Sunday, October 5, 2008

Kesan Harga Minyak Dan Inflasi?

Minyak dan gas asli kini adalah sandaran pergantungan kos semasa dunia. Apa sahaja yang berlaku kepada pasaran dan pengeluaran sumber terbabit, akan memberi kesan kepada sesebuah negara serta masyarakat dunia. Kita terpaksa menanggung bebanan hiper, hasil daripada magnet tarikan ekonomi yang jelas berasaskan petroleum. Inilah kemelut yang Malaysia hadapi, sekaligus merencatkan pertumbuhan ekonomi HPA dari segi kos pengeluaran, bahkan bukan kita(HPA) sahaja yang merasai tempias ini akan tetapi syarikat-syarikat lain juga turut merasai .

Umumnya, ahli ekonomi bersetuju bahawa inflasi ini adalah disebabkan tolakan kos atau tarikan permintaan atau hasil daripada kombinasi kedua-duanya. Namun begitu, pada hari ini nampaknya penyumbangan inflasi ini sebahagian besarnya adalah tarikan kos. Senario ini disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi, yang sebahagian besarnya berpunca daripada kenaikan harga minyak dunia. Lonjakan harga minyak ini amat ketara, pada Julai 2006 harga minyak ialah AS$70 seterusnya meningkat kepada AS$148 setong pada Julai 2008.

Meskipun harga minyak dunia telah menurun kepada AS$118 setong pada 28 Ogos, ekonomi negara dijangka akan terus menghadapi tekanan inflasi. Di samping berpunca daripada harga minyak yang masih tinggi, harga komoditi yang tinggi juga menyumbang kepada tekanan tersebut. Pada 24 Ogos lalu, harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter, manakala RON92 dikurangkan 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter. Harga diesel pula turun lapan sen daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter. Seterusnya pada 24 september di turunkan lagi harga petrol sebanyak 10 sen. Namun begitu, kemelut harga minyak tetap sukar untuk ahli ekonomi ramalkan kestabilannya.





Oleh yang demikian, bagi mengatasi kemelut itu HPA telahpun menetapkan harga kopi Radix yang sesuai dan berpatutan hasil daripada perbincangan di bahagian pihak atasan HPA. Di antaranya kopi yang di naikkan harga ialah Kopi Radix Kotak Kecil dari RM 12 ke RM 13, manakala Kopi Radix Jumbo dari RM 24 ke RM 26, seterusnya Kopi Radix Papan, dari RM15 ke RM 16, harga yang di senaraikan sebentar tadi adalah harga ahli. Oleh itu, saya berharap agar kenaikan harga Kopi Radix ini sedikit sebanyak tidak dapat melemahkan semangat Tuan/Puan dalam memperjuangkan barangan HPA yang halal lagi suci ini. Sabda Rasulullah s.a.w:” Bandingan seorang mukmin dengan mukmin yang lain bagaikan satu bangunan. Saling kuat-menguatkan antara satu sama lain.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saya juga berdoa agar diri ini dan Tuan/Puan serta warga HPA akan tergolong dalam golongan yang sentiasa memberi pertolongan. Daripada Mughirah bin Syu`bah, Nabi Muhammad bersabda:”Sentiasa ada satu golongan dari umatku yang terus tolong-menolong dan bekerjasama hinggalah sampai ke Hari Kiamat, dan mereka memperolah kemenagan.” (Riwayat al-Bukhari)

Dalam Hadis Thauban yang diriwayatkan oleh Imam Muslim..” Mereka tolong-menolong di atas kebenaran, dan mereka tidak dapat ditewaskan oleh orang yang cuba mengagalkannya sehinggalah Hari Kiamat, dan mereka juga memperoleh kemenangan. Insya Allah.

No comments: