Thursday, September 18, 2008

Dilema Umat Islam


Kekadang minda ini selalu terfikir mengapakah sikap rajin dan ingin bersaing seperti cina itu tidak ada di dalam kehidupan masyarakat melayu(islam) pada hari ini . Apakah sikap itu ternyata tidak wujud di dalam nadi umat Islam kita? Yang pastinya mereka lebih suka akan kehidupan sedia ada yang penuh dengan keselesaan entah sampai bila bertahannya. Inilah kepincangan yang sedang kita hadapi, di mana menolak keinginan perubahan hidup, lebih suka akan kehidupan yang sedia ada dari mengubah diri ke dalam zon yang tidak selesa yang membantu dalam menjamin kedudukan dan status agama serta bangsa di masa yang akan datang. Meskipun masing-masing mengetahui pendapatan yang sedia ada hanyalah cukup untuk diri dan keluarga (jika ada) cumanya kita menidakkannya . Jika prinsip seperti inilah yang kita amalkan sepanjang hidup, nescaya tamadun kita(melayu) gagal memenuhi kriteria-kriteria bangsa yang membangun sekali gus membantutkan usaha dalam menjadikan tamadun kita ini sebagai satu contoh untuk bangsa lain.

Lihat saja pada hari ini, kita lebih selesa menggunakan penghawa dingin dari mempelajari kemahiran membuatnya, kita rela menjadi pengguna dari pengeluar, rela berada di dalam zon selesa dari zon yang tidak selesa akan tetapi menjaminkan kedudukan agama dan bangsa kita suatu hari nanti, kita berbangga menggunakan kenderaan yang mewah dari mempelajari kemahiran dan kaedah untuk menghasilkannya. Jadilah kita sebagai banyak pengguna bukan pengeluarnya. Tidak pernahkan diri ini terfikir sampai bilakah semua ini akan bertahan jika kita masih lagi bergantung kepada orang lain dalam perkhidmatan, barangan, dan lain-lain lagi. Sampai bilakah kita ingin mengekalkan sikap kebergantungan ini kepada blok kufar dalam semua perkara? Sampai bilakah kita ingin semua ini berlarutan?

Sampai bilakah kita ingin membiarkan golongan kaya akan kekal dalam kekayaannya manakala golongan yang miskin pula akan kekal dalam kemiskinannya sedangkan mereka adalah saudara dan mempunyai pertalian darah sesama kita? Sampai bilakah kita ingin melihat golongan miskin terus meminta-minta di jalanan sedangkan peruntukkan mereka sedia ada di baham oleh `penyangak`.

Sampai bilakah kita ingin melihat mereka derita dalam kehidupan yang serba kekurangan? Sampai bilakah kita ingin melihat umat islam di tindas, di siksa dan di bunuh bersahaja tanpa belas kasihan? Sampai bilakah kita ingin melihat fenomena ini terus berlaku?Sampai bilakah kita ingin melihat ekonomi umat islam di kuasai mutlak oleh blok kufar? Sampai bilakah kita ingin melihat umat Islam di belenggu dengan bahana kekejaman rejim-kufar?

Ingat-ingatlah wahai saudaraku, jika pada hari ini, kita masih lagi bergantung kepada `orang asing` dalam semua perkara? Ia adalah seolah-olah kita sendiri yang merelakan diri ini di buai ke kancah malapetaka! Jika pada hari ini, kita masih lagi berkira-kira dan menolak untuk membeli barangan saudara muslim, nescaya kita sendiri menjemput kerencatan ekonomi ummah! Di mana hasilnya dapat di manfaatkan semula kepada umat Islam! Jika pada hari ini, kita masih lagi mempunyai `hasad` di antara satu sama lain, nescaya kita sendiri mengundang kepada perpecahan umat! Kesimpulannya, mungkin saudara tidak nampak akan keberkatannya jika kita saling membantu dan menolong menguatkan di antara satu sama lain, mungkin saudara lena dalam kelambu dunia. Konklusinya amatlah menyedihkan, kerana kita sendiri yang menyambut kegagalan ekonomi ummah dalam menguasai pasaran global ini. Wahai saudaraku, ingatlah! Hala tuju umat Islam kita pada hari ini tidak lagi menunjukkan jalannya kerana kita sendiri yang mencatur gerak-geri `itu`.

Oleh yang demikian, saya berharap agar pembaca blog ini senantiasa muhasabahkan diri dan beringat kehidupan selepas mati. Disamping berharap agar tuan/puan senantiasa membantu umat Islam dalam apa cara sekalipun yang membantu untuk menguatkan keutuhan dan persaudaraan umat Islam kita. Usaha yang murni akan selalu saya sokongi, manakala bagi warga HPA pula, saya berharap agar tuan/puan akan terus setia dan ikhlas dalam perjuangan kita ini dalam menjamin kekuatan ekonomi ummah yang sekali gus menunjukkan hala tuju jelas dalam menguasai pasaran global. Insya Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w : ‘’ Bandingan seorang mukmin dengan mukmin yang lain bagaikan satu bangunan. Saling kuat-menguatkan antara satu sama lain.’’ ( Riwayat al-Bukhari, jil : 1, no. 182 dan Muslim : 4, no. 1999)

No comments: