping itu, tubuh ini akan berusaha untuk menghilangkan asidosis terrsebut dengan mengambil atau menyerap kalsium daripada tulang atau gigi.

Makanan yang kita makan pada hari ini juga, kebanyakannya menyebabkan terjadinya asidosis. Oleh sebab itu, kalsium daripada tumbuh-tumbuhan sangatlah diperlukan, akan tetapi tidak semua kalsium mudah diserap daripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan kerana kehadiran asid oksalik didalamnya.
Penyerapan kalsium daripada Kopi Radix menjadi mudah berbanding dengan tumbuhan yang lain kerana tindak balas kimia yang belum dikaji. Dengan itu, bagi untuk mengelakkan terjadinya masalah tulang belakang Tn/pn di nasihatkan supaya tidak memakan asam lambung, kerana inilah salah satu punca pemakanan yang menyebabkan gejala ini berlaku..

Radix Satu Kajian

Pena : Tuan Haji Ismail Haji Ahmad
Pengarah Urusan HPA

Radix telah menjadi satu jenama kopi yang sudah mula dikenali dipasaran. Iklannya yang menarik menjadikan masyarakat tertanya-tanya, apakah kelebihannya berbanding dengan kopi yang lain. Ramai lagi yang bertanya istilah Radix itu dipetik daripada mana? Apakah ia benar-benar memberi manfaat untuk kesihatan atau gimik semata-mata ?

Kopi Pra-campuran ini mempamerkan kredibilitinya bagi menguasai pasaran tempatan lebih-lebih lagi apabila tercatat testimoni yang begitu banyak. Pengguna yang peka mengenai kesihatan tubuh sudah mula menjadikan Kopi Radix ini sebagai minuman harian mereka, bahkan ada dalam kalangan mereka meminumnya 7 sachet sehari. Persoalannya, adakah ia tidak memberi keburukkan kepada si peminum?

Bagi menjawab persoalan-persoalan ini maka saya(Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad) ingin mengupaskan perbincangan ini dengan tajuk “ Radix satu kajian”

Apakah itu Radix?

Radix ialah nama saintifik yang merujuk kepada akar sesuatu tumbuhan seperti akar Pokok Tongkat Ali yang dikenali sebagai Eurycoma Longifolia Radix . Radix terdiri daripada 7 sinergi herba iaitu Akar Tongkat Ali, Akar Mata Pelanduk, Akar Halban, Akar Larak, Akar Teja Lawang, Akar Tebu Gajah dan Akar Mengkudu Hutan. Disamping itu, hampir kesemua bahagian herba yang digunakan itu sumbernya daripada Akar. Maka HPA menamakan resepi ini sebagai Radix.

Kenapa memilih akar/Radix?

Bahagian yang paling stabil dalam tumbuh-tumbuhan ialah bahagian akar. Selain itu, bahagian akar juga boleh disinergikan dengan herba yang lain tanpa memberi kesan sampingan atau kemudaratan. Bahagian akar juga berfungsi untuk menyimpan zat-zat makanan seperti mineral, vitamin, dan fitonutrien yang lain. Pengambilan herba akan mengembalikan keseimbangan tubuh iaitu keseimbangan kepada 4 unsur iaitu unsure Tanah, Air, Api, dan Angin.

Mekanisme tindakan Radix dalam tubuh.

Di sini saya (P.U) merujuk kepada kitab `Al- Qanun Fi Al- Tibb” – Pena Ibnu Sina, bagi memudahkan para ilmiah memahaminya. Dalam tubuh badan kita terdapat 3 organ utama yang berfungsi untuk menjana tenaga bagi semua sistem tubuh agar kembali seimbang. Organ tersebut ialah jantung, otak, dan organ reproduksi (pembiakan). Jantung merupakan organ yang terpenting dalam memastikan aliran darah mengalir dengan lancar ke seluruh tubuh. Peredaran darah yang lemah menjadikan tubuh turut serta lemah, bahkan sekaligus menghilangkan semangat untuk hidup.

Jantung perlu mencapai keseimbangan yang diperlukan untuk melakukan tugas penting ini melalui pengambilan herba-herba aromatik seperti akar Teja Lawang yang disinergikan bersama ramuan Radix. Kesannya, peredaran darah kembali menjadi normal, dan menyihatkan semula tubuh badan kita. Insya ALLAH.

Bagaimana Radix digunakan bagi pesakit kencing manis?

Sesuatu yang agak bercanggah dengan ilmu nutrisi, persoalannya bagaimanakah Kopi Radix yang mengandungi gula itu boleh digunakan untuk menurunkan kadar glukosa dalam darah?

Mari kita sama-sama memahami, umum tahu, gula putih merupakan gula yang telah hilang keseimbangannya setelah melalui beberapa proses pengilangan. Oleh kerana itu, ia tidak seimbang, maka ia akan menganggu keseimbangan organ tubuh untuk berfungsi. Sehubungan itu, permasalahan ini dapat kita lihat kesannya selepas pengambilan gula putih setengah jam selepasnya, sistem imuniti akan menurun 40-50%(kajian). Ia juga akan menjadikan sel-sel beta didalam pancreas mula tidak peka untuk pengeluaran insulin. Akhirnya gula putih sebentar tadi membanjiri darah dan masuk ke dalam urin. Menghentikan pengambilan gula merupakan satu keputusan yang kurang bijak, ini adalah kerana ia akan menghilangkan tenaga tubuh. Sementara pengambilan gula pula akan menjadikan penyakit kencing manis semakin serius serta boleh mengakibatkan kesan yang sangat buruk seperti lumpuh, buta dan gangrene.

Keadaan kencing manis ini, mudah untuk diubati jika kita berbalik kepada hukum keseimbangan 4 unsur tadi iaitu penyakit terjadi kerana ketidakseimbangan unsur-unsur seperti tanah, air, api dan angin. Menghafal nama-nama penyakit dan mengubati simptomnya bukanlah satu kaedah yang tepat, sebalik kembali kepada pengambilan herba. Tidak Allah jadikan tumbuh-tumbuhan ini sia-sia.

Radix merupakan sinergi yang cukup seimbang bagi perawatan kencing manis dan penyakit-penyakit yang lain kerana ia mengandungi herba seperti berikut:

Teja Lawang ----- Aromatik ----- Api
Larak ----- Astringen----- Tanah (kelat)
Tebu Gajah ----- Manis ----- Air
Tongkat Ali ----- Pahit ----- Angin

Friday, October 24, 2008

Warga Yang Baik

Warga yang baik itu, mestilah warga yang tunduk kepada PenciptaNya,
Orang yang tidak baik hubungannya dengan Allah,
Mustahil dia juga akan menjadi seorang warga yang baik,

Disini kita menekankan bahawa, dalam perjalanan ini,
Kita perlu mempunyai kesungguhan,
Kita perlu mempunyai jiwa yang cekal dan tabah,

Jiwa-jiwa yang siap sedia menerima arahan,
Dan bisa melakukan tugas dengan penuh keikhlasan,
Disamping mengerah semaksimum tenaga,

Walaupun perjalanan ini jauh dan sukar,
Mungkin agak lambat dibandingkan dengan orang lain,
Akan tetapi yang lebih penting, iaitu,

Semua yang ikut perjalanan ini, harus selamat,
Kesemuanya bisa mendapat bimbingan,
Kesemuanya bisa menyelamatkan dirinya, daripada azab Allah,

Jangan kita biarkan HPA dengan seribu kekurangan,
Kemudian kita sebutkan kekurangan itu di mana saja,
Sedang kita tidak langsung berusaha untuk HPA,
Tidak langsung untuk memperbaiki kekurangan tersebut,

`Sekiranya mereka tahu khasiat herba-herba kita,
Nescaya mereka sanggup menukarkannya,
Walaupun dengan ketulan-ketulan emas.

Sekiranya anda mencuba herba-herba HPA,
Dan berkesan, maka sampaikanlah kepada orang lain,
Dan sekiranya anda mendapati bahawa herba ini`tidak mujarab`,
Dan hanya gimik perniagaan semata-mata,
Maka sampaikanlah kepada orang lain.

Jangan ada yang tertipu dengan perniagaan ini,
Jangan ada yang terpaksa menipu diri sendiri,
Meskipun ia menguntungkan,
Kerana HPA berpegang dengan konsep
KEJUJURAN……….

Wednesday, October 22, 2008

Fadhilat Surah Al-Mulk

Daripada : Tn Haji Ismail Bin Haji Ahmad
Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd.


Fadhilat Surah Al-Mulk:

1. Surah Al-Mulk mempunyai kelebihan yang besar bagi orang yang membacanya, Ia di namakan juga surah (yang memelihara) dan juga (yang menyelamatkan), kerana Surah Ini dapat memelihara orang yang membacanya dan mengamalkannya dari seksaan kubur.

Nabi s.a.w bersabda:” Ia(Al-Mulk) adalah surah yang menghalang dan juga surah yang menyelamatkan, iaitu menyelamatkan dari seksa kubu.r (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda, maksudnya : “Ada satu surah dari kitab Allah hanya mengandungi 30 ayat, dapat memberi syafaat kepada orang nanti pada hari kiamat. Dikeluarkannya orang itu dari neraka dan di masukkannya ke dalam syurga. Ketahuilah ia adalah surah Tabarak-al-ladhi (Al-Mulk)

2. Diriwayatkan daripada Ibnu Syihab: Surah ini (Al-Mulk) dinamakan juga al-Mujadilah kerana Dia mendebat dengan Malaikat di dalam kubur bagi pihak yang membacaNYya.

3. Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas`ud, katanya :

“Apabila di letakkan mayat di dalam kuburnya didatangkan kepadanay Malaikat dari arah kedua kakinya. Maka kedua kakinyanya pula berkata kepada Malaikat tersebut, tidak ada jalan bagi kamu menyeksa orang itu kerana dia ada membaca surah Al-Mulk. Seterusnya didatangkan pula Malaikat dari arah kepalanya, maka lidah orang itu bercakap kepada Malaikat, tidak ada jalan bagi kamu untuk menyeksanya kerana dia ada membaca menerusi (lidah) ini akan surah Al-Mulk. (Tafsir Hasyiatul Jamal)
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “ Hatiku menghendaki supaya surah(Al-Mulk) ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”

Sunday, October 12, 2008

SENANGKAN HATIMU

Kalau badanmu sihat, senanglah hatimu,
Tandanya telah ternyata pada dirimu,
Kekayaan Tuhan dan kemuliaan nikmat-Nya

Kerana badan yang sihat,
Mudahlah engkau mendaki bukit kesusahan,
Dan menempuh padang kesulitan,

Dan kalau engkau sakit, senangkanlah hatimu,
Kerana sudah ternyata bahawa dirimu,
Adalah medan tempat perjuangan,
Di antara dua alam yang dijadikan Tuhan,
Iaitu kesihatan dan kesakitan,

Kemenangan akan terjadi pada salah satu yang kuat,
Kesembuhan mesti datang sesudah perjuangan itu,
Baik kesembuhan di dunia atau kesembuhan sejati…….

Tasawuf Moden- Prof Dr Buya Hamka

Friday, October 10, 2008

Kembalinya HPA ke Guangzhou

Alhamdulillah, bersyukur saya kepada Allah s.w.t kerana di permudahkan urusan kami ke Guangzhou, China. Insya Allah. Jika tiada halangan, kelas bahasa cina akan bermula pada hari Isnin depan dan kelas bahasa tersebut akan kami duduki selama 2 tahun Insya Allah.

Di samping itu, jarak di antara universiti dari tempat tinggal kami tidaklah begitu jauh, ia mengambil masa selama 30 minit. Dan universiti yang kami masuki adalah salah satu universiti yang tertua di China di mana ia ditubuhkan pada tahun 1906 setelah tamat dinasti qing. Umumnya, jumlah pelajar yang menuntut di universiti tersebut di anggarkan sebanyak 32,408 pelajar dan 20,000 pelajar daripadanya adalah dari luar negara, di antaranya dari Amerika Syarikat, Russia, Israel, Jepun, Korea, Hong Kong, Indonesia dan berikutnya.

Selain itu, universiti Jinan juga menawarkan berbagai jurusan, di antaranya, jurusan perubatan, sains, teknologi, ekonomi, perniagaan, bahasa dan budaya. Suasana di universiti itu agak sunyi dan bersih. Pensyarahnya pula agak mesra dengan pelajar-pelajarnya. Dari segi pembelajarannya agak cepat dan mudah difahami Insya Allah jika diikuti perkembangannya dengan baik.

Makanan

Memang tidak dapat dinafikan, kesukaran untuk mencari makanan yang halal nyata terbukti di China. Di Guangzhou ini hanya terdapat beberapa restoran muslim sahaja. Dan boleh dikatakan 80% produk makanan dan minumnya di pasaran adalah hasil daripada peniruannya daripada produk yang tulen. Tuan dan puan yang saya hormati sekalian, apabila saya mengimbau kembali makanan dan minuman di Malaysia, tuan dan puan amatlah beruntung kerana dapat memiliki barangan yang halal dengan mudah, tidak lupa juga kepada warga HPA yang saya kasihi, tuan dan puan begitu beruntung sekali kerana dapat membeli, memiliki dan menikmati barangan HPA yang halal lagi suci itu dengan mudah sekali, mencari yang senang dimiliki ,Apalah saya disini, mencari yang sukar dimiliki, kemelut makanan di China ini tidak akan berkesudahan, selagi tiada sahabat yang ingin berjuang untuk menyampaikan barangan yang halal ke pangkuan umat Islam di China ini. Begitulah keadaan hamba-hambaNya di negara China ini.


Dunia terus beredar,

Masa terus berputar,

Di mana hidup akan terdampar?

Di mana hayat akan bersandar?

Merenung masa depan,

Dengan berjuta harapan,

Mengenang masa lalu,

Sayu, rindu, dan pilu hati,

Naluri insani mencari erti,

Yang kekal abadi.....


Sunday, October 5, 2008

Manusia Bagaikan Buih Di Lautan

Daripada Thauban, Rasulullah telah bersabda:”Manusia hampir ke semuanya berkerumun memusuhi kamu seperti orang yang mengerumuni makanan di dulang.” Seorang sahabat bertanya:” Adakah pada hari itu kami sedikit?” Jawab Rasulullah:” Kamu pada ketika itu ramai, tetapi kamu seperti buih banjir. Allah telah menghilangkan daripada hati musuhmu perasaan takut kepada kamu dan menempatkan dalam hatimu perasaan takut dan lemah.” Seorang sahabat lagi bertanya:”Apakah kelemahan itu?” Jawab Rasulullah:” Kasihkan dunia dan bencikan mati.” (Riwayat Abu Daud)

Huraian:

1. Orang kafir sentiasa memusuhi orang Islam. Mereka bimbang terhadap orang Islam yang berjihad dan berusaha melaksanakan pengajaran Al-Quran dan Al-Sunnah. Usaha permusuhan ini bukan hanya pada satu bidang yang tertentu sahaja akan tetapi meliputi semua bidang yang mampu mereka selitkannya dalam segala sesuatu `peluang`.

Firman Allah (Maksudnya):” Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kecuali apabila engkau mengikuti perjalanan mereka.” (Al-Baqarah: 120)

2. Berkerumun di keliling dulang makanan adalah satu gambaran bagi menunjukkan bagaimana kecenderungan masing-masing dalam memaksimumkan kepuasan nafsu dan hati. Begitulah keadaan mereka memusuhi Umat Islam.

3. Banyak seperti buih banjir bererti tidak mempunyai kehormatan dan kemuliaan, apatah lagi kekuatan. Umat Islam ketika itu tidak lagi di hormati oleh musuh, meskipun bilangan mereka ramai, akan tetapi mereka bagaikan buih yang hilang apabila di bawa arus lautan.

4. Meskipun pada zaman sebelumnya Allah telah melemparkan perasaan gerun dan gentar ke dalam hati musuh. Walaupun pada zaman itu, umat Islam kecil dari segi bilangan namun mereka mampu mengalahkan orang kafir hasil pertolongan dari Allah azza wa jala. Firman Allah (maksudnya):

“Berapa banyak kumpulan yang kecil dapat mengalahkan kumpulan yang besar dengan izin Allah, Allah menolong mereka yang sabar.” ( Al-Baqarah: 249).

5. Akan tetapi, tiba satu zaman nanti keadaan menjadi terbalik, orang kafir tidak lagi gerun dan gentar terhadap umat Islam, sebaliknya ketika itu, umat Islam pula yang mewarisi perasaan gerun dan gentar kepada mereka. Fenomena ini berlaku kerana umat Islam ketika itu tidak lagi percaya dan mengamalkan ajaran Al-Quran dan Al-Sunnahnya seperti yang di wajibkan ke atas mereka sebagai umat Islam.

6. Di lontarkan perasaan takut ke dalam hati umat Islam bermaksud kelemahan tersebut timbul adalah di sebabkan kasih mereka kepada dunia dan bencikan kematian begitu membuak-buak sekali. Oleh yang demikian, idealisma umat Islam ketika itu tidak lagi di perjuangkan akibat terlalu sucinya kemahuan mereka terhadap dunia dan membaranya kebencian mereka untuk mati.

7. Bencikan mati bukanlah bererti tidak mahu mati. Mati adalah satu ketentuan yang tidak dapat di elakkan. Maksud Hadis ini adalah untuk menggambarkan bahawa umat Islam ketika itu mereka berlumba-lumba merebut keduniaan, seolah-olah mereka tidak akan mati selama-lamanya dan tidak lagi menghiraukan amalan untuk hari akhirat.

Kesimpulan Dan Pengajaran:

1. Umat Islam hendaklah berwaspada terhadap musuh mereka yang sentiasa berusaha menentang dan menghancurkan umat Islam dari segi semua aspek.

