Monday, January 19, 2009

Hitler Itu Mungkin Ada Benarnya

Disiarkan pada Jan 18, 2009 dalam kategori Tamadun | sumber: drmaza.com

Ketika saya menulis rencana ini (pada Hari Sabtu) saya sedang berada di Osnabruck, Jerman. Pada Hari Jumaat semalam saya memberikan ceramah ringkas di sebuah masjid di sini yang diberi nama Masjid Ibrahim. Kebanyakan ahli jemaahnya merupakan orang Arab.

Saya berucap dalam bahasa arab mengenai isu semasa umat Islam sekarang khususnya Palestin. Imamnya yang berasal dari Syria berkhutbah dengan berani dan bersemangat tentang isu Gaza. Bahkan beliau berkempen agar ahli jamaahnya menyertai demonstrasi aman membantah kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Saya melihat satu keperluan apa yang beliau kempenkan, sebab di Berlin telah dibuat demonstrasi besar menyokong tindakan Israel. Malanglah jika ada masjid di Malaysia yang tidak berani mengutuk Israel. Hari ini (Ahad) saya bercadang hendak ke Berlin untuk berjumpa dengan beberapa pihak.

Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yang saya tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem ‘Combat’ semasa zaman tersebut.

Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri ‘Combat’ tersebut, maka digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika.

Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama kanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak ‘Nazi’nya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang saya baca.

Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia.

Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.

Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?

Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi.

Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut.

Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi.

Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam.

Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya.

Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.

Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.

Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi s.a.w pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi s.a.w. Maka mereka pun diusir.

Pada zaman Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.

Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.

Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yang mulia bernama ‘Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.

Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.

Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:

“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”. Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”. Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”. Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).

Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan. Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya..

Sumber:drmaza.com

Lagi RFC Akan DiBuka




1. Cawangan Alor Setar (Feb )
2. Cawangan Pulau Pinang (hujung March)
3. Cawangan Laguna Sungai Petani (awal april)
4. Cawangan Ipoh (awal april)
5. Cawangan Kulim (awal april)
6. Cawangan Petaling Jaya (awal mei)
7. Cawangan Bangi (awal april)
8. Cawangan Kluang (awal mei)
9. Cawangan Kuantan (awal mei)
10. Cawangan Kelantan (awal april)
11. Cawangan Kangar (hujung march)

Kepada seluruh warga HPA ,selamat berjuang bagi merialisasikan janji kita bersama.
"Ya Allah bantulah kami "Amin.

Sumber:Blog Pengarah Urusan HPA

Monday, January 12, 2009

Bumi Gaza Kini Semakin Kritikal



Nak berlawan tidak mampu, nak berundur sesak-sesak, nak lari malu-malu. Itulah peribahasa yang menggambarkan keadaan di bumi Gaza hari ini. Mungkin negara Arab sebelumnya merasakan `air sentiasa pasang` namun mereka silap. Inilah bencana yang menghentam bumi Gaza saat ini, apabila sifat ketidakbernanian negara Mesir, Syria, Lubnan dan Jordan kepada Amerika Syarikat tidak dibasmi. Maka hancurlah lagi Gaza di waktu ini. Mengapakah 4 negara ini disebut, kerana mereka inilah jiran yang `membutakan mata dan hati` yang tidak mempunyai perasaan `wajibnya` bersatu begitu juga Fatah di saat saudara Islamnya dihentam dengan bom bertalu-talu.





Malah sepertinya,jeritan kanak-kanak tidak mempunyai nilai kemanusiaan lagi kerana disambut dengan kemautan, tiada siapa yang peduli. Tangisan demi tangisan dibaluti dengan ketakutan, tiada siapa yang merasainya. Sejak 27 Disember yang lalu sehingga ke hari ini saja, sebanyak 1000 nyawa umat Islam yang terkorban, disertai dengan kanak-kanak yang tidak berdosa. Inilah sumbangan yang diberikan oleh Negara Mesir kepada saudara seagamanya dengan menyekat bantuan perubatan,makanan dan keperluan yang untuk diberikan kepada saudaranya di Gaza. Mereka telah menyekat bantuan yang amat diperlukan oleh umat Islam di Gaza, demi memikat yahudi agar tidak di apa-apakan Negaranya. Begitu juga negara Lubnan mereka telah merelakan pelancaran bom Israel dari kawasannya ke semenanjung Gaza.

Selain itu, terdapat beberapa buah negara dunia Islam hari ini mengharapkan `Barrack Obama` agar melakukan perubahan supaya serangan Israel ke atas Gaza itu dihentikan secepat mungkin. Umum tahu, mengharapkan kepada yang tidak boleh diharap adalah satu kerugian besar dari segi masa, tenaga dan wang. Kenyataan ini adalah berasas kerana `Obama` itu sendiri pergi ke Israel meminta restu agar dicalonkannya sebagai `Presiden Amerika Syarikat`. Sesungguhnya yahudi tetap yahudi, kerana mereka ini tidak akan pernah meredhai kita(Islam) selagi kita tidak mengikuti agama mereka firman Allah (Maksudnya):” Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kecuali apabila engkau mengikuti perjalanan mereka.” (Al-Baqarah: 120). Bermulanya pemerintahan mereka (Israel) pada 1948 tahun sehingga ke hari ini, mereka telah mengorbankan sebanyak 230,000 nyawa umat Islam. Itulah hasil keringat selama 60 tahun mereka memerintah begitu banyak nyawa umat Islam yang mereka `cabut` seakan-akan mereka ini pula yang menjadi `malaikat maut` yang menghitung waktu, hari, bulan dan tahun bagi mengambil nyawa umat Islam.


Mungkin ungkapan Ariel Sharon kini menjadi realiti. Katanya: “Saya berharap agar dapat menghalau penduduk Palestin dan Tebing Barat ke Jordan”(New York Times, 17 Mei 1982). Realiti hari ini adalah sebaliknya, mereka bukan menghalau, akan tetapi pembunuhan secara beramai-ramai pula yang mereka laksanakan. Inilah sifat prebet syaitan yang bercita-cita menjadi Ketua Iblis dan Syaitan. Sifat ini sedang diaplikasikan oleh Ehud Olmert dalam meraih undian agar dicalonkan sebagai Perdana Menteri. Saya katakan ini adalah benar, kerana secara hakikatnya inilah sifat yang diwarisi oleh golongan Yahudi, bahkan ia nyata terbukti, lihat sahaja tragedi pada 16 September 1982 kem Sabra dan Shatila yang menjadi khemah pelarian rakyat Palestin di Lubnan di gempur saja oleh Rejim Zionis itu. Dengan menggunakan Isu ingin menghapuskan pejuang PLO, dajjal itu bukan sahaja membunuh pejuang bahkan rakyat palestin yang tidak bersalah itu juga pun dihancurkanya. Akibat kejadian itu seramai 3,000 maut di khemah pelarian itu. Setelah kejadian itu, Ariel Sharon dengan lantasnya ditabalkan sebagai Perdana Menteri. Inilah yang Ehud Olmert inginkan. Disebabkan kerusi yang diidamkannya itu, habis semua umat Islam di Palestin dilanyaknya.


Dengan kata lain, yahudi ini memang terkenal dengan sifat mazmumah, kerana jika tidak di New Zealand nama yahudi ini tidak akan dilabel dengan `penipu dan pembohong lagi mencuri`di media massa kerana mereka telah menipu para pembeli yang ingin membeli kereta, kenyataan ini dipetik dari media massa New Zealand, terutamanya di laman Internet atau e-mail. Tambahan pula, jika si pembeli itu muslim, habis kereta yang dijualnya itu dirosakkan dahulu agar dapat bergerak hanya dalam 10 Kilometer saja dengan berhargakan 10 kali ganda dari harga asalnya.

Pemboikotan Produk Amerika

Umum tahu, Isu pemboikotan Produk Amerika ini sudah lama dikempenkan, cumanya barangkali masyarakat dunia Islam hari ini lalai dan leka akan tuntutan tersebut. Dengan kata lain, mungkin sehingga ke hari ini umat Islam masih lagi bergantung kepada produk Amerika dari segi barang keperluan, perubatan mahupun kosmetik. Mungkin juga sehingga ke hari ini masih lagi ada yang melihat berita kekejaman Israel ke atas penduduk di Palestin sambil menikmati minuman nestle. Mungkin juga ada yang terlepas pandang bahawa selama ini dia menyumbang kepada Amerika dengan membeli produk keluarannya, bahkan bila di tanya mengapa beli produk ini, lantasnya menjawab produk ini `ada brand`. Justeru, hanya disebabkan `brand` lah umat Islam di Palestin dihentam dan dilanyak dengan begitu rancak hasil dari sumbangan yang kita berikan secara tidak sedar.


Bagaimanakah sumbangan ini berlaku? Inilah yang dikatakan beli kerana luarannya tanpa melihat isi dalamnya. Penyaluran dana itu berlaku ketika kita `umat Islam` tengah rancak membeli belah produk Amerika, persoalannya, apakah tidak pernah umat Islam kita hari ini mempersoalkan ke manakah setiap ringgit pembelian kita itu disalurkan? Secara tidak sedar kita juga adalah penyumbang segala jenayah dan kematian ke atas penduduk di Palestin. Setiap pembelian produk Amerika itulah sumbangan peluru dan bom yang kita sedekahkan kepada saudara kita di Palestin. Mereka umat Islam di Palestin merayu-rayu agar diberi bantuan, tetapi kita sebaliknya, peluru dan bom pula yang kita sumbangkan kepada mereka sehingga tidak kenal mayat mereka kita bomkan. Sanggupkah kita menanggung segala dosa ini di depan Allah? Semestinya tidak sanggup! Dengan itu, kini pemboikotan terhadap produk Amerika sudahpun jatuh kepada hukum wajib. Bahkan kita wajib memboikot setiap barangan Amerika. Jika seseorang itu tidak melaksanakan pemboikotan ini maka jatuhlah hukum haram ke atas setiap pembelian barangan Amerika yang dibelinya. Jika diseru berjihad ke Gaza, tiada siapa yang sanggup kerana mempunyai alasan yang tersendiri. Oleh itu, ini satu-satunya senjata kita dalam memperjuangkan hak kita sebagai kuasa membeli yang tertinggi di dunia. Malah tragedi di Belanda mengenai filem fitna itu pernah satu syarikat susu bukan Islam jatuh bankrap akibat kekurangan pembeli kerana difahamkan pembeli yang tertinggi sekali adalah umat Islam. Oleh yang demikian, ini jelas sekali menunjukkan bahawa kita umat Islam adalah kuasa membeli.

Jika kita tidak menggunakan peluang dan ruang yang sedia ada ini. Bererti kita juga adalah sebahagian pengkhianat terhadap Islam sendiri. Kita dituntut agar bersatu dalam kesusahan tanpa mengira kaum asalkan Islam itu agamanya. Bahkan terdapat satu hadis daripada Baginda Rasulullah s.a.w : ‘’ Bandingan seorang mukmin dengan mukmin yang lain bagaikan satu bangunan. Saling kuat-menguatkan antara satu sama lain.’’ ( Riwayat al-Bukhari, jil : 1, no. 182 dan Muslim : 4, no. 1999). Seterusnya marilah sama-sama kita berjihad ke jalan Allah dengan memboikot segala produk Amerika. Dengan kaedah itu saja, kita mampu rencatkan kewangan dan ekonomi Amerika yang sekaligus membantutkan penyaluran dana untuk peralatan persenjataan kepada Israel yakni laknatullah. Allahuakhbar!!!


Senarai Barangan Yahudi