2. Faktor tercetusnya fenomena ini adalah di sebabkan apabila agama di jadikan sebagai alat dalam segala sesuatu yang mampu memaksimumkan kepuasan nafsu dan hati.

3. Pemimpin umat Islam pada masa kini, haruslah senantiasa berdampingan serta berkomunikasi bersama para ulama demi kepentingan agama, pendidikan, ekonomi dan sosial.


4. Janganlah wang zakat dijadikan keuntungan bagi yang di amanahkan untuk pengagihannya, sementara yang berkemampuan tidak menjadikan zakat itu sebagai hutang.

“Setiap insan ada kesilapan,

Dalam banyak bicara mungkin ada yang terluka,

Dalam banyak kata mungkin ada yang terasa,

Dalam banyak tindakan mungkin ada gurisan,

Pada kesempatan ini,

Saya memohon kemaafan,

Kasih yang bersih,

Lebih banyak silap sisih,

Di antara kita adanya ikatan mulia.

Kesan Harga Minyak Dan Inflasi?

Minyak dan gas asli kini adalah sandaran pergantungan kos semasa dunia. Apa sahaja yang berlaku kepada pasaran dan pengeluaran sumber terbabit, akan memberi kesan kepada sesebuah negara serta masyarakat dunia. Kita terpaksa menanggung bebanan hiper, hasil daripada magnet tarikan ekonomi yang jelas berasaskan petroleum. Inilah kemelut yang Malaysia hadapi, sekaligus merencatkan pertumbuhan ekonomi HPA dari segi kos pengeluaran, bahkan bukan kita(HPA) sahaja yang merasai tempias ini akan tetapi syarikat-syarikat lain juga turut merasai .

Umumnya, ahli ekonomi bersetuju bahawa inflasi ini adalah disebabkan tolakan kos atau tarikan permintaan atau hasil daripada kombinasi kedua-duanya. Namun begitu, pada hari ini nampaknya penyumbangan inflasi ini sebahagian besarnya adalah tarikan kos. Senario ini disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi, yang sebahagian besarnya berpunca daripada kenaikan harga minyak dunia. Lonjakan harga minyak ini amat ketara, pada Julai 2006 harga minyak ialah AS$70 seterusnya meningkat kepada AS$148 setong pada Julai 2008.

Meskipun harga minyak dunia telah menurun kepada AS$118 setong pada 28 Ogos, ekonomi negara dijangka akan terus menghadapi tekanan inflasi. Di samping berpunca daripada harga minyak yang masih tinggi, harga komoditi yang tinggi juga menyumbang kepada tekanan tersebut. Pada 24 Ogos lalu, harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter, manakala RON92 dikurangkan 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter. Harga diesel pula turun lapan sen daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter. Seterusnya pada 24 september di turunkan lagi harga petrol sebanyak 10 sen. Namun begitu, kemelut harga minyak tetap sukar untuk ahli ekonomi ramalkan kestabilannya.





Oleh yang demikian, bagi mengatasi kemelut itu HPA telahpun menetapkan harga kopi Radix yang sesuai dan berpatutan hasil daripada perbincangan di bahagian pihak atasan HPA. Di antaranya kopi yang di naikkan harga ialah Kopi Radix Kotak Kecil dari RM 12 ke RM 13, manakala Kopi Radix Jumbo dari RM 24 ke RM 26, seterusnya Kopi Radix Papan, dari RM15 ke RM 16, harga yang di senaraikan sebentar tadi adalah harga ahli. Oleh itu, saya berharap agar kenaikan harga Kopi Radix ini sedikit sebanyak tidak dapat melemahkan semangat Tuan/Puan dalam memperjuangkan barangan HPA yang halal lagi suci ini. Sabda Rasulullah s.a.w:” Bandingan seorang mukmin dengan mukmin yang lain bagaikan satu bangunan. Saling kuat-menguatkan antara satu sama lain.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saya juga berdoa agar diri ini dan Tuan/Puan serta warga HPA akan tergolong dalam golongan yang sentiasa memberi pertolongan. Daripada Mughirah bin Syu`bah, Nabi Muhammad bersabda:”Sentiasa ada satu golongan dari umatku yang terus tolong-menolong dan bekerjasama hinggalah sampai ke Hari Kiamat, dan mereka memperolah kemenagan.” (Riwayat al-Bukhari)

Dalam Hadis Thauban yang diriwayatkan oleh Imam Muslim..” Mereka tolong-menolong di atas kebenaran, dan mereka tidak dapat ditewaskan oleh orang yang cuba mengagalkannya sehinggalah Hari Kiamat, dan mereka juga memperoleh kemenangan. Insya Allah.

Sunday, September 28, 2008

Menjelang Syawal


Masa berlalu pergi,

Hari bersilih ganti,

Tanpa ku sedari,

Ramadhan kian,

Menutup tirainya.

Sedih hati,

Apabila memikirkannya,

Mahu tidak mahu,

Perlu hati ini,

Merelakan pemergiannya,

Apakah jasad dan rohku,

Bersatu lagi,

Demi menyambut,

Ramadhan yang akan datang,

Senjata ku doa, zikir, dan munajat,

Agendaku di susun rapi,

Namun begitu,

Hanya Allah sahaja,

Yang menentukannya,

Pintaku untuk Ramadhan ini,

Semoga Allah s.w.t,

Menerima segala amalanku,

Dan umatnya yang beriman,

Dan di kurniakan Rasulullah s.a.w,

Darjat dan kedudukan yang tinggi,

Sepertimana yang telah,

Engkau Janjikan Ya Allah….

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri,

Maaf Zahir dan Batin pintaku pada semua..

Saturday, September 27, 2008

Lailatul-Qadr

‘A-isyah R.’anha meriwayatkan:


كان النبي صلى الله عليه وسلم يجتهد في العشر الأواخر من رمضان ، ما لا يجتهد في غيرها


Maksudnya: “Adalah Nabi SAW bersungguh-sungguhnya pada 10 malam akhir dalam bulan Ramadhan, tidak seperti malam-malam yang lain.” (HR Muslim)

Di dalam al-Bukhari dan Muslim daripada ‘A-isyah RA:


أن النبي صلى الله عليه وسلم " كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره


Maksudnya: “Nabi SAW apabila masuk 10 malam yang akhir, baginda menghidupkan malamnya, membangunkan isterinya dan mengikat kainnya.”

“Perkataan mengikat kainnya” membawa maksud menjauhi jima’.


Malam al-Qadr (Lailatul Qadr)

Allah SWT telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr, Allah berfirman:

“Demi kitab (al-Quran) yang menjelaskan, sesungguhnya kami menurunkannya pada satu malam yang diberkati, dan sesungguhnya kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. Yaitu urusan yang besar di sisi kami, sesungguhnya kami yang mengutuskan rasul-rasul.” (al-Dukhan: 2-5)

Allah SWT mensifatkan malam yang diturunkan al-Quran itu adalah malam yang diberkati. Para ulama salaf seperti Ibn ‘Abbas, Qatadah, Said bin Jubair, Ikramah, Mujahid dan selainnya mengatakan malam yang diberkati itu ialah malam al-Qadr (Lailatul Qadr).

Al-Imam Ibn Kathir di dalam kitab tafsirnya menyebut:


يُخْبِر تَعَالَى أَنَّهُ أَنْزَلَ الْقُرْآن لَيْلَة الْقَدْر وَهِيَ اللَّيْلَة الْمُبَارَكَة الَّتِي قَالَ اللَّه عَزَّ وَجَلَّ " إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَة مُبَارَكَة " وَهِيَ لَيْلَة الْقَدْر وَهِيَ مِنْ شَهْر رَمَضَان كَمَا قَالَ تَعَالَى " شَهْر رَمَضَان الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآن


Maksudnya: “Allah taala mengkhabarkan, Ia menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr, ianya ialah malam yang diberkati yang difirmankan Allah ‘azza wa jalla: “(Maksudnya) Sesungguhnya kami menurunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” Ia ialah malam al-Qadr yang berlaku di dalam bulan Ramadhan seperti firman Allah taala: “(maksudnya) Bulan Ramadhan, yang diturunkan padanya al-Quran.” (Sila rujuk tafsir Ibn Kathir terhadap surah al-Qadr)

Firman Allah yang bermaksud: “Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah”, membawa maksud diturunkan pada malam tersebut ketentuan-ketentuan (takdir-takdir) setiap makhluk selama setahun, termasuk ajal, rezeki, bahagia, sengsara dan sebagainya.

Oleh itu, yang dimaksudkan dengan “Lailah al-Qadr” ialah malam yang diturunkan penentuan dalam bentuk tahunan, iaitu takdir yang telah Allah tulis yang berada di al-Luh al-Mahfuz diturunkan kepada malaikat pada malam tersebut, untuk tempoh setahun.

Kelebihan malam al-Qadr

1. Diturunkan padanya al-Quran. Ibn ‘Abbas RA mengatakan:


أنزل الله القرآن جملة واحدة من اللوح المحفوظ إلى بيت العزة من السماء الدنيا ، ثم نزل مفصلاً بحسب الوقائع في ثلاث وعشرين سنة على رسول الله صلى الله عليه وسلم


Maksudnya: “Allah menurunkan al-Quran kali pertama secara sempurna daripada al-Luh al-Mahfuz ke baitil ‘izzah di langit dunia, kemudian al-Quran diturunkan secara berasingan berdasarkan peristiwa-peristiwa dalam tempoh 23 tahun kepada Rasulullah SAW.” (Sila rujuk tafsir Ibn Kathir 4/529)

2. Allah berfirman, malam al-Qadr itu lebih baik dari 1000 bulan (Surah al-Qadr: 3)

3. Allah mensifatkan malam al-Qadr itu sebagai malam yang diberkati. (al-Dukhan: 3)

4. Pada malam itu turunkan para malaikat dan Jibril bersama dengan kerahmatan dan keberkatan.

5. Allah SWT mengampunkan dosa-dosa sesiapa yang menghidupkan berdasarkan hadith Nabi SAW:


ومن قام ليلة القدر إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه


Maksudnya: “Sesiapa yang menghidupkan malam al-Qadr dalam keadaan beriman dan ihtisab (ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah), diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu.” (al-Bukhari dan Muslim)

Bilakah berlakunya malam al-Qadr

1. Sepuluh malam yang akhir. Sabda Nabi SAW:


تحروا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان


Maksudnya: “Bersungguhlah mencari malam al-Qadr pada 10 malam yang akhir dalam bulan Ramadhan.” (HR al-Bukhari)

2. Sepluh malam akhir yang ganjil. Sabda Nabi SAW:


تحروا ليلة القدر في الوتر من العشر الأواخر

Maksudnya: “Bersungguh-sungguhlah mencari malam al-Qadar pada 10 malam akhir yang ganjil.” (HR al-Bukhari) 10 malam akhir yang ganjil ialah 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.

Versi Inggeris

. LAILATUL-QADR (THE NIGHT OF

DECREE)

Its excellence

Allaah the Mighty and Majestic says,

“The Night of Decree is better than a

thousand months.”104

And it is on this night that all the Wise

Decrees of Allaah are made.

“Therein is decreed every matter of

ordainment, as a command from us.”105

Note – 104, Al-Qur’aan 97:3

-105, Al-Qur’aan 44:4-5

Note - Some people say that the decree of

matters happens on the 15th of Sha’baan.

This is an erroneous and baseless claim.

When is it?

The most correct saying, and Allaah knows

best, is that it occurs in the odd nights of

the last ten nights of Ramadhaan. Allaah’s

Messenger sallallaahu ‘alaihi wa sallam while doing

I’tikaaf106 in the last ten days of

Ramadhaan used to say,

“Seek out Lailatul-Qadr in the (odd

nights) of the last ten of Ramadhaan.”107

That is, the 21st, 23rd, 25th, 27th and the 29th

night. And the Prophet ‘alaihissalaam said,

“And if one of you is too weak or unable

then let him not allow that to make him

miss the final seven.”108

That is the 25th, 27th and the 29th night.

Note-106, Seclusion in the Masjid

-107, Al-Bukhari, 2017

-108, Al-Bukhari, 2015

How should a Muslim seek Lailatul-

Qadr?

The Prophet sallallaahu ‘alaihi wa sallam said,

“Whoever stands (in Prayer) in Lailatul-

Qadr out of Eemaan (correct belief) and

seeking reward then his previous sins are

forgiven.”109

It is recommended to supplicate a great deal

in it with the Du’aa,

“Allaahumma innaka ‘affuwwun tuhibbul

‘afwa fa’fu ‘annee.”

Which means,

“O Allaah you are the One who pardons

greatly, and loves to pardon, so pardon

me.” 110

During these nights, to stay awake in

prayer, to instruct one’s family the same

and to stay away from one’s wife is from

the Sunnah of the Prophet sallallaahu ‘alaihi wa

sallam.111

And the Prophet sallallaahu ‘alaihi wa sallam

used to exert himself more in the last ten

nights of Ramadhaan than he would at

other times.112

Note- 109, Al- Bukhari,1901

- 110 , At-Tirmizi, 3760

- 111, Al-Bukhari, 2024

- 112, Muslim, 1174

The Signs of Lailatul-Qadr

The Prophet sallallaahu ‘alaihi wa sallam said,

“On the morning following Lailatul-Qadr

the sun rises not having any rays, as if it

were a brass dish, until it rises up.”113

And he sallallaahu ‘alaihi wa sallam said,

“Lailatul-Qadr is calm and pleasant,

neither hot nor cold, the sun rises on its

morning being feeble and red.”114

Note- 113, Muslim, 762

-114 , Ibn Khuzaimah, 3/23

Monday, September 22, 2008

Az-Zakat

Imam Ibn ul Qayyim al Jawziyyah
Mukhtasar Zaad al Ma`aad of Ibn ul Qayyim
© 1993 Nour-e-Sham Book Centre
http://islaam.com//Article.aspx?id=281

Of the five fundamentals of Islam, Zakat occupies the second position (after the shahada), the first being prayer.

  • This word is derived from the verb ‘Zaka’, which means: ‘It (a plant) grew.’
  • The second derivative of this word carries the sense of purification, e.g., ‘Qad aflaha man zakkaha (he is indeed successful who purifies himself). Spending the wealth for the sake of Allah purifies the heart of man of the love of material wealth.

The man who spends offers that as a humble gift before the Lord and thus affirms the truth that nothing is dearer to him in life than the love of Allah and that he is fully prepared to sacrifice everything for His sake. There is no burden of obligation on one who receives Zakat, but a sense of thankfulness and gratitude on the part of the giver, since has been enabled by the recipient to discharge his obligation that he owes to Allah and society. Zakat is paid on surplus of wealth that is left over after the passage of a year. It is thus a payment on the accumulated wealth. Leaving aside animals and agricultural yield, Zakat is paid at almost a uniform rate of 2.5%

The minimum standard of surplus wealth over which Zakat is charged is known as ‘Nisab’. It differs with different kinds of property, the most important being nearly 21 OZ in case of silver and 3 OZ in case of gold. The Nisab of cash is the same as that of gold and silver. Twenty percent of buried treasure, i.e. wealth that does not imply exertion of effort in collecting it; as for agricultural crops that require labour to gain, Zakat would be 10% and it is known as `Ushur (tenth). If the land is irrigated by artificial methods, one-twentieth part of the yield is to be paid as Zakat. Should the land producing the yield be in need on constant labour and catering, then the owner is bound to pay one-fortieth of the produce. There is no Zakat on less than five camels, but if the person pays it out of his own sweet will that would be a voluntary act of charity. Upon five camels the Zakat is one goat, provided they subsist upon pasture throughout the year, because Zakat is due only upon such camels as live on pasture and not upon those which are fed in the house with fodder. One goat is due upon any number of camels from five to nine, and two goats on any number from ten to fourteen. There on any number from fourteen to nineteen and four upon any number from twenty to twenty-four and upon any number of camels from twenty-five to thirty-five, the Zakat is a ‘Bint-al-Makhaz’, that is, a camel’s yearling colt.

No Zakat is due upon fewer than forty goats and upon forty goats that feed for the greater part of the year upon pasture, there is due, at the expiration of the year, Zakat of one goat. One goat is due on thirty cows. As for horses, no Zakat is due on them in the light of the Holy Prophet’s guidance.

The objects and persons on whom Zakat is to be spent are included in the following verse:

"The alms are only for

  • the poor and
  • the needy, and
  • for those employed in connection therewith, and
  • for those whose hearts are to be reconciled, and
  • for the (freeing of) slaves, and
  • for those in debt, and
  • for the cause of Allah, and
  • for the wayfarer an ordinance from Allah. And Allah is All-Knowing, Wise." [9:60]

**************************

Yusuf Ali Commentary of this verse 9:60

Alms or charitable gifts are to be given to the poor and the needy and those who are employed in their service. That is, charitable, funds are not to be diverted to other uses, but the genuine expenses of administering charity are properly chargeable to such funds. Who are the needy? Besides the ordinary indigent, there are certain classes of people whose need is great and should be relieved. Those mentioned here are: (1) men who have been weaned from hostility to Truth, who would probably be persecuted by their former associates, and require assistance until they establish new connections in their new environment: (2) those in bondage, literally and figuratively: captives of war must be redeemed: slaves should be helped to freedom-, those in the bondage of ignorance or superstition or unfavourable environment should be helped to freedom to develop their own gifts: (3) those who are held in the grip of debt should be helped to economic freedom: (4) those who are struggling and striving in Allah's Cause by teaching or fighting or in duties assigned to them by the Islamic State, who are thus unable to earn their ordinary living: and (5) strangers stranded on the way. All these have a claim to charity. They should be relieved by individual or organised effort, but in a responsible way. In this verse, the word sadaqat refers to obligatory charity (zakat).